Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi
SAM Bandar Baru Salak Tinggi | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu Beramal Bertaqwa |
Ditubuhkan | 2004 |
Autoriti pendidikan | Pejabat Pendidikan Daerah Sepang |
Nombor sekolah | 03-87060455 |
Kod sekolah | BFT9002[1] |
Pengerusi PIBG | Tuan Haji Mansur Bin Marzuki |
Pengetua | Puan Hajah Noorhayati binti Zakaria |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Ustaz Mustafa Kamal bin Mahsurom |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Fazilah binti Hassan |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Nor Aidah Binti Dahroji |
Faks | 03-87063191 |
Laman sesawang | http://stissepang.blogspot.com/p/salak-tinggi-islamic-school.html?m=1 |
Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi
[sunting | sunting sumber]Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) ialah sebuah sekolah menengah integrasi yang berteraskan sukatan arus perdana (KPM) dan Al-Azhari (JAIS). Penubuhan sekolah ini merupakan hasil inisiatif Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibawah naungan SUK dengan peruntukan dua puluh ekar tanah bagi merealisasikan hasrat ke arah menambahkan bilangan sekolah kombinasi arab akademik di negeri ini.
Pembinaan SAMBBST telah dimulakan pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada Disember 2004. Pembangunan SAMBBST merangkumi dua blok bangunan pentadbiran dan akademik, empat blok asrama, dua blok bengkel KHB, dewan besar, dewan makan, asrama, kantin dan surau.
Mulai 1 Januari 2005, SAMBBST berjaya dibuka dan beroperasi dibawah pentadbiran Tuan Pengetua, En. Mohd Latif b. Sadli bersama 400 orang pelajar dan 15 orang tenaga pengajar serta 3 orang kakitangan sokongan yang dibawa pindah dari SAM Sg. Merab Luar. Sebanyak tujuh belas kelas telah dibuka bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima untuk menampung seramai 680 orang pelajar.
Bermula tahun 2006, SAM Bandar Baru Salak Tinggi telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tanpa meminggirkan naungan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sehubungan dengan itu juga, semua guru dan kakitangan yang ada diserapkan ke dalam perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia secara berperingkat sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, Jabatan Agama Islam masih membekalkan guru-guru khas untuk membimbing mata pelajaran Al-Azhary.
Pada tahun 2008, atas usaha dan inisiatif JAIS, SAMBBST diarah menawarkan kelas aliran sains agama sesuai dengan penarafannya sebagai sebuah sekolah gred A. Sebanyak dua kelas tingkatan empat aliran sains dibuka bagi merealisasikan hasrat ini.
Sejajar dengan arus pendidikan masa kini, sekali lagi SAMBBST meluaskan penyebaran ilmu dan pendidikan dengan menawarkan tingkatan enam STAM bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat dan tinggal berhampiran daerah Sepang.
Sehingga ke hari ini, SAMBBST terus membangun bersama 63 orang warga pendidik, 14 orang kakitangan sokongan dan dua kumpulan perkhidmatan dan pembersihan persendirian bersesuaian dengan matlamat ke arah kecemerlangan akademik dan kerohanian menepati kehendak arus pendidikan sejaga.
Pengetua
[sunting | sunting sumber]- En. Mohd. Latiff bin Sadli (2005-2011)
- En. Arrifin bin Rabu (2011-2012)
- Tuan Haji. Mohamad Zaki bin Rajikin (2012-2014)
- Tuan Haji. Mohmad bin Sarip (2014-2017)
- Puan Norafizah binti Ahmad (2017-2022)
- Puan Hajah Noorhayati binti Zakaria (2022-Kini) 7. Cikgu Paling Takde Kemanusiaan ( Zulkefli Bin Mat ) ( 2010 - Kini )
Sukan
[sunting | sunting sumber]- Bola Baling
- Bola Sepak (no 3 MSSD Sepang U18 2023)
- Catur (no 3 MSSD Sepang 2023)
- Badminton
- Bola Tampar
- Bola Jaring
- Sepak Takraw(no 2 MSSD Sepang U15 2023 )
- Memanah
- Pétanque
- Lempar Cakera
- Merentas Desa
- Balapan & Padang
- Ragbi 15 Sebelah(no 4 Cup MSSD Sepang 15s 2024 )
- Ping Pong (no 3 MSSD Sepang U18 2024) Ragbi 10 sebelah ( no 2 Cup MSSD Sepang 10s 2024 )
Keistimewaan Bangunan
[sunting | sunting sumber]Reka bentuk pelan
Sekolah ini mempunyai reka bentuk pelan yang menarik dan sistematik. Bangunan utama sekolah ini ialah Dewan Al-Khawarizmi. Kelas-kelas yang terletak di Blok A dan Blok B terletak berhampiran dengan dewan. Dewan pula terletak di sebelah kuarters guru. Asrama Putera terletak bersebelahan dengan asrama puteri. Dewan Makan Asrama pula terletak di antara dua bangunan tersebut. Ini memudahkan pelajar pulang ke asrama dengan lebih cepat selepas makan di dewan makan.
Pakaian Rasmi Pelajar
[sunting | sunting sumber]Pakaian lelaki yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bercirikan islamik dan kemas. Baju yang dikancing akan tampak kemas. Pakaian lelaki pada hari Jumaat pula bercirikan baju tradisional masyarakat melayu iaitu baju melayu. Samping bercorak melambangkan keunggulan agama Islam. Pakaian perempuan pula lebih bercirikan pakaian tradisional masyarakat melayu iaitu baju kurung dan bertudung labuh untuk menutup aurat. Baju yang dikancing akan tampak sopan dan kemas.
Pendidikan Sekolah
[sunting | sunting sumber]Sijil Menengah Agama
Mempunyai 10 subjek iaitu Tilawah Al-Qur'an wa Hifz, Bahasa Arab 1 (Nahu & Sorof), Bahasa Arab 2 (Mutolaah & Insya'), Tauhid Feqah, Tafsir Hadis, Sirah Nabi dan Balaghah. Sukatan ini digunakan dalam bahasa Arab secara keseluruhan dan bertujuan untuk memantapkan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di samping mendalami ilmu agama.
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bermula pada tahun 1987 iaitu dua tahun selepas SRP dimulakan. Mempunyai 14 subjek akan tetapi setiap pelajar perlu memilih dengan had maksimum sebanyak 10 atau 11 subjek sahaja bermula tahun 2010. Subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Pendidikan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Perniagaan dan Matematik Tambahan.
Bilik Kelas
[sunting | sunting sumber]Kelas Menengah Rendah :
- Imtiaz
- Ikhlas
- Ijtihad
- Istiqomah
- Iltizam
Kelas Menengah Atas :
- Sains
- Sains 2 (Tingkatan 4)
- Akaun
- Dini Agama
- Perniagaan
Visi Dan Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Visi Sekolah : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi Sekolah : Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi Melahirkan Insan Rabbani Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah