Sak Cheng Lum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Dato' Dr. Sak Cheng Lum (Cina: 石清霖) adalah ahli politik Barisan Nasional/MCA di Bagan Jermal negeri Pulau Pinang . Sak Cheng Lum pernah menjadi pengerusi MCA Pulau Pinang dan menjadi Senator dan menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1995) .

Beliau lulusan jurusan perubatan dari Universiti Singapura pada 1968.

Beliau menjadi pengarah UTAR Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pengarah Kolej Tunku Abdul Rahman dan pengarah bukan eksekutif Star Publication sejak 1 November 2001.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menang di Bagan Jermal dalam tahun 1978 , 1982, 1986, 1995 dan 1999. Beliau menjadi Exco selama dua penggal iaitu dari 1986-1990 dan 1995-1999.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Tan Sri Dr. Sak Cheng Lum BN/MCA di kawasan DUN N08 Bagan Jermal dengan majoriti 3,084 undi. Tahun 2004, Bagan Jermal diwakili dan dimenangi oleh Ooi Chuan Aik (Barisan Nasional, (MCA).

Rujukan[sunting | sunting sumber]