Salif Keïta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Salif Keïta (lahir 25 Ogos 1949) merupakan penyanyi berkebangsaan Mali.

Salif Keita, tengah, di Washington, DC. 28 Jun 2006. Ahli kumpulannya di belakangnya.

Salif Keïta (lahir 25 Ogos 1949) merupakan penyanyi-penulis lagu afro-pop dari Mali. Dia unik kerana bukan sahaja reputasinya sebagai Golden Voice of Africa, tetapi kerana dia memiliki albinism dan juga keturunan langsung dari pengasas Empayar Mali, Keita Sundiata. Warisan diraja bererti di bawah sistem kasta Mali, dia tidak sepatutnya menjadi penyanyi, yang dianggap sebagai peranan griot.

Keita dilahirkan di bandar Djoliba. Dia disingkirkan oleh keluarganya dan diasing oleh masyarakat kerana albino, kepercayaan tanda nasib malang di kalangan puak Mandinka.[1] Dia meninggalkan Djoliba ke Bamako pada tahun 1967, di mana di menyertai Rail Band yang ditaja oleh kerajaan. Pada tahun 1973 Keita menyertai kumpulan, Les Ambassadeurs. Keita dan Les Ambassadeurs lari dari pergolakan politik di Mali pada pertengahan 1970-an ke Abidjan, Côte d'Ivoire dan kemudiannya menukar nama kumpulannya ke Les Ambassadeurs Internationales. Reputasi Les Ambassadeurs Internationales meningkat ke tahap antarabangsa pada 1970-an dan pada 1977 Keita menerima anugerah National Order dari presiden Guinea, Touré Sékou.

Keita berpindak ke Paris pada 1984 untuk sampai kepada lebih ramai pendengar. Muziknya digabung dengan stail mizik Afrika Barat tradisi dengan pengaruh Eropah dan Amerika, ketika masih mengekalkan stail Islam keseluruhan. Peralatan muzik yang biasanya ditonjolkan dalam hasil kerja Keita termasuk balafon, djembe, gitar, Kora, Organ, saxophone, dan sintetiser.

Keita mencapai kejayaan di Eropah sebagai salah satu bintang Afrika dalam dunia muzik, tetapi karyanya kadang kala dikritik kerana produksi gloss dan kadang kala kualiti yang bercampur-campur. Bagaimanapun sejurus selepas perubahan Millennium dia kembali ke Bamako di Mali untuk tinggal dan merakamkan lagu di sana. Kerja pertamanya selepas kembali, 2002's Moffou, dianggap album terbaik dalam beberapa tahun, dan Keita mendapat ilham bagi membina semula studio rakaman di Bamako, di mana dia gunakan bagi menghasilkan albumnya, M'Bemba, dibebaskan pada Oktober 2005.

Diskography[sunting | sunting sumber]

  • Seydou Bathili - 1982
  • Soro - 1987 - Mango
  • Ko-Yan - 1989 - Mango
  • Amen (Salif Keita album) - 1991 - Mango
  • Destiny of a Noble Outcast - 1991 - PolyGram
  • 69-80 - 1994 - Sonodisc
  • Folon - 1995 - Mango
  • Rail Band - 1996 - Melodie
  • Seydou Bathili - 1997 - Sonodisc
  • Papa - 1999 - Blue Note
  • Mama (Salif Keita album) - 2000 - Capitol
  • The Best of Salif Keita - 2001 - Wrasse Records
  • Sosie - 2001 - Mellemfolkeligt
  • Moffou - 2002 - Universal Jazz France
  • Salif Keita The Best of the Early Years - 2002 - Wrasse Records
  • Remixes from Moffou - 2004 - Universal Jazz France
  • M'Bemba - 2005 - Universal Jazz France
  • The Lost Album - 2006 - Cantos
  • La Différence - 2009 - Emarcy

Banyak kompilasi terdapat di [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Artist Profile - Salif Keita
  2. Salif Keita Discography Dikompil oleh Graeme Counsel, Radio Africa, retrieved 2009-04-20

Pautan luar[sunting | sunting sumber]