Sani Araby Al-Kahery

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dr.) Sani Araby Al-Kahery
Kelahiran1984
Pulau Pinang
WarganegaraMalaysian
PendidikanSekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya Bachelor of Education (TESL) Hons
PekerjaanEntrepreneur,Government, International Humanitarian Activist
OrganisasiAl-Araby Group of Companies,

Sultan Idris Universiti of Education (UPSI)

Malaysia Civil Defence Force (APM)

Malaysian Consultative Council of Islamic Organisation (MAPIM), Organisation of Islamic Cooperation

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

(OIC) ICHAD - GAZA

International Educational, Scientific & Social Organisation (IESCO)
PangkatPj Kehormat (PA)(Dr.)
AnugerahIjazah Kehormat Doktor Kesukarelawan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017

Penolong Pesuruhjaya Kehormat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Duta Kemanusiaan OIC-ICHAD (Gaza)

Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Anugerah Tokoh Ikon Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2015

Pingat 'For Diligence and Merit', Mufti Moscow, Rusia 2023

(Dr.) Sani Araby Al-Kahery[1] atau nama sebenar beliau Ahmad Sani Araby Bin Dato' Abdul Alim Araby merupakan seorang anak muda yang aktif dalam perniagaan. Beliau juga banyak dikenali sebagai sukarelawan dalam kerja-kerja kemanusiaan[2] serta kemasyarakatan dalam & luar negara[3]. Dilahirkan di Pulau Pinang pada 4hb Julai 1984, beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga berketurunan campuran Melayu-Arab, beliau lebih dikenali sebagai Sani Araby[4] di media massa dan sosial. Beliau mendapat pendidikan asas perguruan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH)[5] dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang TESL (Teaching English as Second Language) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau meletakkan prinsip "Pioneering & Versatility " dalam mod kepimpinan dan kemasyarakatan. Beliau berpandangan bahawa setiap apa yang dilakukan perlulah dilaksanakan dalam standard yang High-Impact, mengutamakan strategi yang berkesan, seminima kos serta tenaga dan memberi manfaat yang besar serta bersifat multiple effect impact[1].

Beliau kini giat memperjuangkan nasib rakyat Palestin[6][7], Syria dan Rohingya yang ditindas. Sani Araby juga sering dijemput berucap dan berkongsi buah fikiran di peringkat antarabangsa dan dalam negara menerusi persidangan-persidangan serta perbincangan meja bulat. Antaranya pada Mac 2013, beliau telah dijemput untuk membahaskan tentang isu kemanusiaan Rohingya dan Gaza di Persidangan Human Right Council Kali Ke-22 (United Nation) di Geneva, Switzerland[8].

Atas kejayaan mengasaskan beberapa pelan-pelan strategik bertindak untuk projek-projek kemanusiaan di Gaza, Sani Araby telah dilantik menjadi Pengarah Malaysia oleh organisasi Miles of Smiles, United Kingdom pada tahun 2021[9].

Beliau dikenali sebagai anak muda yang mempunyai visi besar untuk membina Ummah dengan gaya tersendiri. Oleh kerana itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang[10] disampaikan oleh TYT Gabernor Pulau Pinang. Pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali ke- 19, Sani Araby menempa sejarah menjadi penerima tunggal bagi Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan dan termuda dalam sejarah 95 tahun universiti[11]. Penganugerahan ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim selaku Canselor universiti. Atas bakti beliau dalam kerja kemanusiaan antarabangsa , beliau juga telah ditauliahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-7 Malaysia) sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan menjadi Penasihat Hal Bencana & Kemanusiaan Antarabangsa APM.[12]

Pada Mei 2023, beliau sekali lagi dianugerahkan Pingat "For Diligence and Merit" yang disampaikan oleh Mufti Moscow, Rusia mewakili Ketua Dewan Kerohanian Rusia. Majlis ini berlangsung selepas persidangan Forum Ekonomi Kazan - OIC dimana beliau turut menjadi speaker jemputan.[13]

Anugerah & Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • Pesuruhjaya Kehormat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)[12]
  • Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017[11]
  • Duta Kemanusiaan OIC-ICHAD (Gaza)[14]
  • Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang[10]
  • Anugerah Tokoh Ikon Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2015
  • Anugerah Kepimpinan Individu Terbaik (Lelaki), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2006
Sani Araby dianugerahkan Tokoh Khas Anak Muda Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang oleh TYT Pulau Pinang
Sani Araby dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan oleh DYMM Tuanku Permaisuri Perak Canselor UPSI
Sani Araby ditauliah sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (APM) Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Jawatan Tertinggi Sedang Disandang (Kerajaan)[sunting | sunting sumber]

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)[sunting | sunting sumber]

  • Pesuruhjaya Kehormat (Pj)[15]
  • Penasihat Sektor Bencana & Misi Kemanusiaan Antarabangsa APM[12]

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM(terkini APM)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)[sunting | sunting sumber]

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah universiti terulung negara yang terkenal dengan sejarah permulaannya yang sangat masyhur. Berusia hampir 100 tahun, universiti ini merupakan universiti awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Kerajaan Malaysia. Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (LPU) adalah pihak berkuasa tertinggi Universiti yang dilantik oleh Menteri sebagai badan yang mengelola, membuat dasar, dan mengawasi hal-hal berkaitan tadbir urus Universiti secara keseluruhannya. LPU adalah pemegang kuasa legislatif atau perundangan yang boleh bertindak untuk menyemak dan menyeimbangkan (check and balance) kuasa-kuasa pihak berkuasa Universiti yang lain.[16]

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Sani Araby Al-Kahery merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby bermula pada tahun 2008 hingga kini. Al-Araby Group of Companies merupakan syarikat SME milik penuh bumiputera dan kini sedang meluaskan[17] cabang perniagaan dalam bidang F&B, Perladangan Rusa, Import & Eksport, Halal Industri, dan juga Konsultansi Syarikat[18]. Antara syarikat yang sedang berkembang adalah:

  • Al Araby Mathaam (M) Sdn. Bhd.[19]
  • Al Araby Palace of Middle Eastern Cuisine [20]
  • Stage Master (M) Sdn. Bhd.
  • Ladang Ummah (M) Sdn. Bhd.
  • Ummah Prima Network (M) Sdn. Bhd.
  • Swipe Malaysia Sdn. Bhd.[21]
  • SiagaX Group Sdn. Bhd.


Aktivis Kemanusiaan & Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Antara jawatan yang sedang disandang dalam organisasi dan NGO dalam dan luar negara adalah:

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Honorary President - Youth For Syria (Y4S) Organisation[22] (2015-2017)
  • Vice President, International Educational, Scientific, Social Organisation (IESCO)
  • Board of Trustee - Kesatuan NGO Kemanusiaan Syria (Itihad Syria)[23] (2015-2017)
  • Chairman, Malaysia-Syria High Commission For Humanitarian Assistant[24]
  • Executive Project Director - International Rescue Syria Humanitarian Projects[25]
  • Executive Project Coordinator - International Grand Campaign: Rebuild Gaza For Ummah[26]
  • Chef De Mission - Misi Kemanusiaan Khas Tragedi Palu (MAPIM - APM - JAKIM)

Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Malaysia Consultative Council of Islamic Organizations (MAPIM)[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
  • Naib Timbalan Presiden
  • Ketua Aktivist Kemanusiaan
  • Ketua Pengarah Strategi & Perhubungan Korporat, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) 2011-2016[25]

Pusat Penyebaran Dakwah Islam Antarabangsa (IPSI)[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Lembaga Penasihat

Pusat Dalam Komuniti OKU di Bandar Seberang Jaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)[sunting | sunting sumber]

  • Penasihat Pembangunan Strategik, Pusat Dalam Komuniti (OKU) Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang (JKM)

Beliau merupakan pencetus dan penggerak utama secara lansung dalam Pembangunan Semula Pusat Dalam Komuniti OKU di Bandar Seberang Jaya[27][28][29]. Menerusi strategi yang berkesan, projek ini berjaya disempurnakan pembinaan bangunan Pusat OKU ini yang berjumlah hampir RM 500,000.00 hanya dalam masa 6 bulan. Kini pusat ini telah beroperasi di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat dan memberi khidmat kepada golongan OKU yang memerlukan.

Projek Kemanusiaan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

1.Rescue Syria Humanitarian Projects[30][31][32][sunting | sunting sumber]

Beliau diamanahkan oleh pihak MAPIM Malaysia untuk mengasas dan mengetuai projek kemanusiaan di dalam Syria selepas berlaku perang 2012. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah memfokuskan beberapa sektor yang terdesak untuk diberi bantuan kecemasan. Sehingga Mac 2017, Team Rescue Syria MAPIM telah berjaya menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia[33] kepada rakyat Syria yang memerlukan. Beliau juga telah mengasaskan Online Infaq Solution dimana sumbangan disalurkan secara tersusun menerusi www.tabungsyria.com. Bantuan ini disalur secara terus menerusi beberapa siri misi kemanusian yang diketuai sendiri oleh Sani Araby Al-Kahery. Cabaran [34]yang dilalui team RescueSyria banyak dikongsi bersama dalam penulisan media tempatan serta di slot jemputan stesyen televisyen tempatan dan luar negara. Antara kejayaan Misi Bantuan RescueSyria (MAPIM) adalah seperti :

  • Mengasaskan sebuah bandar tersusun pertama seadanya mewakili Malaysia seluas 18 hektar menempatkan 1000 rumah dan fasiliti lain di Azaz-Syria[35]
  • Membuka kawasan penempatan tersusun kedua dengan jumlah 800 rumah di kawasan pinggir Aleppo[36]
  • Mengasaskan sebuah Central Warehouse di sempadan Turki-Syria[37]
  • Membina 27 buah telaga air induk di 4 negeri Syria dan berjaya beri khidmat kepada lebih 250,000 penduduk sekitar.
  • Menghantar 80 buah kontenna bantuan kecemasan Syria
  • Mengedarkan lebih dari 2,000,000 pek roti untuk keluarga Syria
  • Mengasaskan Central Kitchen di sempadan Turkey dengan menyediakan setiap hari 60,000 pek roti percuma[38]
  • Menghantar 62,000 winter blanket untuk pelarian di dalam Syria
  • Menghantar 15,000 winter heater untuk pelarian di dalam Syria
  • ReActivate 24 Masjid di dalam Syria yang separa musnah dan rosak akibat diserang ketika perang.
  • ReActivate 23 sekolah di 4 negeri dalam Syria. Kini sekolah ini beroperasi dengan jumlah pelajar keseluruhan sebanyak 15,000 orang.[39]
  • Menghantar 10 van ambulan untuk kegunaan 6 buah medical points dan hospital di Azaaz, Idleb, Aleppo, Hama -Syria.[40]
  • Membina sebuah klinik bersalin yang dinamakan Malaysia Maternity & Paediatric Clinic For Syria untuk beri khidmat kepada 2 buah negeri di Hama & Idleb[41].
  • ReActivate 4 buah ladang (Lembu/Kambing/Kentang) untuk beri pekerjaan kepada pelarian dalam negara Syria dan sumber ekonomi pusingan.
  • Mengasaskan sebuah pusat pembangunan guru untuk melatih dan membangunkan sektor pendidikan dalam cabaran medan perang.
  • Menaja dan menyokong 6 buah hospital di dalam Syria yang sangat terdesak memerlukan bantuan berupa ubatan dan peralatan perubatan.
  • Membina sebuah Institut Pendidikan peringkat kolej di Hama khusus untuk pengajian Islam dan juga Sosial.
  • Mengasaskan 2 buah kem pelarian Internally Displace People (IDP) di dalam Syria dan membina 200 khemah yang menempatkan 2,000 pelarian Syria.[42]

2.International Grand Project : Rebuild Gaza For Ummah[sunting | sunting sumber]

Sani Araby bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Nadir AlNuri (CEO Persatuan Cinta Gaza Malaysia), dan Ahmad Fahmi (Presiden ABIM) di Parlimen Malaysia membincangkan isu Palestin Oktober 2023.

Sani Araby Al-Kahery merupakan antara individu yang terlibat secara langsung[43] dan telah mengasaskan sebuah kempen yang dinamakan sebagai International Grand Campaign : Rebuild Gaza For Ummah[44] selepas beliau terselamat dari Perang Gaza-Israel 2012. Cetusan idea menerusi gemblengan tenaga sahabat MAPIM telah berjaya membantu Gaza menerusi 6 projek fokus utama iaitu :

  • Pembinaan semula 10 buah masjid di Gaza[45]
  • Mengasaskan Economy Breathing Empowerment Programme (Micro Credit) yang telah berjaya membantu 504 peniaga untuk besarkan perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Gaza.
  • Mengasaskan Education Sponsorship Program yang telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 3,000 pelajar peringkat pra-sekolah, rendah, menengah serta universiti di dalam Gaza serta di Malaysia.
  • Mengasaskan Rebuild My Gazzan Home Project : sebanyak 600 keluarga dibantu bina semula rumah mereka setelah hancur dibom regim Israel.
  • Mengasaskan Care Orphanage Programe dengan kerjasama ngo SALIMAH: telah membantu hampir 3500 anak yatim Gaza
  • Mengasaskan Hospital upgrade & medical Assistant Programme: membantu lebih dari 5 buah hospital utama menerusi pembiayaan ubatan serta penajaan barangan medic.
  • Mengetuai Projek Menghantar 10 Ambulance untuk rakyat Gaza sumbangan rakyat Malaysia[46]


Kempen ini juga telah berjaya dinobatkan sebagai

  • Ibnu Rush : The Best (People's Choice) Social Campaign of The Year anjuran Majlis Dakwah Negara (MKN) dan disampaikan oleh DYMM Tuanku Sultan Perak pada 7 Januari 2020

3. Misi Bantuan Kecemasan Tragedi Bencana Palu - Indonesia[47][sunting | sunting sumber]

Sani Araby sekali lagi telah dilantik untuk mengetuai Misi Khas untuk sampai pada hari ke-3 bencana dengan limitasi pengangkutan serta kemudahan asas yang lumpuh sepenuhnya di Palu, Indonesia. Namun team MAPIM Malaysia berjaya masuk dan menggerakkan bantuan 10 trak awal kepada mangsa bencana hingga menarik perhatian pihak kerajaan Malaysia dan Indonesia[48]. Seterusnya beliau dilantik oleh pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjadi Chef De Mission melaksanakan misi membawa aktivist pihak kerajaan mewakili pihak JAKIM serta agensinya dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Misi ini telah menempa pelbagai sejarah atas projek bantuan yang dilihat proaktif serta banyak memberi manfaat antaranya

  • Membina 3 Telaga Air Induk pada hari ke-5 ketika penduduk Palu terputus bekalan air bersih[49][50]
  • Mengasaskan sebuah Perkampungan tersusun untuk 100 keluarga lengkap dan menjadi contoh kepada pihak tempatan serta diberi nama ' Perkampungan Ummah'[51]
  • Membina semula 5 buah masjid yang runtuh akibat gempa serta likuafaksi[52]
  • Mengagihkan lebih dari 10,000 kotak bantuan makanan, kit kebersihan, kit solat dan pelbagai lagi

Projek Kebajikan Dalam Negara[sunting | sunting sumber]

Menjadi fokus utama untuk Sani Araby meletakkan khidmatnya kepada negara menerusi pelbagai projek yang diasaskan serta menjadi penasihat untuk agenda pembangunan Ummah melibatkan pelbagai NGO serta agensi. Antaranya adalah

  1. Mengasaskan sebuah Pusat Dalam Komuniti (OKU) di Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang Kejayaan membina sebuah bangunan yang dijadikan pusat pembangunan Orang Kurang Upaya ini bermula apabila jawatankuasa masyarakat menjemput beliau untuk menyelesaikan masalah melibatkan kegunaan dewan orang ramai dijadikan pusat pembelajaran OKU. Justeru beliau menyusun strategi untuk membina sebuah pusat khas yang lebih tersusun. Dalam tempoh 6 bulan sahaja, beliau dan jawatankuasa berjaya membina sebuah bangunan lengkap fasiliti dengan kos perbelanjaan menelan RM500,000 yang dicari menerusi kutipan orang ramai. Pusat ini pernah diangkat menjadi PDK contoh bagi negeri Pulau Pinang atas usaha yang dizahirkan.
  2. Mengasaskan ' Ummah Double-Decker Mobile Clinic' Projek ini merupakan yang pertama seadanya dalam negara dari pihak NGO. Mengubahsuai sebuah bas dua tingkat menjadi klinik bergerak adalah sesuatu yang diluar jangka. Menempatkan 4 bilik rawatan, bas ini menjalankan khidmat percuma untuk seluruh semenanjung. Mobile Clinic ini menjadi sangat penting di saat krisis Covid19, kerana menjalankan khidmat ke kawasan desa dan tempat terpencil serta memberi khidmat untuk pesakit Non-Covid. Beliau asaskan projek ini dengan mengangkat tema ' Dari Ummah Untuk Ummah'[53][54]
  3. Mengasaskan Sistem i-Ummah[55] Menerusi pengalaman dalam dan luar negara, beliau telah mengetuai pembinaan sebuah sistem pengurusan bantuan kemanusiaan yang dinamakan sebagai i-Ummah. Mempunyai fasiliti pengumpulan data secara sistematik dan online yang dinamakan Asnaf Databased Centre, sistem ini menjadi rujukan pihak Kerajaan Malaysia (APM & JKM) kerana mempunyai keupayaan inteligence pengurusan menerusi mobile apps yang menjadikan semua bantuan kepada Asnaf dapat direkod mengunakan imbasan QRCode dan pelaporan penerimaan asnaf secara real-time beserta geo-tagging agar tidak berlaku penindanan agihan serta penyelewengan. Sistem ini telah melalui fasa R&D selama 2 tahun dan kini digunakan dalam versi 2.0
  4. Mengasaskan Ummah Central Warehouse[56] Mendepani pelbagai isu bencana serta asnaf dalam negara, Beliau mengetuai aktivist MAPIM mengasaskan sebuah gudang seluas 1 ekar di Sepang yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan bantuan, membungkus serta merekod dan menjadi hub untuk pengagihan bantuan di seluruh semenanjung Malaysia. Barangan bantuan dibeli dengan harga pukal untuk dapat ditambah jumlah barangan yang boleh disumbang kepada Asnaf. Gudang ini juga menjadi tempat untuk pengumpulan bantuan sumbangan dari pelbagai pihak. Gudang ini dapat memuatkan 30,000 kotak bantuan pada satu-satu masa.[57]

Persidangan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Moderator, Declaration of International Alliance Against Aggression di Geneva Press Club, Geneva- Switzerland pada 13 Mac 2013
  • Speaker, Rohingya: People without Land Forum di 23th Human Right Council Conference (United Nation) di Geneva, Switzerland pada 15 Mac 2013
  • Main Speaker, Rebuild Ghaza Forum, Room XXVII United Nation (UN) Geneva- Switzerland pada 14 Mac 2013
  • Main Speaker & Head of Malaysia Delegation, The World Solidarity Conference Against The Israeli Aggression On Sudan. Khourtum- Sudan pada November 2012
  • Main Speaker, International Public Foundation To Aid Gaza, Istanbul- Turkey pada August 2014
  • Presenter, The 5th Conference Of Civil Society Organization In The Islamic World (OIC), di Istanbul-Turkey pada Disember 2013
  • Speaker, Syrian Orphan Care Network Conference, di Istanbul- Turkey pada August 2015
  • Speaker, 2nd Global Convention The Return To Palestine, di Beirut-Lebanon pada December 2014
  • Speaker, Europe Ummah Road Tour Forum, United Kingdom pada November 2014
  • Speaker, Takaful 4th Childhood Welfare Conference, Istanbul-Turkey pada 21-22 April 2017
  • Speaker, Mena Rountable Series 1 - Crisis in Syria, When will it End?, UKM- Malaysia 27 April 2017

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sani Araby Bukan Calang-calang. (2014, July 1). Sinar Harian [Georgetown], p. 47. 
  2. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/345936/bakti-setulus-hati
  3. ^ Nyawa Bagai Dihujung Tanduk. (2012, December 11). Sinar Harian. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/nyawa-bagai-di-hujung-tanduk-1.111493
  4. ^ Facebook Sani Araby Al-Kahery
  5. ^ MPSAH Juara Perbahasan. (2003, December 29). Harian Metro [Sungai Petani], p. 54.
  6. ^ Kezaliman Israel perlu ditentang secara konsistenhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/587096/kezaliman-israel-perlu-ditentang-secara-konsisten
  7. ^ MAPIM Hantar Misi Kemanusiaan Ke Gaza. (2014, July 12). Sinar Harian [Kuala Lumpur. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/nasional/mapim-hantar-misi-kemanusiaan-ke-gaza-1.298966]
  8. ^ MAPIM di Geneva Sidang UNHRC
  9. ^ MalaysiaGazette, Wartawan (2023-02-14). "TERKINI TURKIYE | Miles of Smile Lantik Sani Araby Chief de Mission Ke Gaza". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  10. ^ a b Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang
  11. ^ a b https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/276651/pengiktirafan-kepada-usaha-sukarelawan
  12. ^ a b c [1]MAPIM, APM bakal latih sukarelawan. Sani Araby ditauliahkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat APM oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi
  13. ^ "Укрепляются связи ДСМР с единоверцами Малайзии". dsmr.ru. Dicapai pada 2023-10-10.
  14. ^ Terkandas Di Pintu Rafah. (2014, August 21). Sinar Harian [Georgetown. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/terkandas-di-pintu-rafah-1.309867]
  15. ^ Effendy, Adli (2022-01-03). "NGO antarabangsa terkenal ucap tahniah kepada (Dr.) Sani Araby". UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  16. ^ Lembaga Pengarah UPSI 2016-2019
  17. ^ Al Araby Lebar Sayap. (2015, January 30). Harian Metro [Seberang Jaya], p. 11.
  18. ^ Azeli Ali. (2013, October 8). Pasar Raya Malaysia Dibuka Di MekahUtusan [Pulau Pinang. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20131008/ko_01/Pasar-raya-Malaysia-dibuka-di-Mekah]
  19. ^ Arab Ramadhan Bufet Di Al-Araby - Liputan Bernama
  20. ^ Masakan Baru Dalam Talam. (2015, February 27). Harian Metro, p. 11.
  21. ^ BERNAMA (2023-03-22). "SWIPE APPOINTS SANI ARABY AS CHAIRMAN". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  22. ^ Youth For Syria (Y4S) Organisation's Official Facebook Page
  23. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendirian-perdana-menteri-beri-sinar-harapan-buat-pelarian-syria-ngo-75230
  24. ^ Murahnya Harga Nyawa Di Syria. (2014, February 21). Utusan Malaysia, p. 26.
  25. ^ a b Ayuh Selamatkan Syria! (2014, March 2). Sinar Harian. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ayuh-selamatkan-syria-1.256086
  26. ^ Kayuhan Amal Bantu Gaza. (2013, January 23). Harian Metro [Butterworth], p. 30.
  27. ^ PDK Seberang Jaya Perlu Dana Bina Bangunan Sendiri. (2008, January 23). Berita Harian [Bukit Mertajam].
  28. ^ PDK Perlu RM400,000. (2008, January 21). Harian Metro [Seberang Jaya].
  29. ^ Putting Politics Aside To Help Children. (2008, August 22). The Star
    'Ahmad Sani Araby,24, who professes to be neutral in politics said the committee had a big plans for the centre'
  30. ^ MAPIM Lancar Misi Bantuan Musim Sejuk. (2014, February 8). Utusan Malaysia, p. 11 & 21.
  31. ^ Cuaca sejuk cabaran utama misi bantuan pelarian Syriahttp://www.astroawani.com/video-malaysia/cuaca-sejuk-cabaran-utama-misi-bantuan-pelarian-syria-347092
  32. ^ Misi MAPIM bantu 80,000 rakyat Syria https://www.bharian.com.my/node/227228
  33. ^ [2]Misi MAPIM bantu 80,000 rakyat Syria
  34. ^ MAPIM teruskan misi ke Syria https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/414555/mapim-teruskan-misi-ke-syria
  35. ^ https://www.youtube.com/watch?v=U3aYKrrHHto&t=1s
  36. ^ Mapim to build a village for refugees in Syria https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475691/mapim-build-village-refugees-syria
  37. ^ MAPIM buka gudang bantuan di sempadan Turki, Syriahttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/422688/mapim-buka-gudang-bantuan-di-sempadan-turki-syria
  38. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/441334/sup-panas-belon-ceriakan-anak-pelarian
  39. ^ UPSI tekad teraju khidmat pedagogi terbaik di 36 sekolah pelarian luar negara anjuran MAPIM Malaysiahttps://www.youtube.com/watch?v=Tho52ue4j7Y&t=59s
  40. ^ Ambulans wakaf berbakti tanpa henti di Syria [METROTV] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/316449/ambulans-wakaf-berbakti-tanpa-henti-di-syria-metrotv
  41. ^ Malaysia Maternity Clinic kini berkhidmat hasil infaq rakyat Malaysia
  42. ^ MAPIM Wakafkan Khemah untuk Pelarian Syriahttps://www.youtube.com/watch?v=oLI5064vNCk&t=31s
  43. ^ Nafi Gaza dikepung 1,000 kereta kebal. (2014, March 27). Berita Harian [Kuala Lumpur], p. 27.
  44. ^ Mapim sasar kutip RM30 juta bantuk penduduk Gaza. (2013, March 7). Sinar Harian[Butterworth. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mapim-sasar-kutip-rm30-juta-bantuk-penduduk-gaza-1.137594]
  45. ^ Derma RM1.5j Bina 'Masjid Melayu' Gaza. (2013, January 23). Berita Harian[Butterworth], p. 23.
  46. ^ https://www.youtube.com/watch?v=9vZn021le9s&t=2s
  47. ^ Mapim volunteers fly into warm receptionhttps://www.nst.com.my/news/nation/2018/10/421486/mapim-volunteers-fly-warm-reception
  48. ^ Berita Al-hijrah -MAPIM hantar bantuan terdesak gunakan Helikopterhttps://www.youtube.com/watch?v=_1q8YKeRlVs
  49. ^ Berita Al-Hijrah - MAPIM bina Pompa Air https://www.youtube.com/watch?v=rHsS39gltv4
  50. ^ 'Pompa Malaysia' jadi talian hayat penduduk Palu http://www.astroawani.com/berita-dunia/pompa-malaysia-jadi-talian-hayat-penduduk-palu-188575
  51. ^ [3]#tvalhijrah perasmian Huntara JAKIM di Kota Palu
  52. ^ Malaysia Bangun Masjid di Palu https://international.sindonews.com/berita/1375450/40/malaysia-bangun-masjid-di-palu
  53. ^ MALIK, NAQIAH ABDUL (2022-01-04). "APA ITU MAIWP MOBILE CLINIC?". Laman Web MKN. Dicapai pada 2023-10-10.
  54. ^ BERNAMA (2021-12-27). "MAIWP MOBILE CLINIC KE MISI BANJIR BANTU MANGSA DI HULU LANGAT". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  55. ^ MAPIM Malaysia Perkenal Inovasi Sistem Pengurusan Pengagihan Bantuan https://www.youtube.com/watch?v=wNlwygWmGVs&t=28s
  56. ^ Berita Al-Hijrah; MAPIM Pusatkan Bantuan & Sumbangan COVID19 di Ummah Central Warehouse https://www.youtube.com/watch?v=gn1kgm-eUcA
  57. ^ Buletin Utama (TV3) MAPIM Malaysia Wujudkan Ummah Central Warehouse & Inovasi Sistem Pengurusan Bantuan Kemanusian https://www.youtube.com/watch?v=csG4QEleEi0&t=1s