Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM) mula ditubuhkan pada tahun 1957 dengan mempunyai tiga bahagian iaitu, Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Bahagian Keselamatan dan Risikan serta Urusetia bagi Penasihat Ekonomi. Hingga sekarang JPM mempunyai 45 buah agensi / jabatan yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri-menteri yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia adalah Senator Abdul Wahid Omar, Dato' Sri Shahidan Kassim, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, Senator Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup, Puan Hajah Nancy Shukri, Dato' Sri Joseph Entulu Belaun dan Senator Paul Low Seng Kwan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1957[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan setelah Pejabat Ketua Setiausaha dimansuhkan. JPM ditubuhkan adalah bertujuan:

  • merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan matlamat Negara di samping menentukan bahawa keselamatan Negara untuk perlaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi memberikan kebahagian dan kesempurnaan hidup rakyat Malaysia terjamin;
  • menentukan segala urusan dalam bidang pentadbiran, kewangan, perjawatan, perkhidmatan, istiadat dan keseluruhan jabatan dan pengurusan persidangan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan dari masa ke semasa.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan jabatan terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan sebagai pusat yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar utama Kerajaan. Semasa ditubuhkan, Jabatan ini terdiri daripada Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Bahagian Keselamatan dan Risikan dan Urusetia bagi Penasihat Ekonomi. Pegawai Tadbir Utama bagi Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), yang juga sebagai Ketua Setiausaha (KSU). Beliau dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU(Kabinet)), Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU). Pada 31 Ogos 1957, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ditubuhkan bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan agensi pusat kepada JPM. Suruhanjaya ini berperanan melaksanakan perlantikan,pengesahan, perjawatan tetap, perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan kawalan tatatertib. Pada September 1957, Bahagian Kabinet dan Perlembagaan ditubuhkan dengan nama asalnya sebelum ini adalah Bahagian Cabinet. Pada tahun 1995, nama Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan mula digunakan pada 1 Julai 1995. Pada 4 September 1957 Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya, Suruhanjaya Piliharaya dianggotai oleh seorang pengerusi dan 2 orang ahli. Istana Negara diletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri.

Latar Belakang PAJPM[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Am JPM yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Dan Sumber Manusia (BPPSM) telah disusun semula menjadi enam (6) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan dan Pembangunan (B.Kew), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam dan Unit Komunikasi Korporat (UKK). Kesemua enam (6) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha dan Penasihat Undang-Undang. Struktur ini berkuatkuasa sejak Mei 2007 melalui Waran Perjawatan Bil. A 49 Tahun 2007, Bil. A 90 Tahun 2007 dan Bil. A142 Tahun 2008.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi organisasi terunggul dalam Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Pembangunan, Perakaunan dan Khidmat Pengurusan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada Jabatan/Agensi JPM.

Misi Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/ peraturan dan garis panduan semasa.

Fungsi dan Peranan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perkhidmatan sokongan termasuk pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia, keselamatan, sosial dan lain-lain kepada warga jabatan Perdana Menteri dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat beristirehat supaya kondusif dan selesa untuk Anggota Perkhidmatan Awam serta menyelenggara, mengawal selia dan merancang penggunaan hartanah milik kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan.
  • Meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam Malaysia supaya lebih cekap, berkesan, responsif dan berintegriti serta membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.
  • Memberi khidmat yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri serta mengesan pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan.
  • Menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluar dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.
  • Mengurus Istiadat dan Protokol Negara, Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan, Lawatan Pembesar-Pembesar Negara, Persidangan Antarabangsa dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terbaik berteraskan kecemerlangan kerja yang berkualiti.
  • Menentukan penyelarasan dasar, strategi dan program Pembangunan Ekonomi Negara bagi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dirangka dengan terancang, cekap dan sempurna bagi memperkukuhkan daya saing negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan kerjasama sektor awam dan swasta, mempergiatkan k-ekonomi, dan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara.
  • Menjadi agensi pusat utama bagi memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan supaya pelaksanaannya selaras dengan matlamat pembangunan negara.
  • Memastikan penggubalan dan penyelarasan serta pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan keselamatan negara serta arahan langkah-langkah keselamatan dikendalikan secara terancang, komprehensif dan bersepadu.
  • Meningkatkan mutu penyelarasan penguatkuasaan undang-undang Maritim dan penglibatan unsur-unsur Maritim Negara dalam sebarang tugas maritim bagi menentukan kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia dipelihara dan kepentingan Maritim dari dicerobohi.
  • Merancang, merangka, menggubal dan memantau dasar-dasar penguatkuasaan maritim serta membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi sebuah agensi yang cekap dengan menyediakan peralatan dan infrastruktur melalui pembangunan dan perolehan.
  • Meningkatkan keseragaman prosedur dan amalan dalam urusan yang berkaitan dengan wakaf, zakat dan amal di seluruh negara; dan meningkatkan pemantauan dan penyelarasan dasar dan peraturan mengenai urusan serta aktiviti haji.
  • Mewujudkan undang-undang Islam berhubung pentadbiran Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri.
  • Menyedia dan melaksanakan pentadbiran undang-undang berlandaskan undang-undang Islam secara adil dan berkesan melalui akta-akta yang telah diluluskan.
  • Mewujudkan fatwa-fatwa yang tetap dan kemas berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias serta sumber-sumber lain yang muktabar serta mewujudkan tenaga pengajar agama Islam yang berwibawa dan beramal dengan Ahli Sunah Wal-Jemaah.
  • Memastikan bantuan perundangan, khidmat nasihat dan khidmat perantaraan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
  • Memastikan urusan pentadbiran Jabatan dan pembangunan mahkamah dirancang, diselaras dan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta membantu di dalam penambahbaikan keadilan sistem pentadbiran dan perundangan negara.
  • Memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan Insolvensi dilaksanakan selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, cepat dan berkesan.
  • Memastikan Jabatan mempunyai sumber manusia, kewangan, peralatan dan prasarana yang mencukupi dan sesuai untuk membolehkannya menjalankan peranan dan tugas-tugas secara berkesan dan memastikan semua kes-kes yang didaftar di Mahkamah dapat diselesaikan dengan segera, adil dan berlandaskan prinsip undang-undang negar serta dihormati dan diyakini oleh semua pihak.
  • Membantu orang ramai yang menghadapi masalah dengan jentera pentadbiran awam untuk merawat pulih aduan yang berasas dan memanfaatkannya sebagi input untuk agensi kerajaan mempertingkatkan akauntabiliti, kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam.
  • Meningkatkan pengetahuan, kepakaran, kualiti dan prestasi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.
  • Bertindak sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahcara projek-projek Persekutuan dan perkara-perkara yang menjadi perhatian terus YAB Perdana Menteri.
  • Memastikan penyediaan, penafsiran dan penyebaran perangkaan yang berkualiti, terkini, lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pembentukan pelaksanaan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
  • Melindung dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia.
  • Memajukan masyarakat luar bandar khususnya kumpulan sasar PERDA, FELDA dalam semua bidang sosio-ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup.

Rujukan[sunting | sunting sumber]