Saujana Asahan
Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan | |
---|---|
Maklumat umum | |
Lokasi | Asahan, Jasin, Melaka, Malaysia |
Pembinaan bermula | 8 November 2000 |
Disiapkan pada | 8 Februari 2002 |
Pemilik | Majlis Sukan Negara Malaysia |
Pengurusan | Majlis Sukan Negara Malaysia |
Laman sesawang | |
www |
Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan merupakan sebuah pusat sukan dan rekreasi yang terletak di pekan Asahan di Daerah Jasin di Negeri Melaka dalam Malaysia yang dimiliki Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).[1] Ia mula dibina pada 8 November 2000 dan disiapkan pada 8 Februari 2002. Tujuan pusat ini dibina adalah untuk menganjurkan program motivasi dan bina pasukan, seminar dan aktiviti dalam dan luar bangunan.[2][3]
Penginapan[sunting | sunting sumber]
Terdapat enam jenis penginapan yang tersedia di premis ini:
- Rumah VIP
- Rumah Kluster
- Bilik berdua
- Asrama
- Chalet
- Tapak khemah
Kemudahan[sunting | sunting sumber]
- Dewan Besar
- 5 Bilik Kuliah
- Padang bola sepak