Sbg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SBG merupakan jenama yang dikeluarkan oleh syarikat Saudagar Bumi Global Sendirian Berhad, ditubuhkan pada 03 Jun 2016. Ia menawarkan produk bahan pencuci.

SBG
JenisSyarikat swasta
DiasaskanJun 2016; 7 tahun yang lalu (2016-06)
Ibu pejabatPerak Darul Ridzuan
Kawasan yang dipasarkanMalaysia
Perancang utamaAzri Johari (CEO)
IndustriPengilangan
ProdukBahan Pencuci
PemilikSaudagar Bumi Global Sdn. Bhd.
SloganRasai Kelainan Baru
Laman websbghq.com
Tersedia dalamBahasa Melayu

Lahirnya Jenama SBG[sunting | sunting sumber]

SBG atau singkatan kepada Saudagar Bumi Global, jenama tersebut dilestarikan dengan maksud agar perniagaan usahawan Bumiputera ini menjalankan perniagaan sehingga ke peringkat Global.

[sunting | sunting sumber]

Logo SBG yang membawa elemen Bumi dan Burung adalah untuk menterjemahkan hala tuju SBG yang bakal melebarkan sayap ke serata dunia tanpa sempadan.

Sejarah Syarikat[sunting | sunting sumber]

Saudagar Bumi Global Sendirian Berhad yang dahulunya dikenali sebagai FA Wangi Suci Enterprise merupakan sebuah syarikat Bumiputera berdaftar yang menjalankan perniagaan memproses, membekal, mengedar dan menjual bahan-bahan pencuci. Syarikat ini memulakan operasi dengan modal RM 2,000.00 serta berbekalkan pengetahuan tentang pembuatan cecair pencuci pinggan dimana ianya merupakan produk keluaran pertama dengan berjenamakan SweetKleen yang mana sekarang berjenama SBG. Pengoperasian syarikat dimulakan dari bawah, dengan serba kekurangan kemudahan dan kelengkapan, di mana pada waktu itu hanya menggunakan kaedah tradisional, iaitu pemprosesan cecair pencuci dengan hanya menggunakan sebatang pengacau dodol dan sebuah tong plastik. Walau bagaimanapun, sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan telah diterima daripada para pelanggan. Tempat pemprosesan yang agak terhad, mulai tidak mampu memenuhi permintaan yang menjurus kepada perpindahan ke premis baru beralamat No.1449, Taman Teratai, 32000 Sitiawan, Perak, dimana sebelum ini hanya beroperasi di belakang rumah. Sedikit ubahsuai pada ruang pejabat, ruang penyimpanan stok dan tempat memproses telah dilakukan secara berperingkat. Cara pemprosesan juga telah dinaiktaraf menggunakan mesin pembancuh Semi Auto. Syarikat juga berjaya membeli sebuah lori baru pertama bagi tujuan penghantaran SabunSBG. Pada awal Jan 2019, demi memenuhi kehendak pelanggan seiring peredaran masa dan zaman, syarikat sekali lagi membuat perubahan dengan menstruktur semula banyak perkara termasuk menambahbaik kualiti produk, mengubahsuai premis, menambah bilangan dan saiz mesin dll.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]