Sekolah Agama Menengah Hulu Langat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
Moto BERILMU BERTAQWA BERBAKTI
Dirasmikan 1 Januari 1983
Jenis Sekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan
Pengetua Encik Mohamad Rahman Bin Sulaiman
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Atifah binti Salleh(bersara)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Hasbullah bin Md Dahalan
Penolong Kanan Kokurikulum En. Anuar bin Ahmad
Pengerusi PIBG Tuan Amir Hamzah Bin Udin
Kod sekolah BFT4001
Lokasi  Malaysia Batu 10, Jalan CherasHULU LANGAT, Selangor, Malaysia
Kemasukan Pelajar PSRA & UPSR
Nama singkatan SAMTEN
Telefon 03-90751343
Faks 03-90754537


Sekolah Agama Menengah Hulu Langat atau nama ringkasnya SAM Hulu Langat, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Batu 10, Jalan Cheras.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat memiliki 423 pelajar lelaki dan 512 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 935 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah ditubuhkan pada 1 Januari 1983 dan dibuka dengan rasmi serta beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 1983 di Sekolah Rendah Agama Batu 10, Cheras. Pembinaan sekolah ini adalah di atas kehendak ibubapa yang ingin melanjutkan pelajaran anak-anak mereka di peringkat menengah.Pengambilan pelajar pada tahun itu seramai lebih kurang 70 orang iaitu hanya pelajar tingkatan satu sahaja. Ini disebabkan oleh bilangan kelas yang terhad iaitu hanya dua buah kelas. Tambahan pula bilangan tenaga pengajar yang sedikit iaitu seramai 4 orang guru sahaja. Di antara guru-guru yang terawal adalah seperti Ustaz Manaf, Cikgu Joseph, Cikgu Siti Zubaidah dan Ustazah Jamaliah. Setelah 6 bulan berlalu, berkat kesabaran pelajar-pelajar menyalin nota, akhirnya bekalan buku teks diterima.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah ini meningkat. Ditambah pula dengan beberapa masalah lain yang dihadapi, pihak pentadbiran sekolah mengambil keputusan untuk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Batu 9, Cheras. Namun demikian, perpindahan ini tidaklah menjanjikan keselesaan kepada para pelajar dengan keadaan persekitaran yang bising daripada pembaikian Masjid Ubudiah, Batu 9 ditambah lagi dengan kekurangan kemudahan asas seperti makmal dan bengkel serta masalah banjir kilat ekoran daripada pembangunan setempat, segalanya menjadikan impian yang diidamkan tidaklah seindah mana.

Bertitik tolak daripada itu, pihak kerajaan memperuntukan sebanyak RM 6 juta untuk membina sebuah sekolah di atas tanah yang berkeluasan 7 ekar persegi. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1986 dan tergendala selama beberapa tahun. Akhirnya, kerja-kerja pembinaan siap pada tahun 1991.

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah : Sekolah Agama Menengah Hulu Langat Melahirkan Insan Rabbani Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Pencapaian Akademik[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya SAM Hulu Langat tidak memberi saingan yang kuat pada sekolah-sekolah lain. Namun begitu, SAM Hulu Langat menampakkan peningkatan dari masa ke masa dari segi aspek kurikulum, kokurikulum dan agama sehingga tersenarai sebagai rangking top 5 dalam sekolah terbaik JAIS daripada 25 buah sekolah yang lain di negeri Selangor.

  • Penilaian Menengah Rendah
  1. Sijil penghargaan kerana Pencapaian PMR 2011 Melebihi 90% Peringkat Negeri
  2. Sijil penghargaan di Sidang Media Keputusan PMR 2011 Peringkat Negeri
  3. Anugerah daripada Bahagian Pendidikan Islam (JPS) Tempat Ke-8 daripada 10 Sekolah SABK Terbaik dalam PMR 2010 Peringkat Negeri
  4. Anugerah Peningkatan PMR (96.1) Kepada (98.12)Peringkat Negeri(PMR 2010)
  5. Sijil Penghargaan SABK Terbaik PMR 2010 Ke-3 PMR 2010
  6. Anugerah Peningkatan Pencapaian PMR 2010 Peringkat Daerah Hulu Langat
  7. Anugerah Pencapaian PMR Melebihi 95% pada tahun 2011
  8. Anugerah Peningkatan PMR 2008 (95) kepada (97.8) tahun 2008
  9. Anugerah Pencapaian Cemerlang PMR 2008 Peringkat Daerah
  10. Anugerah Pencapaian Cemerlang PMR 2009 (96.1) Peringkat Daerah
  11. Anugerah Pencapaian Cemerlang Tempat ke-8 daripada 10 Sekolah Terbaik PMR 2010, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia
  12. Anugerah Pencapaian Cemerlang PMR 2010(98.52) Peringkat Daerah Hulu Langat.
  • Sijil Menengah Agama
  1. Anugerah Sekolah Cemerlang SMA Peringkat Negeri(SMA 2010)
  2. Anugerah Cemerlang Sijil Menengah Agama Peringkat Negeri Selangor Tahun 2010(GPS-2.51), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Sijil Pelajaran Malaysia
  1. Anugerah Pencapaian Gemilang SPM 100% Peringkat Negeri(SPM 2010)
  2. Anugerah Pencapaian Gemilang Negeri Berturut-Turut 2009&2010 Peringkat Daerah (SPM 2011)
  3. Anugerah pencapaian Gemilang SPM 100% Peringkat Daerah(SPM 2009)
  4. Anugerah Gemilang SPM (Sempena Karnival Hari Guru PKG Cheras) peringkat Daerah(SPM 2009)
  5. Sijil Penghargaan Mengekalkan Kecemerlangan SPM 2007 Peringkat Negeri(SPM 2007)

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  1. 2 buah bangunan sekolah
  2. 4 buah blok asrama
  3. 23 buah kelas
  4. 3 buah makmal sains
  5. 6 buah bengkel kemahiran hidup
  6. sebuah pusat sumber
  7. 2 buah bilik guru
  8. sebuah dewan besar
  9. sebuah dewan seminar
  10. sebuah dewan makan
  11. sebuah kantin sekolah
  12. 2 buah koperasi asrama
  13. 3 buah surau asrama
  14. 2 buah pondok pengawal
  15. 2 gelanggang FUTSAL
  16. 2 padang sekolah
  17. sebuah gelanggang bola tampar
  18. sebuah gelanggang bola jaring
  19. sebuah gelanggang sepak takraw
  20. 7 buah wakaf
  21. sebuah bilik sukan
  22. 2 buah astaka
  23. sebuah bilik apd
  24. sebuah bilik bacaan
  25. kuarters

Keistimewaan bangunan[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk pelan

Sekolah ini mempunyai reka bentuk pelan yang menarik dan sistematik. Bangunan utama sekolah ini ialah Dewan Az-Zamakhsyari. Kelas-kelas yang terletak di Blok A dan Blok B terletak berhampiran dengan dewan. Dewan pula terletak di sebelah kantin. Ini memudahkan pelajar untuk membeli makanan dan minuman di kantin dengan lebih cepat. Asrama Putera terletak bersebelahan dengan asrama puteri. Dewan Makan Asrama pula terletak di antara dua bangunan tersebut. Ini memudahkan pelajar pulang ke asrama dengan lebih cepat selepas makan di dewan makan.

Bahan binaan[sunting | sunting sumber]

Bahan yang digunakan untuk membina sekolah ini ialah simen, pasir, batu-bata dan sebagainya.

Pengubahsuaian[sunting | sunting sumber]

Banyak pengubahsuaian yang telah dilakukan. Antaranya ialah pembinaan makmal KHB dan tempat rehat pelajar pada tahun 2001. Pada tahun 2008, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang untuk memperbaiki infrastruktur sekolah seperti mengecat bangunan sekolah semula, menggantikan pintu bagi semua kelas, menceriakan kawasan sekolah dan sebagainya.

Hiasan dalaman[sunting | sunting sumber]

Tatar atur hiasan dalaman diberi tumpuan agar mencerminkan budaya keilmuan dan suasana segar serta kondusif kepada pelajar melalui tanaman dan hiasan yang menghijau, barisan pokok-pokok yang berjajar sepanjang laluan masuk dan pokok-pokok bunga hiasan yang cantik dan menarik. Usaha menghias dan menyediakan hiasan sekolah adalah sebahagian daripada tugas 3k yang diterapkan dalam gerak kerja dan budaya sekolah. Sejak tahun 1997, dengan kerjasama PIBG, sedikit demi sedikit mercu tanda dibangunkan untuk memenuhi ruang-ruang kosong agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk kegiatan belajar, riadah dan merehatkan minda. Keindahan dan kebersihan adalah tonggak penting dalam pengurusan sekolah berkesan. Hal ini juga, memberikan petanda kepada pelawat dan pengunjung sekolah tentang pengurusan sekolah yang cekap dan keperibadian seluruh warga sekolah.

Kegunaan dahulu dan sekarang[sunting | sunting sumber]

Dahulunya, dataran sekolah digunakan untuk berhimpun pada perhimpunan pada hari Jumaat. Kini, dataran itu digantikan dengan gelanngang sepak takraw. Selain itu, Dewan Az-Zamakhsyari juga digunakan sebagai gelanggang badminton tetapi kini dewan tersebut digunakan untuk perhimpunan pada hari Jumaat.

Lencana[sunting | sunting sumber]

Hijau: Melambangkan warna agama Islam. Ini bersesuaian dengan ciri-ciri sekolah agama, pelajar-pelajar dan guru-guru beragama Islam.

Merah: Melambangkan kebenaran. Ini bermakna pelajar-pelajar sekolah ini adalah diharapkan menjadi insan yang benar-benar berani terutamanya untuk memburu kejayaan dunia dan akhirat.

Hitam: Warna hitam dipilih sebagai tanda keadilan. Ini melambangkan wujud ikatan yang kuat antara pelajar dengan guru dan antara pelajar sesama pelajar untuk membentuk ukhuwah yang kukuh tanpa mewujudkan perasaan pilih kasih.

Bulan & bintang: Kedua-dua objek ini melambangkan perpaduan yang wujud dalam agama Islam. Pecahan bintang kepada 5 bahagian yang memberi erti setiap muslim hendaklah berpegang kepada Rukun Islam yang mengandungi 5 perkara.

Al-Quran & tangga: Objek-objek ini pula saling berkaitan antara satu sama lain iaitu al-quran memainkan peranan yang penting dalam agama Islam dan kedudukannya amatlah tinggi di puncak teratas sekali. Tangga pula bererti setiap pelajar akan melalui dan memenuhi cabaran secara berperingkat-peringkat sebelum sampai ke puncak kejayaan.

3 pecahan berwarna hijau: Iman, Islam dan Ehsan yang dititikberatkan dalam perlembagaan sekolah.

Berilmu, Bertaqwa dan Berbakti: Cogankata ini dijadikan landasan oleh guru-guru untuk memupuk cita-cita para pelajar. Cogankata ini asalnya ialah ‘Usaha Tangga Kejayaan’ dan telah dipinda pada tahun-tahun kebelakangan ini. Cogankata baru ini menggambarkan harapan guru-guru agar pelajar-pelajar yang keluar daripada sekolah ini berilmu dan bertaqwa. Oleh itu diharapkan ilmu yang ada dalam diri pelajar-pelajar dapat dimanfaatkan dengan berbakti kepada masyarakat, agama dan negara.

Bendera[sunting | sunting sumber]

Bendera ini telah direka bentuk pada tahun 1993 dan dikuatkuasakan pada tahun 1995. Penciptaan bendera adalah hasil adaptasi daripada lencana sekolah.

Hijau: Menggambarkan semangat jihad dikalangan pelajar sekolah ini untuk berjaya dalam pelajaran.
Merah: Merah itu berani. Keberanian adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk berjaya di dalam akademik mahupun kokurikulum.
Putih: Melambangkan agama Islam itu suci.
Bulan & bintang: Objek ini melambangkan perpaduan yang wujud antara guru dan pelajar sekolah ini. Ia juga melambangkan keunggulan agama Islam itu sendiri.
Kuning: Merah dan kuning akan membentuk bendera negeri Selangor Darul Ehsan. Ini bermakna sekolah ini adalah di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pakaian seragam sekolah[sunting | sunting sumber]

Pakaian lelaki yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bercirikan islamik dan kemas. Baju yang dikancing akan tampak kemas. Pakaian lelaki pada hari Jumaat pula bercirikan baju tradisional masyarakat melayu iaitu baju melayu. Samping berwarna hijau melambangkan keunggulan agama Islam. Pakaian perempuan pula lebih bercirikan pakaian tradisional masyarakat melayu iaitu baju kurung dan bertudung labuh untuk menutup aurat. Baju yang dikancing akan tampak sopan dan kemas.Kain sarung hijau juga melambangkan keunggulan agama Islam.

Lagu Sekolah Agama Menengah Hulu Langat[sunting | sunting sumber]

Maju selangkah mara kehadapan, Memegang dunia satu kemestian, Agama Islam satu kewajipan, Pegangan kami SAM Hulu Langat,

Hari mendatang penuh cabaran, Berilmu beramal asas kemajuan, Amal dan bakti untuk masa depan, Hidup hala tuju kecemerlangan,

Nasihat guru amat dihargai, Wadah etika semangat dedikasi, Hidup saling hormat-menghormati, Membentuk jiwa ummah yang sejati,

Walau perit tempuh rintangan, Untuk berjaya kami lalui, Demi hasrat capai kejayaan, Bagi mencapai apa dihajati,

Maju selangkah mara kehadapan, Memegang dunia satu kemestian, Agama Islam satu kewajipan, Pegangan kami SAM Hulu Langat,

Hari mendatang penuh cabaran, Berilmu beramal asas kemajuan, Amal dan bakti untuk masa depan, Hidup hala tuju kecemerlangan,

Walau perit tempuh rintangan, Untuk berjaya kami lalui, Demi hasrat capai kejayaan, Bagi mencapai apa dihajati.


Lagu Sekolah ini telah dilancarkan dan diperkenalkan kepada seisi warga SAM Hulu Langat pada 3 September 2010 yang lalu iaitu ketika perhimpunan mingguan dijalankan. Setelah lagu ini dilancarkan, maka telah rasmilah lagu ini sebagai Lagu Sekolah dan akan dinyanyikan pada setiap perhimpunan mingguan yang diadakan pada masa akan datang.

Senarai Nama Pengetua dari Tahun 1983 hingga kini[sunting | sunting sumber]

  1. 1983 hingga 1984 - Encik Abdul Manaf Bin Rofaii
  2. 1985 - Encik Samuri Bin Jaafar
  3. 1986 - Encik Abdul Manaf Bin Rofaii
  4. 1987 hingga 1990 - Encik Samuri Bin Jaafar
  5. 1991 hingga 1997 - Encik Ismail Bin Ibrahim
  6. 1998 - Encik Bustaman Bin Abdul Latif
  7. 1999 hingga 2002 - Puan Jamaah Binti Shahbudin
  8. 2003 hingga 2005 - Encik Abdullah Salleh Bin Sulaiman
  9. 2006 hingga 2007 - Encik Samsuri Bin Yosok
  10. 2007 hingga 2010 - Puan Serifah Mahaya Binti Syed Dakian
  11. 2010 hingga 2014 - Puan Siti Zubaidah Binti Ahmad
  12. 2014 himgga sekarang - Encik Mohamad Rahman Bin Sulaiman

Pembaharuan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat[sunting | sunting sumber]

  1. Renovasi sekolah pada akhir tahun 2008 - warna cat sekolah digantikan dengan warna merah pekat dan cair
  2. Pembinaan 13 tiang bendera sekolah - dibina sejak tahun 2005 atau ditaja oleh Jabatan Pelajaran Selangor dan oleh Lembaga Disiplin Sekolah
  3. Penulisan khat di dinding sekolah - dilukis oleh Uztaz Hazrin dari Banting yang memakan kos sebanyak RM 1500 dan jenis tulisannya ialah khat sulus iaitu Surah Al-Mu' minun
  4. Astaka mini bersebelahan parking motor - dibina pada awal tahun 2010 untuk menggantikan tempat perhimpunan lama dan kosnya dianggarkan dalam RM 4000
  5. Pengubahsuaian bilik disiplin - terletak antara kelas 4 Al-Farabi dan bilik guru lelaki dan diubahsuai pada awal tahun 2009
  6. Penubuhan Firqah Abu Ubaidah Al-Jarrah - rumah sukan ini telah dicadangkan dalam mesyuarat kokurikulum supaya bilangan pelajar dalam firqah tidak terlalu ramai dan memberi peluang pelajar untuk merangkul hadiah.
  7. Taman Angkat Kelab dan Persatuan - bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah untuk menjadikan sekolah lebih menarik dan ceria
  8. Kampus Astro
  9. Bilik Pengurusan Sukan - memakan kos sebanyak RM 10 000 hasil daripada PIBG dan orang ramai
  10. Badan Dakwah dan Rohani - mula ditubuhkan pada tahun 2010 yang bertujuan untuk menyebarkan dakwah dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran
  11. Renovasi Surau Sekolah - Surau sekolah mula diubahsuai pada bulan September dengan menempatkan dua mihrab bilik muazin, stor menyimpan barangan surau, tempat wuduk lelaki dan perempuan serta tandas yang bertujuan untuk menampung ramai jemaah sama ada guru atau pelajar lelaki dan perempuan
  12. Bilik Badan Dakwah dan Rohani - mula diwujudkan berhampiran tangga sekolah blok A pada tingkat teratas

Pendidikan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat berorientasikan seimbang antara akademik dan agama yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu agama yang tinggi di samping mahir dalam bidang akademik. Pada tahun 1983, sekolah ini hanya menekankan ilmu agama sahaja dan dari tahun ke tahun sekolah ini mula berdaftar bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 90-an.

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Sekolah ini memulakan Sijil Rendah pelajaran (SRP) pada tahun 1985. Mempunyai 9 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu ( sama ada Kemahiran Teknikal atau Ekonomi Rumah Tangga ) termasuk Bahasa Arab. Mulai tahun 2012, PMR mula dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sijil Menengah Agama

Mempunyai 5 subjek iaitu Tilawah Al-Qur'an wa Hifz, Bahasa Arab 1, Bahasa Arab 2, Tauhid Feqah dan Tafsir Hadis. Sukatan ini digunakan dalam bahasa Arab secara keseluruhan dan bertujuan untuk memantapkan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di samping mendalami ilmu agama.

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bermula pada tahun 1987 iaitu dua tahun selepas SRP dimulakan. Mempunyai 14 subjek akan tetapi setiap pelajar perlu memilih dengan had maksimum sebanyak 10 atau 11 subjek sahaja bermula tahun 2010. Subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Pendidikan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan. Pada sebelum ini terdapat satu lagi subjek dipelajari akan tetapi tidak lagi diambil oleh pelajar sekolah ini iaitu subjek English For Science and Technology iaitu subjek pelajar Sains.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Untuk tahun 2012, SAM Hulu Langat berada di rangking ke 204. Sekolah ini telah mendapat band 3 dan peratusnya sebanyak 90.4 % di mana sekolah ini lokasinya tertumpu di bandar.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
Batu 10, Jalan Cheras
Selangor, Malaysia
Telefon = 0390751343
Fax = 0390754537

Pautan luar[sunting | sunting sumber]