Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin
Lokasi
 Malaysia Jasin, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065295406
Kod sekolahMBD1052
Faks6065291628


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin atau nama ringkasnya SJK(T) Jasin, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jasin.

.          Nama  Sekolah                 :  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin

2.         Alamat Sekolah                     :  SJK(T)  Jasin, 77000, Jasin, Melaka

3.         Kod Sekolah                          :  MBD 1052

4.         No. Telefon                             :  06-5295406

5.         E-mail                                   : mbd1052@ppdjasin.edu.my

6.         Tarikh dibuka                        :  01.01.1946

7.         Keluasan Kawasan               :  5 hektar

8.         Kawasan Parlimen               :  Parlimen  Jasin    

9.         Kawasan DUN                     :  Bemban

10.      Daerah                                    :  Jasin

11.      PPD                                         :  Pejabat  Pendidikan Daerah Jasin

12.      Jarak Sekolah ke Melaka      : 30 km

13.     Bangunan                                 : Sebuah bangunan 4 tingkat, sebuah bangunan

                                                             2  tingkat,   sebuah bangunan satu tingkat,

                                                            ,sebuah  bilik  pra sekolah dan  sebuah  bangunan              

                                                             kantin.                 

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah sekolah ini telah bermula pada tahun 1941 apabila  murid-murid  India di persekitaran  Pekan Jasin ini mula belajar di satu bahagian  di Rumah Sakit Jasin. Selepas itu ia berpindah ke sebuah kedai di Pekan Jasin , kemudian kesebuah rumah di Pekan Jasin sebelum ia dipindahkan ke sebuah kedai lama yang terletak di Jalan Chin-Chin Jasin.Sehingga 1966, kedai lama itu  telah menjadi tempat pembelajaran orang-orang India di Jasin.          

Pada tahun 1966, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah  yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah. Pada tahun 1969 pula pihak kerajaan telah  membina bangunan tambahan yang mempunyai sebanyak 2 bilik darjah disebabkan oleh pertambahan murid. Bangunan tambahan  dua tingkat  bagi sekolah  ini telah siap dibina pada bulan April 1985. Bangunan tambahan sekolah ini yang menelan belanja sebanyak RM 150,000.00 ini terdiri dari 3 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik guru dan bilik  pejabat.

Dari segi bangunan, sekolah ini telah  mengalami perubahan besar sejak tahun 2000. Pada  akhir tahun  2001, sekolah  ini telah terpilih dalam program baik pulih  di bawah Projek Payung  yang dikendalikan oleh kerajaan persekutuan. Melalui projek ini  sekolah ini telah mendapat peruntukan sebanyak 1.7juta untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih. Melalui projek ini kesemua bangunan sekolah ini telah bertukar wajah. Sistem pendawaian baru kepada seluruh bangunan sekolah, pengubahsuaian tingkap cermin, mengecat keseluruhan bangunan serta  mengubahsuaian bilik pejabat  serta lantai adalah antara kerja-kerja pembaik pulih  yang telah dijalankan.

          Pada tahun  2002 pula sekolah ini telah mendapat satu bangunan  empat tingkat dibawah  Rancangan Malaysia ke 8. Bangunan itu yang bernilai RM 14juta, mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan , sebuah bilik kesihatan, sebuah bilik kaunseling, bilik peperiksaan,  sebuah bilik kemahiran hidup,bilik sains, bilik pendidikan seni dan koperasi. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada aawal tahun 2002 dan secara rasminya bangunan itu diserahkan  oleh pegawai  dari Jabatan Pendidikan Melaka kepada Guru Besar, Pn.S.Minachee pada  14.01.2003.Dari segi taraf  pula, sekolah ini telah diwartakan sebagai Sekolah Gred "B" pada 01.01.1988  yang  mana  sekolah ini menjadi sekolah yang pertama sekali mendapat taraf  tersebut  diantara sekolah-sekolah Tamil di negeri Melaka.

Pada September 2002, sekolah ini telah digredkan sebagai sekolah Gred "A". Secara rasminya Guru Besar dinaikan pangkat DGA34 dan melantik tiga orang Guru Penolong Kanan berpangkat DGA32. Ini adalah berdasarkan kepada pertambahan bilangan murid yang telah mencapai 450 orang.


Banyak perubahan dan perkembangan besar telah berlaku dalam Sejarah Sekolah ini. Perubahan dan perkembangan ini ternyata sejak  tahun 1982 seperti berikut:  

TAHUN BIL. MURID BIL. GURU
1982 280 12
1984 330 14
1987 420 18
1989 430 20
1992 410 22
1994 405 21
1995 381 21
1996 340 20
1997 360 21
1998 374 23
1999 379 24
2000 385 23
2001 414 23
2002 469 25
2003 545 32
2004 592 34
2005 598 34
2006 611 34
2007 621 34
2008 585 35
2009 568 37
2010 511 38
2011 496 40
2012 488 42
2013 468 40
2014 456 40
2015 448 38
2016 420 37
2017 390 36
2018 365 36
2019 355 34
2020 344 32

Pada 01.01.1988 Sekolah ini telah diwartakan sebagai Sekolah Gred “B” dan sekolah ini juga adalah sekolah yang tunggal dan yang pertama sekali menjadi Sekolah Gred “B” di antara SJK(T) dalam negeri Melaka. Pada tahun 2002 sekolah ini telah diumumkan sekolah gred “A” berdasarkan pertambahan bilangan murid yang semakin  ramai.


Kemudahan Fizikal

Bilik Darjah     14 buah                     Bilik Sains
Perpustakaan   Makmal Komputer
Kantin Sekolah                                 Bilik Bimbingan Kaunseling
Bilik Seni                                         Bilik SPBT
Bilik Kem. Hidup                             Bilik Guru
Bilik Kesihatan                                 Bilik PJK
Kedai Koperasi                                 Pusat  Sumber
Pejabat Pentadbiran                          Bilik Pra Sekolah
Bilik Muzik                          Bilik Mesyuarat
Bilik Tayang Bilik Pendidikan Khas
Bilik PLC BM Bilik PLC Bahasa Inggeris
Bilik PLC  Tamil


SEJARAH PERKHIDMATAN GURU BESAR

Bil Tahun Nama Guru Besar
1. 1947 En.M.Krishnasamy
2. 1948 En.A.D.Abraham
3. 1949 En.M.Vaithilingam
4. 1950-1952 En.M.Visvanathan
5. 1952-1956 En.P.Ponniah
6. 1956-1957 En.J.S.Ayyasamy
7. 1957-1960 En.R.Arumugam
8. 1961-1972 En.A.Muthiah PJK
9. 1973-1982 En.P.Ponniah  PJK
10. 1982- Mac 1995 En Sulaiman MohammadPIS,PPN,PBM
11. Mac 1995-Ogos 1995 En K.M.Abdul Kadir PJK(menjalankan tugas)
12. Sept 1995-16 Dis 1997 En.D.Senan PBM
13. 16 Dis 1997  - 23.12.2004 Pn.S.Minachee  PPN
14. 28 Dis 2004 – 14 Dis 2006 En.D.Senan PBM
15. 16 April 2007- 13Sept 2012 En. S.Jeyaraman
16 01.12.2012 Pn C.Samupatha a/p M.Chelliah
17 1 Mac 2020 – Sehingga Kini PN.P.Mallika

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin
Jasin
77000, Jasin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065295406
Fax = 6065291628

Pautan luar[sunting | sunting sumber]