Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Jawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Jawi
Lokasi
 Malaysia Ladang Jawi , Sungai Jawi, 14200, Sungai Bakap,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045828052
Kod sekolahPBD4026
Faks6045828052


Sekolah ini telah mula beroperasi sekitar tahun 1930 di bangunan banglo pengurus ladang. Murid-murid sekitar kawasan Ladang Jawi telah belajar di sekolah ini. En. Subramaniam merupakan guru besar pertama sekolah ini. En. Annamalai merupakan guru besar yang lama berkhidmat di sekolah ini iaitu selama 20 tahun.


Sekolah yang beroperasi dengan lancar ini telah dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku pada 10 Ogos 1995. Kebakaran ini telah memusnahkan seluruh bangunan dan semua dokumen sekolah. Seramai 157 orang murid yang belajar di sekolah ini telah kehilangan tempat menuntut ilmu.


Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan telah bertindak pantas dengan menempatkan murid-murid tersebut di Sekolah Kebangsaan Jawi yang telah terletak berhampiran dengan sekolah ini. Selepas itu, satu Jawatankuasa Bangunan Baru telah ditubuhkan. Pengerusi MIC Negeri pada ketika itu Dato’ Dr. K. Rajapathy telah menjadi penasihat bagi jawatankuasa ini. En. Gunasagaran pula dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.


         Usaha berterusan Jawatankuasa Bangunan Baharu ini telah membuahkan hasil. Dermawan Tuan N.T.S Arumugam Pillai telah mendermakan tanah seluas 1.5 ekar untuk pembinaan bangunan baru sekolah ini. Bangunan ini mula dibangunkan dengan peruntukan dan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ahli-ahli perniagaan dan orang perseorangan. Majlis peletakan batu asas bangunan ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri S. Samy Vellu yang merupakan Pengerusi MIC Kebangsaan pada ketika itu.


         Bangunan baharu ini telah mula beroperasi mulai Ogos tahun 2003. Bangunan ini mempunyai segala kemudahan  seperti bilik darjah yang kondusif, bilik komputer yang moden, makmal sains, kantin yang luas, pusat sumber dan sebagainya. Bangunan ini telah terus dinaiktaraf melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


         Enrolmen murid yang semakin meningkat telah memaksa pihak sekolah terpaksa membuka 12 bilik darjah. Ini menyebabkan bilik darjah sedia ada diubahsuai kepada saiz yang lebih kecil. Bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah ini kerajaan Persekutuan telah memperuntukan 1.1 juta untuk membina bangunan tambahan. Bangunan tambahan ini mula beroperasi mulai tahun 2011.


         Mulai tahun 2013 prasekolah kerajaan turut dimulakan di sekolah ini. Kemudahan-kemudahan sebegini terus merangsang kehadiran murid ke sekolah ini. Sekolah ini menunjukkan tahap yang cemerlang di mana terdapat 3 orang murid yang mendapat 7A dalam UPSR pada tahun 2013. Selain itu, murid-murid sekolah ini juga pernah menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan. Kejayaan sebegini terus mendorong ibubapa untuk terus menghantar anak mereka ke sekolah ini. Kini sekolah ini berdiri megah dengan murid melebihi 150 orang. Sekolah ini juga telah dipilih dalam Program Transformasi Sekolah TS25. Sekolah terus cemerlang dalam semua bidang atas kepimpinan guru besar Pn.M. Gogilambal.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Jawi
14200, Sungai Jawi, Seberang Prai Selatan
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045828052
Fax = 6045828052

Pautan luar[sunting | sunting sumber]