Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Puchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Puchong
Lokasi
Jalan Bunga Tanjung , Bt 14, PUCHONG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah380622649
Kod sekolahBBD8454
Faks380622649


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Puchong atau nama ringkasnya SJK (T) Puchong, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Jalan Bunga Tanjung , Bt 14.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Puchong memiliki 549 pelajar lelaki dan 581 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1130 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947 dengan nama National Type Primary School (Tamil) Killing Hall Estate, Puchong,Selangor. Bangunan asal sekolah ini adalah stor kilang getah Killing Hall yang telah diubah suaikan menjadi bilik darjah pada masa itu. Pada permulaan sekolah ini seramai 32 orang murid belajar dari tahun satu hingga tahun 3 dan diajar oleh seorang guru Thilaga. Murid-murid tahun 4 akan dihantar ke Sekolah Tamil Ladang Castlefields, Puchong, Selangor.

Pada tahun 1949 National Type Primary School (Tamil) Ladang Bukit Hitam dan pada tahun 1951 National Type Primary School (Tamil) Ladang Hong Kong telah bergabung dengan sekolah ini kerana kedua-dua sekolah ini terletak berdekatan dengan sekolah Killing Hall. Semua urusan yang berkaiatan dengan sekolah seperti, pengambilan guru dan gaji guru diuruskan oleh pihak majikan Ladang Killing Hall. Pada masa pemerintahan Jepun, sekolah ini ditutup dan bangunan atap ini digunakan oleh askar Jepun untuk aktiviti mereka.

Pada tahun 29 Novembar 1968 bangunan sekolah ini telah dijilat api. Oleh itu, sementara menunggu bangunan baru murid-murid sekolah ini ditempatkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Han Ming, Puchong. Dengan bantuan ahli dewan undangan negeri, Dato Michael Chen banguan bertingkat dua dibina dan dirasmikan oleh, Yang Berhormat En.Mohd.Rahmad, setiausaha parlimen, Kementerian Pendidikan pada 16.08.1973.

Semenjak itu, bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 1980 sekolah ini telah dijadikan Gred B. Nama sekolah ini telah ditukar pada tahun 1980, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Killing Hall kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Puchong, Selangor, kerana pengurusan sekolah tidak lagi dilakukan oleh Ladang Killing Hall dan bertapak sekolah kerajaan atas usaha tuan Guru Besar pada masa itu, yang bernama En.S. Mariappan. Lencana sekolah ini juga merupakan hasil usaha oleh tuan guru besar iaitu, En.S. Mariappan bersama dengan seorang guru sekolah pada masa itu.

Pencapaiant[sunting | sunting sumber]

Alama[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Puchong
Jalan Bunga Tanjung , Bt 14
Selangor, Malaysia
Telefon = 380622649
Fax = 380622649

Pautan luar[sunting | sunting sumber]