Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat
Moto Berusaha dan Berdisplin
Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Pn Nor Rosmi Dzulkafli
Pengerusi PIBG En Zohdee Mohd Faiz
Kod sekolah BBA7103
Lokasi  Malaysia Jalan Enggang Timur 1KUALA LUMPUR, Selangor, Malaysia
Laman web http://sk2tk.net
Telefon 342573546
Faks 342573546

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat atau nama ringkasnya SK (2) Taman Keramat, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Enggang Timur 1.

Pada 2012, Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat memiliki 265 pelajar lelaki dan 256 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 472 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2012

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Taman Keramat di bina pada tahun 1979 dengan namanya ketika itu ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat. Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan kayu dan sebuah kantin. Menteri Pelajaran ketika itu , Datuk Dr Sulaiman Haji Daud telah merasmikan sekolah ini pada tahun 1982 dan ketika itu terdapat penambahan 2 blok bangunan batu.

Pertambahan murid yang ketara sehingga mencapai lebih dua ribu orang menyebabkan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak memutuskan untuk mewujudkan sebuah lagi sekolah yang berlainan pentadbiran di bangunan yang sama.

Pada Januari 1988 , Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat di bahagikan kepada dua termasuk dengan guru-gurunya yang di kenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan 2 Taman Keramat

Dua buah sekolah ini beroperasi di bangunan yang sama namun berbeza pentadbiran, warna bendera dan juga lencana sekolah. Sesi persekolahan pagi dan petang di buat secara bergilir antara Sekolah 1 dan Sekolah 2.

Pada tahun 1993 hasil dari kutipan derma Jogathon sekolah Kebangsaan 2 berjaya mengumpul RM 70, 000.00 . Hasil daripada kutipan ini , terdirilah sebuah Balai Islam dan Balai Bacaan.

Pada tahun 1999. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah mengarahkan agar kawasan dan bangunan sekolah 1 dan Sekolah 2 Taman Keramat dibahagikan kepada 2 bahagian.

Selepas pembahagian antara dua bahagian sekolah, SK 2 ketika itu mempunyai 1 blok bangunan batu , 2 blok bangunan kayu , 2 blok bangunan kayu pasang siap , sebuah balai Islam , sebuah balai bacaan dan kantin.

Pada 11 Januari 2003 SK 2 Taman Keramat memperolehi sebuah blok bangunan baru empat tingkat yang mempunyai 12 buah bilik darjah dan sebuah makmal komputer.

Pada tahun 2012, SK 2 Taman Keramat mempunyai 3 blok bangunan batu serta sebuah balai Islam selain terdapat pelbagai kemudahan pembelajaran seperti bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Muzik , Bilik J-Qaf ,makmal komputer dan bilik akses yang selesa kepada murid murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Akademik Pada tahun 1992, buat pertama kalinya SKTK2 telah mencipta sejarah pertama dalam bilangan pelajar yang berolah 4A pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seramai 30 orang murid.

Sukan Antara tahun 1990 - 1992, pencapaian sukan SKTK2 adalah sungguh cemerlang dan membanggakan. Sekolah ini telah mencatat pelbagai kemenangan dalam pelbagai bentuk kesukanan pada pelbagai peringkat termasuklah peringkat negeri dan daerah.

Muzik & Kebudayaan Sekolah ini telah memperoleh pelbagai kejayaan dan berada di puncak antara tahun 1990 - 1992. Bidang muzik & kebudayaan tidak terkecuali dalam mengharumkan nama sekolah ini. Berikut adalah kejayaan SKTK2 dalam bidang ini:

1989: Tempat Kedua Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Gombak

1990: Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Daerah Gombak 1) Koir: Naib Juara 2) Genderang: Keempat 3) Nyanyian Solo (kategori sekolah rendah): Naib Juara (Faisal Mohammad)

: Johan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD

: Olahraga MSSD Mendapat Pingat Perak 100m ( M. Haizul ), 4 x 100m ( M.Haizul, K. Nizam, M.Hafiz, Jaafar ) ( Haizul & Hafiz mewakili peringkat MSSS )


1991: Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Daerah Gombak 1) Koir: Naib Juara 2) Genderang & Rekorder: Keempat 3) Nyanyian Solo (kategori sekolah rendah): Juara (Mohd Nizam Aziz) 4) Nyanyian Duet (kategori sekolah rendah): Ketiga (Mohd Nizam Aziz & Nadeeya Ain Umaisara)

Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Negeri Selangor 1) Genderang & Rekorder: Pingat Perak


1992: Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Daerah Gombak 1) Koir: Naib Juara 2) Genderang & Rekorder: Keempat 3) Nyanyian Solo (kategori sekolah rendah): Juara (Mohd Nizam Aziz) 4) Nyanyian Duet (kategori sekolah rendah): Naib Juara (Arifah Yanez Yaacob & Tengku Suraya)


Pasukan muzik & kebudayaan SKTK2 ini turut memenuhi pelbagai undangan persembahan sepanjang tahun 1990 - 1992. Antara tetamu-tetamu kehormat pada persembahan-persembahan tersebut adalah DYMM Yang Di Pertuan Agong Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. 2008-2010: Johan Tilawah Lelaki Peringkat Daerah

                     (Zaid Najmuddin Bin Zul Akmal )

2010-2011: Johan Tilawah Peringkat Negeri Selangor

                      (Zaid Najmuddin Bin Zul Akmal )

2011  : Tempat Ketiga Program Adik Adikku

                  Anjuran Jakim dan RTM 
                  (Zaid Najmuddin Bin Zul Akmal )
        : Johan Tilawah Al Quran (Perempuan) 
                  Daerah, Naib Juara Tilawah Perempuan 
                (Ainil Hawa binti Zul Akmal ) 

011-2012: Wakil Selangor Tilawah Al Quran ( Perempuan) (Ainil Hawa binti Zul Akmal )

2011: Tempat Ketiga Bolasepak MSSD Zon Hulu Kelang

2012 : Tempat Kedua Zon Hulu Kelang/Naib Juara Daerah Gombak Bolasepak MSSD Gombak

Diharap SKTK2 akan terus beroleh kejayaan yang lebih gemilang di masa-masa mendatang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat
Jalan Enggang Timur 1
Selangor, Malaysia
Telefon = 342573546
Fax = 342573546

Pautan luar[sunting | sunting sumber]