Sekolah Kebangsaan Air Jernih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Air Jernih
Lokasi
Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"Langkah Sederap, Bersama Siap, Hasilnya Mantap"
Nombor sekolah06-3878311
Kod sekolahMBA0013[1]
Pengerusi PIBGEn. Abu Zarrin bin Ab. Jalil
Guru besarEn. Md Abu Fadrey bin Md Yusof
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hjh Norfaizah binti Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Norisam binti Nasir
Penolong Kanan KokurikulumEn. Zainal Abidin bin Ahmad
Faks06-3878311
Map


Bangunan lama

Sekolah Kebangsaan Air Jernih atau nama ringkasnya SK Air Jernih, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka. Pada tahun 1999 jumlah pelajar sekolah ini seramai 94 orang murid termasuk pelajar pra sekolah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Air Jernih memiliki 109 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 209 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Pada tahun 2012, ia memiliki kelas Pendidikan Khas. Jumlah guru pula seramai 18 orang pada 2012.

Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Air Jernih mempunyai seramai 175 orang murid yang terdiri daripada 97 orang murid lelaki dan 78 orang murid perempuan. Daripada jumlah tersebut terdapat 147 orang murid belajar di kelas perdana, 25 orang murid di kelas Pra Sekolah dan 3 orang murid di kelas Pendidikan Khas. Guru yang berkhidmat di sekolah ini seramai 19 orang yang terdiri daripada 6 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan. Selain itu, pengurusan pejabat dibantu oleh seorang pembantu tadbir (PT) perempuan dan seorang pembantu operasi (PO) lelaki. Manakala Pra Sekolah dan Pendidikan Khas masing-masing dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid perempuan menjadikan jumlah staf sekolah ini seramai 4 orang.

Bangunan baru 4 tingkat
Bangunan baru SKAJ

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menyedari pentingnya pendidikan kepada anak-anak bangsa, demi menjamin masa depan dan maruah mereka, maka penduduk tempatan dengan dipelopori oleh keluarga Allahyarham Encik Dollah bin Kamal telah berjaya mendirikan satu tempat belajar bagi anak-anak mereka di kampung ini. Pada asalnya, bangunan ini berupa sebuah pondok sahaja.

Semenjak dari tahun 1915 bilamana sekolah ini diasaskan hingga terdirinya bangunan yang sedia ada pada masa sekarang, ia telah mengalami beberapa kali perpindahan;

  1. Tahun 1915, semasa diasaskan muridnya menumpang belajar di atas serambi rumah Encik Aman Bin Dollah untuk belajar al-Quran dan mengira.
  2. Tahun 1916, muridnya berpindah ke sebuah bangsal yang beratap dan berdindingkan rumbia di atas tanah Lot No. 1063.
  3. Tahun 1918, muridnya berpindah ke kedai Encik Noh bin Ismail di atas tanah Lot 1070.
  4. Tahun 1922, muridnya berpindah ke rumah kedai Encik Ang Gau seorang bangsa Cina di atas tanah Lot 1093 kepunyaan Encik Baba bin Deli.
  5. Tahun 1924, muridnya berpindah di tanah Lot 1082 kepunyaan Encik Lonjang bin Daiman. Bangunannya ialah sebuah pondok yang mana tiangnya kayu bulat yang ditanam, berlantaikan simen serta beratap dan berdindingkan rumbia pada paras 3 kaki dari tanah.
  6. Pada tahun 1926, muridnya berpindah lagi ke tanah Lot 3191 kepunyaan Tuan Imam Alang kerana sekolah asalnya roboh dipukul ribut. Sekolah ini terletak di tapak rumah guru yang ada sekarang

[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Melambangkan sekolah sebagai sumber ilmu yang perlu ditagih oleh semua pelajar yang menuntut di sini.

Obor[sunting | sunting sumber]

Lambang semangat yang membara sebagai pelajar yang ingin berjaya dan menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.

Bola & Raket Badminton[sunting | sunting sumber]

Peralatan sukan yang melambangkan perlunya menjaga kesihatan dan kecergasan diri bagi menjadi insan yang seimbang dan berketerampilan.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu Suluh Hidup

Ilmu[sunting | sunting sumber]

Ilmu ialah perkara yang paling utama bagi setiap manusia sebagai panduan hidup

Suluh[sunting | sunting sumber]

Seseorang manusia hanya dapat dinilai melalui ilmu yang dikuasainya

Hidup[sunting | sunting sumber]

Kebahagiaan, kesejahteraan dan kemuliaan hidup seseorang manusia bergantung pada tingginya ilmu seseorang itu.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

MISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

VISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Perkembangan sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1927, sebuah sekolah baru didirikan oleh kerajaan di atas tanah Lot 3187. Bentuk bangunannya bertiang batu dua tingkat, bangunan kayu atap genting, tingkat atas berlantai serta berdinding papan dan tingkat bawahnya berlantaikan simen. Panjang bangunan ini 76 kaki dan lebarnya 29 kaki. Bangunannya dicat hitam. Seramai 65 orang pelajar dalam 5 buah kelas dimuatkan di bangunan ini. Bangunan ini sekarang telah diganti dengan bangunan baru.

Pada tahun 1970, sebuah bangunan satu tingkat mengandungi 3 buah bilik darjah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Seterusnya pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan baru telah didirikan daripada peruntukan projek gotong-royong. Pembinaan daripada projek ini menyediakan dua buah bilik darjah dan sebuah bilik untuk pejabat Guru Besar. Sehingga kini di tanah Lot 3187, terdapat 3 bangunan sekolah, sebuah rumah guru, sebuah kantin dan sebuah padang bola sepak.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Alias bin Lani (Ditaja oleh masyarakat) - (1915 – 1921)
  2. Encik Alias bin Lani (Di bawah pentadbiran kerajaan) - (1922 – 1927)
  3. Encik Mohamad Bin Tambi - (1927 – 1932)
  4. Encik Jaidin bin Akibon - (1932 – 1940)
  5. Darurat (penjajahan Jepun) - (1941 – 1945)
  6. Encik Hashim bin Abd Jalil - (1945 – 1947)
  7. Encik Bachek bin Bahaudin - (1947 – 1948)
  8. Encik Mohamad Amin bin Jaidin - (1948 – 1951)
  9. Encik Mohamad bin Md Nor - (1952 – 1961)
  10. Encik Mohamad bin Ajum - (1962)
  11. Encik Tuan Haji Hasim bin Abd Jalil - (1963)
  12. Encik Othman Bin Shawal - (1964)
  13. Encik Baba Bin Jais - (1965)
  14. Encik Tuan Haji Yaakob bin Abu - (1966 – 1970)
  15. Encik Tuan Haji Abdullah Bin Kassim - (1971 – 1975)
  16. Encik Kari bin Baba (Memangku Guru Besar) - (1976)
  17. Encik Baharom bin Rashid - (1977 – 1982)
  18. Encik Yusof bin Ahmad - (1983 – 1987)
  19. Encik Abu Bakar bin Othman - (1988 – 1991)
  20. Encik Ibrahim bin Said BKT, PPN, PJK (Memangku Guru Besar) - (1992)
  21. Encik Tuan Haji Ismayatim bin Rahimin - (1993)
  22. Encik Tuan Haji Mohd. Anuar bin Abd Aziz - (1994)
  23. Encik Mohd Shah bin Haji Achin - (1995)
  24. Puan Pouziah binti Ghani - (1997)
  25. Puan Rohani binti Kechil - (?)
  26. Puan Khadijah binti Said - (16 Disember 2003 – 8 Februari 2007)
  27. En. Talib bin Ludin (memangku Guru Besar) - (9 Februari 2007 – ?)
  28. Encik Sapian bin Abd. Rahman - (31 Disember 2007 – ?)
  29. Encik Haron bin Berahim - (1 Ogos 2008 – 1 April 2012)
  30. Puan Norhamizah binti Hassan - (1 Julai 2012 – 3 Mac 2013)
  31. Puan Robiah binti Baba - (4 Mac 2013 – 15 Disember 2016)
  32. Encik Ramlee bin Mohd - (16 Disember 2016 – kini)

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami warga sekolah yang tercinta

Berikrar dan berjanji

Berusaha gigih mencapai kejayaan

Untuk masa hadapan

Bersama kami tumpahkan setia

Berkorban apa saja

Pada semua guru dan ibu bapa

Doaku kau sejahtera

Ilmu suluh hidup

Menjadi pegangan

Pendorong kejayaan

Bentuk peribadi insan

Generasi berwawasan

Andai nanti kami telah berjaya

Jasamu tak dilupa

Maju bersama mendidik anak bangsa

Sekolahku yang tercinta

Sekolahku yang tercinta

SKAJ yang tercinta

Persekitaran[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Program 2017[sunting | sunting sumber]

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Senarai pelajar yang mendapat keputusan 5 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bil. Tahun Nama Murid Cemerlang
1. 2001 Norfadzilah binti Noran
2. 2004 Amirah Adibah binti Adnan
3. 2006 Mohd. Izham bin Mohd. Asri
4. 2007 1.Nurul Hidayah Intan binti Ab. Rahim
2.Fatin Nurathirah binti Hanafi
5. 2010 Nurhidayah binti Azhar
6. 2011 1.Ahmad Nizar Farhan bin Azmi
2.Nur Shamira binti Ramadhan
7. 2013 Abd. Halim bin Abd. Hamid
8. 2014 1.Muhd. Firdaus Alwi bin Mohd. Faizul Nizam
2.Muhd. Syazwan bin Mohd. Isa
3.Wan Muhd. Aiman bin Wan Rosdi
9. 2015 1.Fatin Najihah binti Idris
2.Norashikin binti Ibrahim

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Air Jernih
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka,  Malaysia
Telefon = 06-3878311
Faks = 06-3878311

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]