Sekolah Kebangsaan Alma Jaya
Sekolah Kebangsaan Alma Jaya | |
---|---|
Lokasi | |
Alma,, 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6045512122 |
Kod sekolah | PBA0023 |
Guru besar | ENCIK MOHD HASRI BIN HASSAN |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PUAN ZALINA BINTI SAAD |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PUAN NORASHAH BINTI AHMAD SHAH |
Penolong Kanan Kokurikulum | ENCIK MOHD NASIR BIN ISHAK |
Faks | 6045512122 |
Sekolah Kebangsaan Alma Jaya atau nama ringkasnya SK Alma Jaya, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Alma,.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Alma Jaya memiliki 498 pelajar lelaki dan 453 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 951 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Alma Jaya terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Bukit Mertajam. Mula beroperasi pada 2 Januari 1996 dengan jumlah murid seramai 191 orang.
Sekolah Kebangsaan Alma Jaya dikategorikan sebagai sekolah luar bandar gred B dikelilingi oleh taman-taman perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Murid-murid yang mula bersekolah di sini berasal dari sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Alma dan Sekolah Kebangsaan Juara. Mereka terdiri daripada murid-murid Tahap 1yang tinggal di taman perumahan yang berhampiran.
Guru pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Tuan Haji Ramli bin Haji Keriya. Pada awal pembukaan, guru yang bertugas adalah seramai 13 orang guru dan kakitangan bukan guru pula seramai 5 orang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir N9 dan 4 orang Pembantu Rendah Awam (PRA).
Program Prasekolah dimulakan pada tahun 2003 dengan 2 orang guru dan 50 orang murid. Pada tahun 2005 seramai 208 orang murid dari Tahap 1 dipindahkan ke sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk 2. Walau bagaimanapun, Sekolah Kebangsaan Alma Jaya masih lagi menjadi pilihan di kalangan ibubapa. Kini murid-murid Sekolah Kebangsaan Alma Jaya telah mencecah angka 950 orang.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Alma Jaya
- Alma,
- 14000, Bukit Mertajam
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon : 6045512122
- Fax : 6045512122
- E-mel : pba0023@jpnpp.edu.my