Sekolah Kebangsaan Belimbing, Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Belimbing
Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengerusi PIBG En Abdul Razak bin Ali
Kod sekolah CBA5010
Lokasi  Malaysia Kampung BelimbingPekan, Pahang, Malaysia
Telefon 0
Faks 0


Sekolah Kebangsaan Belimbing atau nama ringkasnya SK Belimbing, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Belimbing, Pekan, PAHANG.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Belimbing memiliki 18 pelajar lelaki dan 13 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 31 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Lencana[sunting | sunting sumber]


KETERANGAN LENCANA SEKOLAH

Pen, buku dan dakwat - ilmu pengetahuan. Obor - semangat. Logo Olimpik - semangat kesukanan. Kuning - kebesaran diraja. Logo rill filem- melambangkan kejayaan, menghasilkan pelajar cemerlang. Perisai - ketahanan fizikal dan mental.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH PENUBUHAN SK BELIMBING

Sekolah Kebangsaan Belimbing terletak kira-kira 83 km dari bandar Kuantan dan 78 km dari bandar Pekan. Berada di dalam daerah Pekan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Pekan . Kampung Belimbing diwujudkan selepas banjir 1926 iaitu perpindahan penduduk daripada Kampung Bintang di Mukim Penyor. Penduduk kampung ini berasal daripada Tembeling, Segamat, Negeri Sembilan dan Temerloh seterusnya telah bermastautin tetap di kampung ini.

Sekolah Kebangsaan Belimbing ditubuhkan pada Ogos 1941 bagi kemudahan pendidikan penduduk dengan tenaga pengajar ketika itu hanya seorang guru dengan jumlah bilangan murid seramai 25 orang. Berlantaikan papan kayu, murid-murid ini meneruskan pendidikan mereka menongkah arus zaman. Lantai kayu ini kekal sehingga ke hari ini menyambung warisan. Terletak di tepi Sungai Pahang yang mana ketika itu merupakan jalan pengangkutan utama menghubungkan penduduk kampung dengan masyarakat kampung yang lain.

Sehingga hari ini, Sekolah Kebangsaan Belimbing terus bertanggungjawab mendidik anak bangsa seiring dunia globalisasi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara

LOKASI TANAH SK BELIMBING 1. Mukim / Pekan / Bandar : Mukim Lepar/Pekan

2. Jenis / No. Hak Milik : Tiada

3. No. PT / Lot : 347

4. Luas Hektar : 2 Hektar

5. Kegunaan Tanah & Lokasi : SK Belimbing

6. No. Fail KPTG : Tiada

7. No. Fail PTD / PTG : Lop 56/49

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Belimbing
Kampung Belimbing
26030 Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 0
Fax = 0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]