Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Cenderawasih
Lokasi
Lrg Bkt Setongkol 13, Tmn Cenderawasih,, KUANTAN, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095136895
Kod sekolahCBA4084
Guru besarTuan Saripah Mariam Binti S. Zain
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Siti Rohana bt Shaharudin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Normala binti Rejab
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mistam Bin Sarbini
Faks6095133414
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Cenderawasih atau nama ringkasnya SK Cenderawasih, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Lrg Bkt Setongkol 13, Tmn Cenderawasih,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Cenderawasih memiliki 543 pelajar lelaki dan 472 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1015 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cenderawasih didirikan di kawasan seluas 6.37 ekar, dan menerima murid dari kawasan persekitaran seperti dari kawasan Perumahan Bukit Setongkol dan kawasan Perumahan Cenderawasih.

Ia terletak kira-kira 4 kilometer dari Pusat Bandar Kuantan, berhampiran Sungai Kuantan dengan kehijauan flora dan fauna di hutan paya bakau, yang menjadikan Sekolah Kebangsaan Cenderawasih sebagai sebuah pusat pendidikan yang kondusif serta selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah ini mula beroperasi pada Disember 1990 dengan seramai 988 orang murid dan bertambah sehingga 1178 orang murid yang beroperasi dua sesi. Mulai tahun 2012, sekolah telah mula beroperasi dalam satu sesi sahaja. Bilangan guru seramai 69 orang dan kakitangan sokongan seramai 10 orang.

Pertambahan murid yang pesat pada tahun 2000 telah menjadikan sekolah mendapat 1 blok bangunan baru setinggi empat tingkat dan pada tahun 2002, makmal komputer telah dibangunkan bagi menampung keperluan semasa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Juara Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2017.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cenderawasih
Lrg Bkt Setongkol 13, Tmn Cenderawasih,
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095136895
Fax = 6095133414

Pautan luar[sunting | sunting sumber]