Sekolah Kebangsaan Jus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Jus
Lokasi
 Malaysia Batu 24, Kampung Jus, 77500, Selandar,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065251981
Kod sekolahMBA1005
Faks6065251981


Sekolah Kebangsaan Jus atau nama ringkasnya SK Jus, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 24, Kampung Jus.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jus memiliki 40 pelajar lelaki dan 37 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 77 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jus telah mula ditubuhkan pada sekitar tahun 1920-an. Pada tahun 1930-an, ia berpindah ke sebuah bangunan baru yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Bangunan kayu itu berbentuk empat persegi dengan keluasan hanya 20’ x 30’. Atapnya diperbuat daripada rumbia . sebahagian dindingnya pula daripada kayu dan sebahagiannya lagi daripada batu. Pendidikan awal adalah secara tidak formal iaitu murid belajar membaca Al-Quran dan menulis jawi.

Sebuah bangunan baru yang lebih baik dan selesa dibina sekitar tahun 1948. Ianya mula digunakan pada 10 Mac 1946. Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Jus ialah En Abu Shah bin Abdul Kadir bersama seorang lagi guru yang dihantar pada tahun 1948 iaitu En Abdul Rahman bin Maaji.

Dua blok bangunan baru mula dibina pada penghujung tahun 1985. Blok dua tingkat ini boleh menempatkan bilik pejabat, bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, tandas dan stor. Ia mula digunakan dengan rasminya pada 23 Jun 1986.

Sekolah ini mengalami penurunan bilangan murid tahun demi tahun. Hal ini berlaku kerana Kampung Jus yang merupakan sebuah perkampungan tradisional dan bilangan kelahiran semakin berkurangan. Selain daripada itu, tidak juga berlaku sebarang pembangunan penempatan atau taman perumahan yang baru.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jus
Batu 24, Kampung Jus
77500, Selandar
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065251981
Fax = 6065251981

Pautan luar[sunting | sunting sumber]