Sekolah Kebangsaan Kemendor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kemendor
Lokasi
 Malaysia Felda Tun Ghafar Kemendore, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065295110
Kod sekolahMBA1017
Faks6065295110


Sekolah Kebangsaan Kemendor atau nama ringkasnya SK Kemendor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Tun Ghafar Kemendore.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kemendor memiliki 162 pelajar lelaki dan 135 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 297 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ringkasan Sejarah SK Kemendor

Sekolah Kebangsaan Kemendor telah diasaskan pada tahun 1960.

Tiga orang guru telah ditempatkan untuk mengajar di sekolah ini :

i.Tuan Hj Tawi b. Yaakob(Guru Besar)

ii.Tuan Hj Kidam b. Saamin

iii. Pn. Hjh Saeiyah bte Yaakob

Rumah panjang berhampiran dengan pejabat Felda yang mana asalnya, rumah pasukan keselamatan Polis Hutan telah diizinkan oleh pihak pengurus untuk dijadikan bilik darjah.

Pengajaran dan pembelajaran telah bermula pada hari Ahad bersamaan 17.04.1960 dengan keramaian 73 orang murid yang dibahagikan kepada tiga kelas :

i. Darjah 1 = 30 orang murid

ii. Darjah 2 = 23 orang murid

iii. Darjah 3 = 20 orang murid

Sekolah baru berbentuk separuh kekal telah digunakan, di atas tapak seluas 8.3080 ekar pada 05.09.1960.

12.05.1963 sekolah tambahan sebanyak tiga bilik darjah telah digunakan.Pada 03.01.1979 bangunan sekolah blok C, bangunan tambahan 5 bilik darjah telah digunakan.

Pada 01.04.1979 tertubuh sebuah Sek. Ren. Jen. Keb(Cina) Kemendor di bawah pentadbiran seorang Guru Besar

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kemendor
Felda Tun Ghafar Kemendore
77000, Jasin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065295110
Fax = 6065295110

Pautan luar[sunting | sunting sumber]