Sekolah Kebangsaan Keting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Keting
Lokasi
 Malaysia Kampung Keting, 16390, Bachok,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097531700
Kod sekolahDBA0015
Faks6097531700


Sekolah Kebangsaan Keting atau nama ringkasnya SK Keting, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Keting.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Keting memiliki 157 pelajar lelaki dan 147 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 304 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Keting diasaskan pada 17 Mei 1946 oleh Encik Mohd. Nor bin  Haji Musa dengan keramaian 15 orang murid. Pada asalnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah agama yang beroperasi 3 kali seminggu. Pada tahun 1947 telah berlaku satu perselisihan faham yang menyebabkan sekolah ini ditutup dan dibuka semula pada tahun 1948 oleh Syaikh Ahmad. Apabila beliau meninggal dunia, pengurusan sekolah ini telah diambil alih oleh Encik Mohd. Nor bin Haji Musa pada 4 September 1949 dengan 60 orang murid dan 2 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1959, sekolah ini telah diberi bantuan kerajaan dan dikenali sebagai Sekolah Rakyat. Pada tahun 1960, sekolah ini dikendalikan oleh 7 orang tenaga pengajar dengan Mohd. Nor bin Haji Musa dilantik sebagai Guru Besar. Pada 17 Mei 1969, sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dimana bangunannya  mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik Guru Besar. Tenaga pengajar pada masa itu seramai 6 orang. Kerajaan telah membina bangunan tambahan 2 tingkat dan sebuah kantin pada tahun 1978. Pada tahun 1989 sebuah lagi bangunan didirikan yang mengandungi 6 buah bilik darjah.

Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Keting mempunyai sebuah bangunan 3 tingkat, sebuah bangunan 4 tingkat, sebuah bangunan 2 tingkat, 2 buah bangunan setingkat sebuah bangunan Pra Sekolah, sebuah bangunan Makmal Komputer, sebuah musalla, sebuah kantin dan sebuah bengkel Kemahiran Hidup.

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Dari segi pencapaian akademik pula sekolah ini telah menghasilkan pencapaian yang cemerlang dalam UPSR dimana yang terkini bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 seramai 10 orang pelajar telah memperolehi pencapaian 5A dan 11 orang pelajar memperolehi 4A . Pencapaian Peratus Am adalah 68.42% dengan gred purata sekolah 1.88.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Keting
Kampung Keting
16390, Bachok
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097531700
Fax = 6097531700

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://www.facebook.com/sekkebketing.bachok