Sekolah Kebangsaan Kirokot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENGENALAN SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kirokot atau SK KIROKOT RANAU terletak di daerah Ranau, Sabah Malaysia.


Sekolah ini berada kira-kira 36km daripada Pekan Ranau dan 143km daripada Kota Kinabalu,Sabah. Perjalanan mengambil masa selama 1 Jam daripada Pekan Ranau dan boleh diakes melalui jalan raya bertar sejauh 24km dan jalan raya kerikil sejauh 12km.


Sekolah ini merupakan sekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

MAKLUMAT SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

NAMA SEKOLAH  : SK KIROKOT RANAU

KOD SEKOLAH: XBA5452

JENIS SEKOLAH  : PEDALAMAN (SKM GRED B)

TAHUN PENUBUHAN  : 29 Oktober 1970

JARAK  : 36 KM dari PPD Ranau,Sabah


(Kemaskini sehingga Januari 2022)

GURU BESAR:

Encik Jaffary@Jeffery Siga

Maktab Perguruan Kent, Tuaran | B.Ed UMS

JUMLAH GURU : 12 Orang

  1. Jappry Duanis, Maktab Perguruan Keningau, B.Ed AeU (2013 - kini)
  2. Kaharin Labin, IPG Tun Abdul Razak Samarahan Sarawak, B.Ed OUM (2015 - kini)
  3. Md Salleh A Rahman, Maktab Perguruan Keningau, B.Ed OUM (2003 - kini)
  4. Florentius Jidwin, Maktab Perguruan Sandakan, B.Ed OUM (1997 - kini)
  5. Cosmas Subil, Maktab Perguruan Keningau, B.Ed OUM (2011 - kini)
  6. Sablie Gija, Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu (2005 - kini)
  7. Joseph Mickey, Maktab Perguruan Sandakan (2013 - kini)
  8. Juhidin Jukilin, Universiti Al Azhar Mesir,IPG Kampus Keningau(2018 - kini)
  9. Indro Ebin, Universiti Malaysia Sabah (Labuan), IPG Tun Abdul Razak Samarahan Sarawak (2019 - kini)
  10. Shahira Ira Sahirin, IPG Kampus Keningau (2018 - kini)
  11. Hallsen Justin, IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu (2013 - 2022), UKM Bangi (TELAH BERPINDAH ke SK St Benedict Mac, 2022)
  12. Norbalkish Binti Norbert, IPG Kampus Kent Tuaran (2022 - Kini)


JUMLAH AKP: 1 Orang

Puan Jamilah Ibrahim KG Lohan Ranau

Pembantu Tadbir N17


JUMLAH MURID : 78 Orang

SEJARAH[sunting | sunting sumber]

SK Kirokot Ranau ditubuhkan pada 29 Oktober 1970 melalui projek kilat pembinaan sekolah di bawah kerajaan Sabah pada ketika itu. Murid-murid pada ketika itu bersekolah di SK Langsat Ranau yang terletak kira-kira 4km daripada Kampung Kirokot dan Kampung Kilanas.

Pihak kepimpinan kampung telah memohon pembinaan sekolah dibina di Kampung Kirokot kerana jarak perjalanan yang agak jauh dan kemudahan jalan raya yang belum baik.

Pada tahun 2003 bangunan rumah guru berukuran 30 X 60 telah dibina.

Manakala, pada tahun 2013 dewan sekolah berjaya dibina secara gotong-royong dalam kalangan PIBG yang diterajui oleh YDP PIBG Albert Galudah pada ketika itu dan dana disumbangkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) Dun Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Pada tahun 2015 bangunan baru bilik guru telah dibina dan pada tahun 2019 bangunan akademik yang baru telah siap dibina. Bangunan akademik ini mengambil masa selama 1 tahun untuk disiapkan dan mempunyai kemudahan seperti makmal sains, tandas guru, tandas murid dan 6 buah kelas.

PENCAPAIAN[sunting | sunting sumber]

ANTARABANGSA[sunting | sunting sumber]

MURID

Pada tahun 2021, SK Kirokot telah mencatat sejarah kecemerlangan kerana telah mewakili dan mengharumkan nama Malaysia di dalam Kejohanan Inovasi yang dianjurkan di beberapa buah negara seperti Turkey, Nigeria, Afrika Selatan, Indonesia dan Malaysia.

SK Kirokot telah diwakili oleh Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend. Pasukan ini dibimbing oleh Cikgu Hallsen Justin yang merupakan Guru Ikon Inovasi Pendidikan Ranau dan disokong oleh Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Md Salleh A Rahman.

SK Kirokot telah mendapat 3 Pingat Emas, 4 Pingat Perak dan 4 Pingat Gangsa di dalam seluruh pertandingan inovasi yang dijalankan secara dalam talian. Pasukan inovasi yang kedua diwakili oleh Gweny Chung Yung Kim dan Jes Aily Enyster Konys berjaya mengondol pingat Perak di dalam International Innovation Invention Competition.


Berikut adalah senarai pertandingan yang telah diikuti oleh murid-murid SK Kirokot di peringkat antarabangsa.

INTOC Global International Science Project Competition, TURKEY

World Science, Environment and Engineering Competition, INDONESIA

World Youth Invention and Innovation Award, INDONESIA

Organization for Creativity, Innovation, and Invention Promotion, NIGERIA

Virtual Innovation Competition, MALAYSIA

Innovation Development Educational Activity, MALAYSIA

World Invention Competition and Exhibition, INDONESIA

South Africa Global Innovation Competition, SOUTH AFRICA

International Innovation Invention Competition ,MALAYSIA


GURU

Cikgu Hallsen Justin telah mendapat pengiktirafan tertinggi daripada MACEDONIA. Inovasi Matematik beliau mendapat Macedonia Special Award dan pingat Emas di dalam International Innovation Invention Competition 2021. Selain menjadi pembentang, beliau juga adalah merupakan Juri Inovasi Antarabangsa bagi World Science, Environment and Engineering Competition dan World Invention Competition and Exhibition.

Kumpulan Inovatif Kreatif,KIK ATAMA SK Kirokot yang diwakili oleh Cikgu Hallsen Justin, Cikgu Indro Ebin, Cikgu Juhidin Jukilin berjaya menggondol Pingat Gangsa di dalam Virtual Innovation Competition 2021.

KEBANGSAAN[sunting | sunting sumber]

MURID

Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend dicalonkan sebagai IKON MURID DIGITAL ROBOTIK / REKABENTUK KEJURUTERAAN / PEMBANGUNAN PERISIAN


GURU

Kumpulan Inovatif Kreatif,KIK ATAMA SK Kirokot yang diwakili oleh Cikgu Hallsen Justin, Cikgu Indro Ebin, Cikgu Juhidin Jukilin menjadi JOHAN KEBANGSAAN bagi KIK Profesionalisme Keguruan, Anjuran Bahagian Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2021.

Pertandingan berpestij itu disertai oleh para pensyarah di Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, Politeknik dan insitusi pendidikan yang lain seluruh Malaysia.

KIK ATAMA, SK Kirokot mencipta sejarah menjadi satu-satunya sekolah rendah yang menjadi JOHAN di dalam penyertaan julung kali ini.

KIK ATAMA menerima hadiah wang tunai RM 3,000.00 dan trofi berserta sijil anugerah tertinggi.

NEGERI[sunting | sunting sumber]

MURID

Gweny Chung Yung Kim mendapat TOP 10 di dalam pertandingan inovasi matematik iM4U 2021.


GURU

Kumpulan Inovatif Kreatif,KIK ATAMA SK Kirokot yang diwakili oleh Cikgu Hallsen Justin, Cikgu Indro Ebin, Cikgu Juhidin Jukilin menjadi Naib Johan Kejohanan Inovasi Zon Sabah.

DAERAH[sunting | sunting sumber]

MURID

Hezshone Jeimin menjadi JOHAN di dalam STEM Pedalaman Challenge Online 2021

ALAMAT[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH KEBANGSAAN KIROKOT,
PETI SURAT 92,
89308 RANAU, SABAH MALAYSIA
Emel: skkirokot2021@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/skkirokotranau

PAUTAN LUAR[sunting | sunting sumber]