Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar
Lokasi
 Malaysia Kampung Kuala Lanar, KUALA LIPIS, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoRAJIN, USAHA, JAYA
Nombor sekolah6093125857
Kod sekolahCBA3026
Guru besarRoslan bin Abdul Latiff
Faks0


Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar atau nama ringkasnya SK Kuala Lanar, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Kuala Lanar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar memiliki 73 pelajar lelaki dan 92 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 165 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar bermula selepas tamatnya Perang Dunia ke-2. Ia dicetuskan atas kesedaran beberapa orang pemimpin tempatan mengenai kepentingan ilmu pelajaran bagi kanak-kanak. Satu perbincangan diadakan di antara para pembesar tempatan dan seterusnya satu ketetapan telah diambil untuk mendirikan sebuah sekolah di Kampung Kuala Lanar.


Sehubungan itu pada tahun 1946, sebuah sekolah telah didirikan di atas sebuah bonggol (busut) dengan menggunakan bahan-bahan tempatan. Bangunan ini didirikan secara bergotong-royong oleh semua penduduk kampong dengan diketuai oleh Allahyarham Pilus Haji Abdul Rahman selaku Ketua Kampung pada ketika itu. Antara bahan utama dalam pembinaan sekolah ini ialah seperti kayu bulat sebagai tiang, dinding daripada buluh dan atap daripada daun pedar/rumbia. Masa yang diambil bagi menyiapkan sekolah ini adalah kira-kira sebulan.


Individu-individu yang terlibat dalam mengasaskan sekolah ini ialah :

a. Allahyarham Cikgu Mohamad Nor – penduduk Kg Kuala Lanar

b. Allahyarham Haji Sulaiman

c. Allahyarham Pilus Haji Abdul Rahman

d. Allahyarham Sulaiman Haji Abdul Rahman

e. Allahyarham Kasim Haji Abdul Rahman

f. Allahyarham Mohd Yasin b Hasan

g. Allahyarham Datuk Wan Ibrahim

h. Bekas Dato Orang Kaya Indera Maharaja Purba Jelai

i. Ibu-bapa dan kanak-kanak Kampung Kuala Lanar pada ketika itu.


Sekolah yang telah siap didirikan ini boleh memuatkan murid dalam lingkungan 20-30 orang pada satu-satu masa. Nama sekolah ini pada ketika itu ialah Sekolah Rakyat Kuala Lanar. Bilangan murid pertama adalah kira-kira 25-30 orang melibatkan dua kelas sahaja dan murid-muridnya termasuklah juga kanak-kanak dari Kampung Kuala Kechau. Tarikh sebenar sekolah ini mula beroperasi tidak dapat dikenalpasti, tetapi pada tahun 1946, sesi persekolahan pertama telah bermula.


Pelajaran pertama yang diajar di sekolah ini adalah membaca dan menulis jawi,membaca dan menulis rumi, ilmu hisab, ilmu agama dan pekerjaan tangan (kini pendidikan seni). Pada ketika itu, belum ada penyelarasan dalam system pendidikan dan matapelajaran tidak tersusun. Matapelajaran adalah berdasarkan kepentingan kaum. Untuk murid-murid melayu, matepalajaran jawi lebih ditekankan sebagai persediaan untuk belajar al-Quran. Manakala bagi sekolah Cina dan Tamil, kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan kurikulum di Negara asal mereka dimana buku-buku teks turut diimport dari negara-negara tersebut.


Tenaga pengajar pula adalah terdiri daripada anak-anak tempatan yang dilantik dan diberi kepercayaan oleh penduduk kampong sendiri. Tenaga pengajar di Sekolah Rakyat Kuala Lanar pada peringkat awal ialah Encik Khairudin bin Mat Kawi, Haji Ibrahim b Manja dan Allahyarham Mohamad Yusof bin Yaakob. Dua daripada mereka masih hidup ketika catatan sejarah ini ditulis dan bermastautin di Jerantut. Encik Khairudin bin Mat Kawi kini bergelar Datuk Kurnia. Manakala Allahyarham Mohamad Yusof bin Yaakob yang telah meninggal dunia pada tahun 1978 akibat penyakit strok.


Mereka dipilih berdasarkan pada masa itu kerana mereka pandai menulis dan membaca serta mempunyai kebolehan dalam menyampaikan ilmu. Peralatan yang digunakan adalah papan batu, buku dan beg kegunaan guru, papan hitam telah dibuat daripada kepingan papan yg dihitamkan. Manakala murid-murid yang diambil pula tidak mengikut usia. Sehinggalah akhirnya pada tahun 1948, sekolah ini mendapat seorang tenaga pengajar lulusan maktab iaitu Cikgu Wan Badaruzaman.

Sekolah ini mula berkembang dengan perubahan prasarana sekolah dimana pada tahun 1952 bangunan sekolah yang baru telah didirikan tetapi masih lagi bangunan kayu. Ia terdiri daripada 5 buah kelas. Bilangan murid pula dalam lingkungan 50 orang sahaja dan guru tidak lebih daripada 4 orang. Bangunan ini digunakan sehingga tahun 1963. Selepas itu, ia dijadikan sebagai surau kerana pada tahun 1963, bangunan sekolah batu telah didirikan yang terdiri daripada 3 buah bilik darjah.


Seterusnya pada tahun pelbagai perubahan prasarana lain telah berlaku sehinggalah kini. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

• 1968 - 3 buah rumah guru telah dibina untuk kemudahan guru-guru yang mengajar di sekolah pada ketika itu.

• 1983 - kantin sekolah (bangunan batu) telah dibina.

• 2000 - bangunan batu 2 tingkat didirikan iaitu yang kini digunakan sebagai kelas, makmal sains dan bilik guru

• 2007 - sebuah makmal komputer didirikan

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Mohamad Khairuddin bin Mohd Kawi (1946-1948)
  2. Ahmad bin Mahmud (1948-1953)
  3. Ab. Ghani bin Md. Ali (1953-1956)
  4. Ab. Rashid bin Yaacob (1956-1960)
  5. Shafie bin Sentol (1960-1968)
  6. Ngah bin Md Yah (1968-1981)
  7. Mohd Ludin bin Said (1981-1982)
  8. Mat Intan bin Hj. Ngah (1982-1984)
  9. Muhammad bin Ibrahim (1986-1987)
  10. Abd. Wahab bin Johari (1988-1993)
  11. Jamaluddin bin Othman (1994-1996)
  12. Zulkafli bin Idris (1996-1998)
  13. Hj Muhammad bin Ibrahim (1998-2000)
  14. Shahrir bin Othman (2000)
  15. Mustapa Kamal bin Zakaria (2000-2011)
  16. Roslan bin Abdul Latiff (2011 - Sekarang)


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar
Kampung Kuala Lanar
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093125857
Fax = 6093125857

Pautan luar[sunting | sunting sumber]