Sekolah Kebangsaan Laksamana, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

NAMA SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Laksamana

MOTO SEKOLAH Berdisiplin Berwawasan

VISI SEKOLAH Laksamana Unggul

GURU BESAR Puan Roseline anak Anthony Ajang

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Puan Wilhemina anak Kana

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Puan Normah binti Abdul Samad

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM Encik Madhi bin Hamden

PENOLONG KANAN PPKI Encik Zaini

PENGERUSI PIBG Encik Jamey anak Ngedat

KOD SEKOLAH YBA1204

BANDAR Kuching

NEGERI Sarawak

NEGARA Malaysia

SINGKATAN SKL


Ketua Murid: Sir Aller 2016 Penolong Ketua Murid: Angelina Kiran 2016


Sekolah Kebangsaan Laksamana (SKL) dibina pada tahun 1997.

Pada tahun 2016, Keputusan UPSR SKL telah melangkau Gred Purata yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 2.77 dengan gred purata 2.63

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Laksamana telah ditubuhkan pada 6 Januari 1997. Pada tahun 2017, sekolah ini telah mencapai 20 tahun sejak dibuka. Sekolah kerajaan ini telah dirasmikan oleh guru besar pertama iaitu Encik Stephen Pui. Cogan kata 'Berdisiplin Berwawasan' telah membakar semangat warga SKL untuk membawa nama SKL ke peringkat kebangsaan mahupun menjadi salah satu sekolah antarabangsa. Sekolah ini mendapat nama daripada seorang pahlawan dari Melaka iaitu, Laksamana Cheng Ho. Sekolah ini menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dimana murid-murid khas mendapat hak sama seperti pelajar lain di sekolah tersebut. Pada tahun 2015, sekolah ini telah dilawati oleh Menteri Kebajikan Sarawak, iaitu Fatimah Abdullah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian terbaik SKL ialah pada tahun 2012 dan 2016. Pada tahun 2012, hanya seorang sahaja murid yang mendapat 5A iaitu, Avril Kho dan pada tahun 2016, format baru KSSR menyebabkan Sir Aller mendapat 4A 2B iaitu pencapaian terbaik Batch 2004 sekolah tersebut.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Laksamana Lorong 4, Jalan Stampin Barat
D/A Pej.Pel.Gab.Kch.Jalan Diplomatik Off Jln Bako
93300, Kuching, Sarawak, Malaysia
No Telefon: 082-573051
No Faks: 6082573051