Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Mengkuang
Lokasi
Bukit Mertajam, 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah604-5215422
Kod sekolahPBA0011
PengetuaMOHD HASRI BIN HASSAN
GPK Pentadbiran dan AkademikMAIZAUN BINTI HARON
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZULKIFLI BIN MOHAMED
Faks604-5215422


Sekolah Kebangsaan Mengkuang atau nama ringkasnya SK Mengkuang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Bukit Mertajam.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mengkuang memiliki 357 pelajar lelaki dan 324 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 681 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di tubuhkan pada tahun 1938 di atas tapak kepunyaan Tuan Haji Abdullah Bin Haji Man kira-kira 200 meter dari tapak bangunan sekarang.

1939 - Bangunan tambahan dibina
1952 - Bangunan baru satu tingkat , 6 biki di tapak sekarang
1968 - 28 Oktober , kerja-kerja membuat bangunan tambahan dan kantin
1985 - 5 Februari , bangunan baru 3 tingkat mula digunakan
1991 - Pusat Kegiatan Guru Kawasan Penanti mula digunakan.
1992 - Januari, kelas Pra Sekolah mula digunakan.
1994 - Sekolah ini dinaikkan taraf dari Gred B ke Gred A.


Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung dan nama tumbuhan yang terdapat di kawasannya. Nama tumbuhan itu ialah Mengkuang dan nama saintifiknya ialah Pandanus Atrocarpus.

Mengikut cerita orang-orang tua masyarakat setempat, pada masa dahulu kawasan ini ditumbuhi dengan pokok mengkuang dengan begitu banyak sekali. Sehingga sekarang pokok mengkuang masih boleh didapati di kawasan ini. Tidak hairanlah penduduk kawasan ini masih lagi mengusahakan perusahaan tradisinya iaitu membuat tikar mengkuang.

Dari segi geografinya, kawasan ini memang sesuai bagi pokok mengkuang untuk tumbuh kerana ia terletak di kawasan lembah dan terdapat beberapa batang anak sungai yang mengalir di sini menyebabkan kawasannya menjadi lembap.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Mengkuang
Bukit Mertajam
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045215422
Fax = 6045215422

Pautan luar[sunting | sunting sumber]