Sekolah Kebangsaan Parit 6

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Parit 6
Lokasi
 Malaysia Parit 6 Barat,, Sungai Besar, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332243953
Kod sekolahBBA6007
Faks332233953


Sekolah Kebangsaan Parit 6 atau nama ringkasnya SK Parit 6, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Parit 6 Barat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parit 6 memiliki 200 pelajar lelaki dan 225 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 425 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah persekolahan awal Sekolah Kebangsaan Parit Enam bermula pada tahun 1946. Pada masa itu, nama sekolah dikenali dengan nama Sekolah Melayu Parit Enam, Sungai Besar.

Bangunan sekolah yang pertama di Kampung Parit Enam dibina secara bergotong-royong. Ianya didirikan di sebidang tanah penduduk kampung berhampiran dengan kedai-kedai dan masjid Parit Enam pada tahun 1946. 

Pada tahun 1952, atas desakan pentadbiran Sekolah Melayu Parit Enam, Kerajaan Selangor telah bersetuju membina sebuah bangunan baru di tapak baru di tanah lot No. 3746 dan 3747 JKR 304A seluas 6 ekar berhampiran dengan Kampung Tebuk Kenchung, Parit Enam. Bangunan ini jaraknya 1 per 4 batu dari tapak bangunan asal. Pada tahun 1953, sebuah bangunan tambahan sebanyak 6 bilik di dirikan bagi menampung pertambahan murid-murid di sekolah ini. Bangunan ini hanya berdindingkan separuh sahaja dan di sapu dengan minyak hitam. Pada masa itu bangunan ini dikenali dengan nama sekolah hitam.

Pada tahun 1957 Sekolah Melayu bertukar menjadi Sekolah Umum hingga tahun 1960 dan selepas itu bertukar menjadi Sekolah Kebangsaan Parit Enam, Sungai Besar Selangor.

Pada tahun 1967, dengan berkat usaha pihak pentadbiran dan PIBG, sebuah bangunan baru di JKR 304B didirikan. Ianya terletak 400m dari bangunan yang terdahulu. Bangunan baru ini didirikan di tanah lot No. 1252 dan 1253 dan merupakan tapak sekolah yang ada sekarang. Keluasan kawasan ini ialah 5 ekar. Bangunan JKR 304B ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Harun bin Hj. Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu.

Pada tahun 1979, sebuah bangunan tambahan 2 tingkat JKR 304C mengandungi bilik-bilik seperti bilik guru besar, pejabat, bilik guru dan pepustakaan. Bangunan itu siap dan digunakan menjelang awal tahun 1980. Sejak bangunan JKR 304C digunakan, bangunan JKR 304A tidak lagi digunakan. Setelah mendapat kelulusan dari pihak JKR, bangunan tersebut telah dirobohkan.

Pada 12hb April 1982, bangunan tambahan JKR 304C telah dirasmikan oleh YAB Dato' Hormat Rafei, DPMS, SMS, JMN, AMN Menteri Besar Selangor ketika itu. Pada tahun 1982 bilangan murid ketika itu ialah 483 orang.

Guru Besar SK Parit 6[sunting | sunting sumber]

1. Encik Ilham Bin Bilal Uda                                     - 1946 hingga 1948

2. Haji Shoib Bin Abd. Samad                                   - 1949 hingga 1952

3. Encik Zainal Bin Abdullah                                     - 1952 hingga 1953

4. Encik Ismail Bin Said                                            - 1954 hingga 1955

5. Encik Abdullah Bin Yahya                                      - 1956 hingga 1970

6. Haji Md. Jais Bin Abd. Majid                                  - 1971 hingga 1979

7. Encil Ariffin Bin Hassan PJK                                   - 1980 hingga 1985

8. Encik Aminuddin Bin Muhammad                         - 1985 hingga 1987

9. Encik Harun Bin Kassim                                         - 1987 hingga 1993 

10. Encik Mokhtar Bin Mahadi                                    - 1993 hingga 1995

11. Encik Talib Bin Hassan                                          - 1995 hingga 1995 

12. Haji Mohd Shafiei Bin Samian                               - 1996 hingga Sept. 2000

13. Encik Basiri Bin Singat                                           - Sept. 2000 hingga 31.12.2004

14. Puan Hajah Zainab Binti Bachik                             - 3.1.2005 hingga kini

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Parit 6
Parit 6 Barat
Selangor, Malaysia
Telefon = 332243953
Fax = 332233953

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://skparit6.weebly.com/