Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu
Lokasi
Kampung Parit Penghulu, 77400, Sungai Rambai,, Melaka Bandaraya Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-2650159
Kod sekolahMBA1026
Guru besarTuan Hj. Muhammad Sani bin Bidin
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hjh. Khairani binti Hj. Salim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hjh. Dahiyahwati binti Omar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Norliza binti Noor Rashid
Faks6062650159


Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu atau nama ringkasnya SK Parit Penghulu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Parit Penghulu.

Pada tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu memiliki 103 pelajar lelaki dan 120 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 223 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai,77400 Melaka didirikan pada tahun 1958 secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Rangka bangunan dan kerusi meja dibuat dari kayu gelam. Kaum ibu pula menganyam atap dari daun rumbia. Papan dibeli dari sumbangan wang orang ramai.Bangunan dua bilik darjah itu dapat disiapkan dalam beberapa hari sahaja. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd. Khir Bin Johari, Menteri Pelajaran. Tanah tapak sekolah seluas 1.3 ekar telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Khairil bin Sarkawi.

Pada tahun 1959, bangunan sekolah telah musnah dipukul ribut. Murid-murid menumpang belajar di Sekolah Agama Rakyat Parit Penghulu. Pada tahun 1960, kerajaan telah membina bangunan dua bilik darjah. Bilangan kelas ada empat dan jumlah murid pada ketika itu ialah 120 orang. Keadaan kelas sangat sesak. Jika keadaan cuaca mengizinkan murid-murid belajar di bawah pokok getah.

Pada tahun 1961, kerajaan telah membina satu lagi bangunan 2 bilik darjah. Setelah ada 4 bilik darjah, kelas bertambah menjadi 5. Kelas darjah 6 diwujudkan pada tahun 1956 walaupun keadaan kelas sesak seperti dahulu. Dalam tahun 1970 satu bangunan mengandungi 3 bilik darjah dibina. Bangunan ini dinamakan Blok C. Bilik stor di antara Blok A dan Blok C dijadikan pejabat sekolah. Pada tahun 1980, PIBG membina sebuah bilik sembahyang dan kolah untuk wudhuk dengan menyambung bahagian hujung Blok A. Bangunan kantin dibina pada tahun 1981. Bangunan tambahan mengandungi 3 bilik darjah dibina pada tahun 1988 dan setengah bilik darjah diubahsuai menjadi bilik Guru Besar dan pejabat.

Satu lagi bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 6 bilik siap dibina pada Jun 1994. Blok D yang mempunyai 3 bilik darjah dijadikan bangunan Pusat Sumber, iaitu Bilik APD, Perpustakaan dan Bilik Tayang. Pada tahun 2001 dan 2002 Bilik Pendidikan Khas dan Pra Sekolah telah dibina. Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah dicalonkan sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun 2003.


Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto[sunting | sunting sumber]

SKPP Leader In Academic Excellence

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan sekolah rendah adalah satu usaha untuk membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat memeperkembangkan potensi diri dengan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Usaha yang berterusan secara bersama dan bergabung tenaga bagi melahirkan anak didik yang berakhlak mulia, berilmu, berbudaya penyayang dan berketrampilan. Usaha membina diri meliputi aspek rohani, jasmani, emosi, intelek dan penghayatan nilai-nilai murni.

Piagam Pelanggan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami warga pendidik dan kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  1. Memenuhi kehendak individu,masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara
  2. Memastikan proses p dan p berjalan mengikut jadual waktu bagi melahirkan murid yang berpengetahuan tinggi, berfikiran kritis dan berakhlak mulia
  3. Memastikan murid dapat menguasai kemahiran 3m pada tahap 1
  4. Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris murid-murid pada tahap yang terbaik
  5. Memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami
  6. Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan
  7. Berbudaya penyayang, berdisiplin dan sentiasa menepati masa
  8. Berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan sesuai dengan keperluan semasa
  9. Bertindak mengikut saluran yang betul
  10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami murid SK Parit Penghulu
Gah namanya sejak dahulu
Pandangan indah lagi tersusun
Destinasi menimba ilmu

Riangnya hati kami melangkah
Berkobar-kobar menuju sekolah
Amanah ibu dan juga ayah
Akan terus diperjuangkan

Belajar, bermain dan bersukan
Ilmu penyuluh hidup itulah slogan
Berbekal ilmu, beramal bertakwa
Agar hidup terjamin sempurna

Pada guru yang kami hormati
Ibu bapa yang kami sayangi
Kawan-kawan yang kami sayangi
Bekerjasama dalam harmoni

Ulang rangkap 1
Ulang rangkap 2

Impian kami tinggi menggunug
Untuk mencapai hasrat yang agung
Bersama menuju wawasan
Agar kejayaan dijulang

Ayuhlah kawan-kawan semua
Kita boleh, kuat dan bersemangat
Kita buktikan pada mereka
SKPP cemerlang terbilang

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. (1958-1959) = TN. HJ.SELAMAT BIN ABD. KARIM
  2. (1960-1961) = TN.HJ.ARSHAD BIN ABD. KARIM
  3. (1961-1962) = ENCIK OTHMAN BIN ABDUL RAHMAN
  4. (1963-1963) = EN. KHALID BIN MD. YASIN
  5. (1964-1966) = EN. ALIMAN BIN DAUD
  6. (1967-1972) = EN. MOHAMAD BIN MD. YAKIN
  7. (1973-1977) = EN. ABD. SAMAD BIN AHMAD
  8. (1978-1979) = EN. IBRAHIM BIN YAAKUB
  9. (1980-1986) = TN. HJ. ESMAEL BIN ABU BAKAR
  10. (1980-1988) = TN. HJ. OMAR BIN HJ. BACHIK
  11. (1988-1992) = EN. MD. SAID BIN HJ. HASHIM
  12. (1992-1993) = EN. MOHD AZALI BIN MD. YUNUS
  13. (1993-1994) = PN. RAHMAH BINTI HASHIM
  14. (1994-1997) = TN. HJ. SALLEH BIN ABD. RAHMAN
  15. (1997-1999) = EN. MINHAD BIN HJ. ABU SHAH
  16. (1999-2002) = TN. HJ. TALIB BIN BUROK
  17. (2002-2006) = PN. HJH. ASNAH BINTI MANAB
  18. (2006-2008) = PN. HJH. NORIAH BINTI HASAN
  19. (2008-2009) = TN. HJ. ROSLI BIN ABU BAKAR
  20. (2009-2012) = PN. HJH. NORHAYATI BINTI ABU BAKAR
  21. (2012-2015) = PN. HAMIMAH BINTI SAARI
  22. (2015-2020) = EN. MUSTAPAH BIN OMAR
  23. (2021 -2022) = EN ARZAMAN BIN ALI
  24. (2023 - KINI) = TN. HJ. MUHAMMAD SANI BIN BIDIN

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan kuiz kesihatan 2002
  • Johan ragbi negeri melaka 2010
  • Naib johan bola tampar kawasan 2011
  • Johan kuiz kesihatan daerah jasin 2011

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu
Kampung Parit Penghulu
77400, Sungai Rambai
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2650159
Fax = 6062650159

Pautan luar[sunting | sunting sumber]