Sekolah Kebangsaan Paya Keladi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Paya Keladi
Lokasi
Jalan Paya Keladi, 13200, Kepala Batas,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045752431
Kod sekolahPBA2014
Faks6045792458


Sekolah Kebangsaan Paya Keladi atau nama ringkasnya SK Paya Keladi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Paya Keladi.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Paya Keladi memiliki 447 pelajar lelaki dan 412 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 859 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Paya Keladi mula dibina oleh penduduk setempat pada tahun 1885, bertempat di Permatang Tinggi B. Sekolah ini dinamakan Sekolah Tok Man Chai, mengambil sempena nama Guru Besar yang pertama. Pada tahun 1885 sekolah kedua dibina, bertempat di Paya Keladi Hujung, dikenal dengan nama Sekolah Tok Edam, mengambil sempena nama Guru Besar pada masa itu.

Pada tahun 1908, Kerajaan British telah membina sekolah baru (JKR A20) di tapak yang sedia ada sekarang. Sekolah ini telah diserahkan kepada TBK, KEMAS pada tahun 1977, seterusnya berpindah ke Permatang Langsat, Pinang Tunggal. Pada tahun 1928 sebuah sekolah dibina, bangunan dua tingkat (JKR A21) dua bilik darjah. Bagi menampung pertambahan murid sebuah bangunan tambahan dibina secara bergotong-royong pada tahun 1950.

Pada tahun 1969, sebuah lagi bangunan dibina (JKR 900) mengandungi 9 bilik darjah, pejabat dan stor. Bangunan ini telah dirasmikan oeh YB Datuk Mohamad b Rahmat, S/U Perlimen Kem. Pel. Pada tahun 1972. Pada tahun 1976 sebuah lagi bangunan dibina 2 tingkat (JKR 1313), 4 bilik darjah. Bangunan ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Murad b Hj Mohd Noor, KPPM pada tahun 1976.

Pada tahun 2000 sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat dibina (JKR 2412) mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, makmal sains dan PSS, untuk menampung bilangan murid yang bertambah dari masa kesemasa.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Paya Keladi
Jalan Paya Keladi
13200, Kepala Batas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045752431
Fax = 6045792458

Pautan luar[sunting | sunting sumber]