Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi
Lokasi
 Malaysia Kampung Kemudi, 16300, Bachok,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097787234
Kod sekolahDBB0031
Faks6097787233


Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi atau nama ringkasnya SK Seri Kemudi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kemudi.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi memiliki 458 pelajar lelaki dan 489 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 947 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1951 sebuah jawatankuasa yang terdiri dari penggawa-penggawa dalam Daerah Bachok telah membuat permohonan rasmi kepada Pejabat Pelajaran Negeri untuk menubuhkan sekolah ini. Jawatankuasa memikirkan perlunya sebuah sekolah Inggeris di daerah ini memandangkan bahasa Inggeris adalah bahasa Ilmu Pengetahuan dan juga bahasa pemerintah pada waktu itu. Setelah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Negeri pada tahun 1955 maka bermulalah sejarah sekolah ini dengan nama BachokNationalTypeEnglishPrimary School ( Bachok N.T.E.P.S). pada permulaanya murid-murid sekolah ini telah menumpang di Sekolah Menengah Bachok.

Pada permulaannya terdapat dua kelas dengan jumlah muridnya seramai 80 orang, manakala tenaga pengajar seramai 4 orang sahaja ,iaitu 3 orang guru Bahasa Inggeris dan seorang guru agama. Murid yang belajar di sekolah ini datang dari seluruh Daerah Bachok. Di peringkat awal ini, murid-murid terdiri daripada anak-anak pegawai kerajaan yang bertugas di Bachok dan anak-anak ahli perniagaan sahaja. Pada akhir tahun 1955 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK Bachok), pada tarikh tersebut juga Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memulakan pembinaan bangunan baru di Kampung Kemudi, pada tahun 1957 sekolah tersebut telah siap sepenuhnya, ianya terdiri daripada sebuah bangunan setingkat dengan dua blok yang mengandungi 10 buah bilik darjah, satu pejabat, dan satu setor barang-barang.

Tahun 1958 SRJK Bachok telah berpindah ke bangunannya sendiri di Kampung Kemudi, iaitu tapak Sekolah Menengah Bachok sekarang. Selepas merdeka, semua sekolah telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Maka Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Bachok telah diubah pula kepada nama Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok.

Pertambahan murid yang begitu pesat telah mendorong pihak kerajaan membina bangunan baru pada tahun 1968, iaitu di tapak sekarang ini, dengan 2 blok bangunan dan satu kantin. Kini Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok mempunyai 2 blok bangunan kekal 2 tingkat dan 4 blok bangunan separuh kekal.

Akta Pendidikan 1955 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah mengubah nama Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok pada Sekolah Seri Kemudi Bachok pada 4 Januari 1999 sehingga kini.

Pada masa kini Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi terdiri daripada 27 kelas dengan jumlah murid seramai 956 orang, manakala tenaga pendidiknya pula berjumlah 71 orang termasuk guru-guru J-Qaf.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi
Kampung Kemudi
16300, Bachok
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097787234
Fax = 6097787233

Pautan luar[sunting | sunting sumber]