Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2)
Lokasi
Jalan Hospital, 17000, Pasir Mas,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1971
Nombor sekolah6097909370
Kod sekolahDBB3236
Faks6097904736


Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) atau nama ringkasnya SK Sultan Ibrahim (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) memiliki 451 pelajar lelaki dan 450 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 901 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 mula ditubuhkan awal tahun 1971 dengan menumpang belajar di bangunan SM Perempuan. Pada masa itu bilangan murid seramai 900 orang dan 30 orang guru. 2 buah blok bangunan telah digunakan sementara sesi persekolahannya pagi dan petang. Tahun satu,dua dan lima pada sesi pagi manakala tahun tiga dan empat pada sesi petang. Guru Besar pertama ialah Encik Toh Chin Hoe yang mula bertugas pada 1hb Januari 1971. Selepas 10 tahun menumpang,pada pertengahan tahun 1981, barulah Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 berpindah ke bangunan sendiri, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2), berhadapan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas/Tumpat.

Bangunan sekolah ialah satu blok bangunan 3 tingkat dan 2 blok bangunan satu tingkat serta padang permainan yang dikongsi bersama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 diatas tapak yang berkeluasan 0.245 hektar. Pada tahun 1984, PIBG sekolah telah membina satu blok bangunan satu tingkat untuk menampung pertambahan murid. Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 telah disempurnakan perasmiannya pada pertengahan tahun 1987 oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim. Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim 2 telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 pada awal tahun 1990. Pada awal tahun 1992 pula Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 telah dipecahkan menjadi 2 buah sekolah kerana bilangan murid yang semakin bertambah. Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 telah ditadbir oleh Tuan Hj Yunus b Mohd Amin sebagai guru besar dan Encik Mohd Adib b Ibrahim sebagai Pemangku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (4).

Kedua-dua buah sekolah itu berada dalam satu kawasan yang sama dengan berkongsi bangunan,padang dan kantin. Pada akhir tahun 2002 SKSI2 telah memiliki sepenuhnya bangunan sekolah kerana sksi4 telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Kg.Endong,Pasir Mas. Pada 1hb Januari 2003, Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 telah menjadi sekolah satu sesi.dengan persekolahannya hanya pada waktu pagi sahaja.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2)
Jalan Hospital
17000, Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097909370
Fax = 6097904736

Pautan luar[sunting | sunting sumber]