Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
Lokasi
Jalan Sultan Azlan Shah, 11700, Georgetown, Pulau Pinang Daerah Timur Laut
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan
MotoPELAJARAN ITU HARTA
Nombor sekolah6046566624
Kod sekolahPBA1009
Pengerusi PIBGPutra bin Abdullah Raus
Guru besarPuan Fairus bt Ayob
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Fadzilah bt Mat Zuki
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Noor Azian bt Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumEncik Dorohid b Situ
Faks6046566624
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor atau nama ringkasnya SK Sg Gelugor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah. Ia merupakan sekolah Melayu tertua di Malaysia.[1]

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor memiliki 554 pelajar lelaki dan 480 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1034 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor memiliki 999 orang murid ( termasuk prasekolah ), Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2017

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan pada tahun 1826. Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.

Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free School ditutup. Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atap nipah serta berlantai papan. Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.[2]

Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free.

Pada tahun 1838, kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A). Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.

Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah.

Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan. Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1. Tempat ke-3 Sekolah Cemerlang Kokurikulum peringkat kebangsaan bertempat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kontinjen Pulau Pinang merangkul 2 johan dan 2 tempat ke-3 serta Anugerah Khas KPM Tahun 2015.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
Jalan Sultan Azlan Shah
11700, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046566624
Fax = 6046566624

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]