Sekolah Kebangsaan Sungai Karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Sungai Karang
Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah CBA4004
Lokasi  Malaysia Jalan Kuantan-KemamanKUANTAN, Pahang, Malaysia
Telefon 6095447642
Faks 6095445046


Sekolah Kebangsaan Sungai Karang atau nama ringkasnya SK Sungai Karang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kuantan-Kemaman.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Karang memiliki 661 pelajar lelaki dan 548 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1209 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

• Dibina pada tahun 1920 dan ditadbir oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan.

• Jarak dari sekolah ke Bandar Kuantan kira-kira 17km.

• Kampung Sungai Karang adalah sebuah kampung yang rata-rata penduduknya ialah kaum Melayu.

• Memandangkan terdapat penduduk yang ramai, maka Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah sekolah bagi memenuhi keperluan pendidikan di kawasan tersebut.

• Maka pada tahun 1920, tertubuhlah sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Melayu Sungai Karang. Sekolah ini mendapat nama sempena nama kampung tersebut iaitu Kampung Sungai Karang.

• Pada tahun 1935, Sekolah Melayu Sungai Karang ditukarkan namanya kepada Sekolah Umum Sungai Karang.

• Fenomena pertukaran nama tersebut berlaku kerana memberi peluang kepada penduduk yang terdiri daripada kaum Cina dan India belajar di sekolah ini.

• Pada tahun 1956, sekali lagi Sekolah Umum Sungai Karang ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Karang.

• Perubahan ini adalah sejajar dengan penyata Razak 1956 yang telah menyarankan agar semua sekolah menukarkan nama sekolah dengan meletakkan perkataan Sekolah Rendah Kebangsaan atau Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan bagi sekolah Cina dan India.

• Ekoran daripada saranan Penyata Razak, maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Karang
Jalan Kuantan-Kemaman
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095447642
Fax = 6095445046

Pautan luar[sunting | sunting sumber]