Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail
Lokasi
Tebuk Pulai,, Sabak Bernam, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Untuk Tuhan dan Manusia
Nombor sekolah60332162379
Kod sekolahBBA6016
Guru besarCikgu Mohd Khamsani b. Bahrun
GPK Pentadbiran dan AkademikCikgu Husni bin Harun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCikgu Farrus bin Wahi Anuar
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Norazizah binti Othman
Faks60332162379
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail atau nama ringkasnya SK Tun Doktor Ismail, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Tebuk Pulai,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail memiliki 91 pelajar lelaki dan 78 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 169 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1947 - Nama asal bagi SKTDI ialah Sekolah Rakyat Kg Tebuk Pulai yang telah diasaskan oleh Tok Sidang Hj Ahmad Jana. Sekolah mempunyai guru seramai dua orang sahaja iaitu Encik Jajuli dan Encik Zainal. Permulaan sekolah di sebuah bangunan sementara yang dibuat secara gotong royong. Tapak sekolah adalah berhampiran masjid dan tanah perkuburan.

1949 - Sekolah ini diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor. Guru Besar yang pertama ketika itu ialah Encik Junai Haji Salleh. Ramai murid pada ketika itu sekolah mempunyai murid seramai 70 orang dan guru seramai enam orang. Sehubungan itu, persekolahan hanya setakat Darjah Lima sahaja. Kemudian, nama sekolah telah ditukarkan kepada nama yang baru, iaitu Sekolah Umum Kg Tebuk Pulai. Guru Besar ketika itu ialah En Mutalib bin Yusoff dan sekolah ini mempunyai murid seramai 150 orang dan guru seramai tujuh orang.

1962 - Bangunan sekolah telah roboh akibat bencana dipukul angin rebut kencang.

1963 - Bangunan baru sekolah dibina ditapak yang baru di Jalan Parit 6, iaitu ½ kilometer dari tapak sekolah lama

3 April 1965 - Sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh Yang Berbahagia Encik Aminuddin bin Baki (Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia)

1979 - Sek.Keb Kg Melayu Tebuk Pulai ditukarkan dengan nama SK Tun Doktor Ismail, Tebuk Pulai Sabak Bernam Selangor dan kekal sehingga kini.

3 April 2015 - SK Tun Doktor Ismail menyambut Sambutan Jubil Perak.

Matlamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang, Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahtaraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail
Tebuk Pulai,
45200 Sabak Bernam,
Selangor, Malaysia
Telefon & Faks: 60332162379
E-mel: bba6016@btpnsel.edu.my
Latitud: 3.7279889
Longitud: 100.978312

Pautan luar[sunting | sunting sumber]