Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) ialah sebuah sekolah menengah agama Islam di Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan lanjutan dan kesinambungan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad (SRAI).

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1995, bertempat di kawasan tanah yang sama dengan Sekolah Rendah Al-Irsyad iaitu di Kampung Kurnia, Batu 3 ½ Kuantan, Pahang.

Pada peringkat permulaan hanya terdapat lebih kurang 33 orang pelajar, 27 orang di Tingkatan Satu dan 6 orang di Tingkatan Dua. Sehingga kini bilangan pelajar meningkat kepada 160 orang. SMAI mempunyai kakitangan seramai 16 orang iaitu 14 orang guru, seorang kerani dan seorang pembantu am.

Di peringkat awal SMAI hanya mempunyai 2 blok bangunan yang terdiri daripada sebuah pejabat, sebuah surau, sebuah bilik makan, sebuah bilik asrama, 2 buah kelas, sebuah bilik bilik warden asrama, sebuah perpustakaan dan 2 buah stor tanpa kemudahan yang mencukupi seperti makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]