Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA4606
Lokasi  Malaysia Bt 14, P Pos Hulu LangatHULU LANGAT, Selangor, Malaysia
Telefon 390211332
Faks 390214452


Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil atau nama ringkasnya SMK Abdul Jalil, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bt 14, P Pos Hulu Langat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil memiliki 1299 pelajar lelaki dan 1362 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2661 orang. Ia mempunyai seramai 153 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah SMKAJ bermula pada awal 1965 apabila bermulanya kelas Darjah Menengah menumpang di tiga buah sekolah Kebangsaan iaitu:

  1. Sekolah Kebangsaan Ulu Langat
  2. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
  3. Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi

Pada 8 Januari 1968, sebanyak 233 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 Darjah Menengah tersebut telah ditempatkan di sebuah blok bangunan sendiri yang dinamakan Sekolah Menengah Ulu Langat (SMKUL) yang dibina di atas tapak seluas 3 ekar.

Sejak dari tarikh tersebut SMKUL merupakan sekolah menengah yang menampung pelajar-pelajar lepasan darjah enam daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di Mukim Hulu Langat.

Kemudian pada 1 Jun 1976, sekolah ini yang terdiri daripada 3 blok bangunan, telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Selangor Dato' Hormat bin Rafee dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Abdul Jalil (SMAJ). Seterusnya pada 13 Mei 1991, Dato' Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu, telah merasmikan dua blok bangunan tambahan. Ini menjadikan SMAJ lebih besar dan selesa dengan lima blok bangunan kesemuanya. Pada tahun 1998, sekolah ini sekali lagi sekolah ini bertukar nama kepada nama sekarang atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Lagu[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Abdul Jalil
Mendukung cita-cita
Belajar, berusaha bekerja
Berdisiplin setiap masa
Tuntut ilmu bersopan
Setia semangat waja
Hormat mulia berbudi
Gema negara
Guru dan ibu bapa
Sekolah Menengah Abdul Jalil
Mendukung cita-cita
Belajar, berusaha bekerja
Berdisiplin setiap masa

Muzik oleh Nazri Ahmad JA, lirik oleh Adnan Kamis .

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  • Pengetua  : Pn.Hjh.Fauziah Mohamed Ramli
  • Penolong Kanan  : Pn.Hjh Suratin Omar
  • Hal-Ehwal Murid  : En Ibrahim Ishak
  • PK Kokurikulum  : Pn Norwati binti Muhamad
  • Penyelia Petang  : Pn.Hjh.Norehan Abd Sani
  • Guru Kanan Bahasa  : Pn Sorah bt Ismail
  • Guru Kanan Sains dan Matematik  : Pn Natrah binti Mohamad
  • Guru Kanan Kemanusiaan  : Pn Zasmarti binti Abdullah Nawani
  • Guru Kanan Teknik dan Vokasional  : Pn Hajah Noor Lailah bt Muhammad Zain

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

2007 JOHAN PING PONG B18,BKC

2004[sunting | sunting sumber]

  • Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah HL-3 Emas,3 Perak,10 Gangsa
  • Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Selangor-1 Gangsa
  • Johan Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah HL
  • Johan Kejohanan Bola Tenpin Bawah 15 Peringkat Daerah HL
  • Johan Petanque Peringkat Daerah HL
  • Emas Putera E Dalam Silat Olahraga SUKMA X
  • Pemilihan Gayong Kebangsaan-Johan Putera D
  • Kejohanan Silat Jemputan Integerasi SMK Abdul Jalil-Johan Pasukan Puteri -Naib Johan Pasukan Putera
  • Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pesaka Kedah-Gangsa
  • Petandingan Hoki Peringkat Daerah HL-Johan P15 -Johan P18
  • Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah HL-Naib Johan L15 -Johan L18
  • Pertandingan Badminton Peringkat Daerah HL-Naib Johan Bergu P18
  • Pertandingan Bola Keranjang-Johan P Cina
  • Sirkit Remaja Kebangsaan 2(Angkat Berat)-Johan
  • Majlis tadarus Al-Quran Peringkat Zon-Johan Keseluruhan
  • Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor-Johan KRS Putera, Johan NGO Puteri, Ketua Platun Terbaik
  • Pertandingan Unit PKBM Peringkat Negeri Selangor-Johan Kawad Kaki
  • Perkhemahan PKBM Darat Peringkat Kebangsaan-Johan Kawad Kaki
  • Sambutan Hari Puteri PPIM Peringkat Peringkat Negeri-Johan Kawad Kaki -Johan Pertandingan Gajet

2003[sunting | sunting sumber]

  • Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah HL-Johan PKBM Putera, Johan Pengakap 1, Johan PBSM A, Johan KRS A, Johan KRS 1
  • Pertandingan kawad kaki KRS Peringkat Kebangsaan-Ketiga
  • Hari puteri Daerah Hulu Langat-Tokoh Puteri, Johan Kawad Kaki

2002[sunting | sunting sumber]

  • Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor -Johan (Mohd.Azim Kamaruzzaman)
  • Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah HLl -Tahfiz Al-Quran (L) Johan
  • Hoki Perempuan Peringkat Daerah HL -Bawah 15 Tahun Ketiga

2000[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang Daerah HL
  • Anugerah Sekolah Paling Aktif Kokurikulum Daerah HL
  • Anugerah Sekolah Paling Aktif Kokurikulum Daerah HL - Pasukan Beruniform
  • Anugerah Johan 3K Daerah Hulu Langat
  • Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar - Peringkat Negeri Selangor
  • Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang oleh Yayasan Mara
  • Johan Hoki Peringkat Sekolah Daerah HL - P18

1999[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Pemimpin Cemerlang
  • Anugerah Guru Cemerlang Akademik
  • Anugerah PIBG Aktif
  • Anugerah Khas (Inovasi) - Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
  • Anugerah Taman Sumber Sains
  • Anugerah Johan 3K Daerah Hulu Langat

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, KM22
43100 Hulu Langat.
Selangor, Malaysia
Telefon = 390211332
Fax = 390214452

Pautan luar[sunting | sunting sumber]