Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
Moto Berilmu Beramal Bertaqwa
Ditubuhkan 1 Januari 1988
Dirasmikan 3 Januari 1989
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berasrama harian
Pengetua Dr. Hj. Mohd. Kassim Tusin
Pengerusi PIBG Ku Othman Ku Ali
Ketua Pelajar Syed Mohd Ridzuan Raflee
Kod sekolah XRA4002
Lokasi InanamKota Kinabalu, Sabah,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Dikawal oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sabah.
Nama singkatan SEMAI (kini SMKA TUNAS)
Laman web Laman web rasmi SMKA TUNAS
Telefon 088-429050
Faks 088-432346


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah ialah sebuah sekolah menengah agama di Kota Kinabalu, Sabah. Nama sekolah ini sebelum 9 September 2009 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam. Nama sekolah ini pernah menjadi satu isu kontroversi dalam kalangan warga pendidikan negeri Sabah suatu masa dulu. Namun, pemakaian nama sekolah yang baru tetap diteruskan setelah Tun Ahmadshah Abdullah turun takhta Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Disember 2010 dan setelah Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan nama baru sekolah tersebut pada 9 September 2009.

Logo SMK Agama Inanam
Bendera SMK Agama Inanam

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam pada awalnya merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan biasa dibuka pada 1 Januari 1988, dengan bilangan guru seramai 14 orang pada semester pertama dan bertambah sehingga 24 orang pada semester kedua. Bilangan pelajar pula ialah seramai 455 orang pelajar dan seramai 184 daripadanya tinggal di asrama. Pengetua pada masa itu ialah Encik Matshah Abdul Hamid. Pada peringkat awalnya, sebanyak 4 kelas tingkatan 1 aliran agama ditumpangkan buat sementara waktu dan kemudiannya sebanyak 10 buah kelas aliran akademik dibuka di sekolah ini pada tahun tersebut.

Pada penghujung tahun 1988, terdapat cadangan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah menengah agama memandangkan sekolah asal yang dicadangkan sebagai sekolah menengah agama yang terletak di daerah Ranau masih di dalam proses pembinaan. Pihak jabatan telah bersetuju memandangkan sekolah ini sangat strategik untuk dijadikan sekolah menengah agama disebabkan sekolah ini berhampiran dengan pusat pentadbiran.

Cadangan tersebut menjadi kenyataan apabila pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas bersama 20 orang tenaga pengajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan dipindahkan ke sekolah ini pada 3 Januari 1989. Pada masa itu juga berlaku perubahan dalam pentadbiran dengan pertukaran pengetua dan 2 orang penolong kanan. Maka, rasmilah sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah menengah agama di Sabah. Nama sekolah juga turut diubah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam. Bilangan guru dan pelajar sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah pada tahun 2000, bilangan guru telah mencecah sebanyak 53 orang, manakala bilangan pelajar sekolah pula sebanyak 479 orang pelajar.

Setakat bulan Mei 2010, sekolah ini berkapasiti 440 pelajar dengan sesi persekolahannya dikendalikan oleh 42 orang tenaga pengajar termasuk dua orang guru kanan gred DG48 dan 11 orang guru kanan gred DG44, manakala pentadbirannya dikendalikan oleh 14 orang kakitangan bukan mengajar (KTBM) yang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir, tiga orang Penyelia Asrama, dua orang Pembantu Sains (Makmal), seorang Juruteknik Komputer dan selebihnya berperanan sebagai Pembantu Am dan Pemandu.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama pengetua Tempoh berkhidmat
Ust. Salehuddin Hj. Mansur 1989-1992
Ust. Mohd. Isa Hj. Shaari 1992-1994
Ustzh. Hjh. Arpah Mohammad 1994-2004
Ust. Idrus Abdul Rahman 2004-2008
Pn. Affida Helmi 2009-2011
Dr. Hj. Mohd. Kassim Tusin 2011-kini

Pernyataan arah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Inanam menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2016.

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangunkan sepenuhnya potensi pelajar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang berlandaskan falsafah SMKA.

Etos[sunting | sunting sumber]

Permuafakatan pintar menjana modal insan cemerlang.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

سمعنا واطعنا ولد صالح صاحب الامتياز الآمرون بالمعروف
"Kami dengar dan kami taat. Kamilah anak-anak soleh yang menerajui kecemerlangan dan menyeru ke arah kebaikan."

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
Peti Surat A-235
88856, Inanam
Sabah, Malaysia
Telefon: 088-429050
Faks: 088-432346
http://www.smkatunas.net

Pautan[sunting | sunting sumber]