Sabah
Koordinat: 5°15′U 117°0′T / 5.25°U 117°T
Negeri-negeri di Malaysia نڬري٢ د مليسيا |
|||||
| Sabah سابه |
|||||
|
|||||
| Cogan kata: Sabah Maju Jaya | |||||
| Lagu negeri: Sabah Tanahairku | |||||
| Ibu negeri | Kota Kinabalu | ||||
|---|---|---|---|---|---|
| Parti memerintah | Barisan Nasional | ||||
| - Yang di-Pertua Negeri | Juhar Mahiruddin | ||||
| - Ketua Menteri | Musa Aman | ||||
| Sejarah | |||||
| - Di bawah Kesultanan Brunei dan Sulu | Abad ke-19 | ||||
| - British North Borneo | 1882 | ||||
| - Pendudukan Jepun | 1941-1945 | ||||
| - Pengaruh British | 1946 | ||||
| - Pertumbuhan Persekutuan Malaysia | 1963[1][2][3] | ||||
| Keluasan | |||||
| - Jumlah | 76,115 km² | ||||
| Populasi | |||||
| - Anggaran 2010 | 3,117,405[4] | ||||
| - Kepadatan | 43/km² | ||||
| Kod panggilan kebangsaan | 087a 088b 089c |
||||
| Poskod kebangsaan | 87xxx, 88xxx, 89xxx | ||||
| Huruf pertama plat kenderaan | SA1 SB2 SD3 SK4 SS5 ST6 SU7 SG8 |
||||
| Laman sesawang: | http://www.sabah.gov.my | ||||
| a Untuk Daerah Dalaman b Untuk Kota Kinabalu & Kudat c Untuk Lahad Datu, Sandakan & Tawau 1 Kota Kinabalu & Kota Belud 2 Beaufort, Sabah 3 Lahad Datu 4 Kudat 5 Sandakan 6 Tawau 7 Keningau 8 Kenderaan Kerajaan Negeri Sabah |
|||||
Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia.
Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada hanya di bawah laluan monsun.
Isi kandungan |
[sunting] Etimologi
Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.
[sunting] Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Sabah
Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran atau Bahagian, yang dahulu dikenali sebagai "Residensi" iaitu:
- Bahagian Kudat
- Bahagian Pantai Barat - Utara & Selatan
- Bahagian Pedalaman
- Bahagian Sandakan
- Bahagian Tawau
Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Kudat, Keningau, Papar, Sipitang, Tuaran, Penampang, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.
Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.
Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,095 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.
[sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Sabah
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.
[sunting] Kerajaan negeri
Negeri Sabah ditadbiri oleh Dewan Undangan Negeri dan Jemaah Menteri / Kabinet Negeri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Kabinet Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai Ahli Dewan Undangan Negeri (60 kawasan) yang dipilih rakyat melalui Pilihanraya Umum setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.
[sunting] Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Sabah
[sunting] Ekonomi dan budaya
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Sabah dan Budaya di Sabah
Pada 1970, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia. Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.
Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional. Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak saksama.
[sunting] Penduduk
Jumlah pendudduk Negeri Sabah kini dianggarkan sebanyak 3,206,742 orang dan Negeri Sabah merupakan Negeri yang paling berbilang Kaum di Malaysia. Antara Kaum-kaum yang terdapat di Negeri ini ialah Kaum Kadazan,Lundayeh, Dusun, Murut, Bajau, Melayu Brunei, Rungus, Orang Sungai, Ida'an, Badjao, Suluk, Illanun, Kedayan, Bisaya, Bonggi, Kagayan dan Lain-lain yang telah hidup Aman dan Makmur sejak sekian lama
[sunting] Agama
Menurut perangkaan Banci penduduk dan perumahan 2010 kira-kira 65.5% penduduk Sabah adalah Islam, 25.3% Kristian, 12.0% Buddha dan 02% lain-lain Agama dan Kepercayahan
Antara senarai Daerah-daerah mengikut populasi Agama Majoriti di sabah
Tawau (( Islam )) Semporna (( Islam )) Kunak (( Islam )) Lahad Datu (( Islam )) Kinabatangan (( Islam )) Tongod (( Kristan dan Islam )) Sandakan (( Islam dan Buddha )) Beluran (( Islam dan Kristian )) Pitas (( Islam )) Kudat (( Islam dan Kristian )) Kota Marudu (( kristian )) Kota Belud (( Islam dan Kristian )) Ranau (( Islam dan Kristian )) Tuaran (( Kristian, Islam dan Buddha)) Kota Kinabalu (( Islam, Kristian dan Buddha )) Penampang (( Kristian )) Putatan (( Islam )) Papar (( Islam )) Tambunan (( Kristian )) Keningau (( Kristian dan Islam )) Nabawan (( Kristian )) Tenom (( Kristian )) Sipitang (( Islam )) Beaufort (( Islam )) Kuala Penyu (( Islam dan Kristian )) LongPaSia ((Kristian))
[sunting] Lihat juga
- Borneo Utara
- Bahasa Melayu Sabah
- Identiti Sabah
- Pelancongan di Sabah
- Masjid-masjid di Sabah
- Keselamatan Timur Sabah
[sunting] Rujukan
- ↑ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. July 1963. http://untreaty.un.org/unts/1_60000/21/36/00041791.pdf. Capaian 2010-07-29.
- ↑ United Nations list of Non-Self-Governing Territories, North Borneo and Sarawak
- ↑ Ahli Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- ↑ Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (Census 2010), Seite 369
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Perjanjian yang berkaitan dengan Malaysia antara Inggeris, N. Borneo, Sarawak dan Singapura |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Senarai anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu |
|
||||||||||||||
|
||||||||