Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan
Moto Tauhid Asas Iman
Jenis Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Pengetua Ustaz Othman Bin Hashim(Berpindah ke SMKA Putrajaya)Ustaz Roslan Bin Diming(Bekas pengetua SMK Gum-Gum Batu 16 Sandakan dan bekas GPK HEM SMAS)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Rohani Daharun(Berpindah ke SMKA SHAMS Negeri Sembilan) Ustazah Kamariah Noordin(Baru)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustaz Jamaluddin Bin Yusoff(Berpindah ke SMA Teluk Kemang Port Dickson)Ustazah Norbayah Binti Samion(Baru)
Penolong Kanan Kokurikulum Ustaz Hafiz(Lama)En. Anwar Madsalani(Baru/Bekas Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SMK Elopura Bestari Batu 11)
Pengerusi PIBG En. Sarnoh Bin Haji Losoh
Kod sekolah XRA2001
Lokasi  Malaysia Peti Surat 15190307, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Kemasukan Pelajar Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan lulus PAFA
Nama singkatan SMAS(Lama) SMATJU(Baru)
Laman web

http://smkagamasandakan-smas.blogspot.com

= http://smkagamatunjuharsandakan-smatjs.blogspot.com
Telefon +6089632158
Faks +6089632697


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan atau nama ringkasnya SMKA Tun Juhar Sandakan, merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Peti Surat 151. Sebelum ini ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan memiliki 217 pelajar lelaki dan 261 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 478 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sek. Men. Keb. Agama Sandakan (SMAS) merupakan sebuah sekolah aliran agama yang diwujudkan di kawasan Sandakan. Ia secara rasminya dilancarkan pada 28 November 1989 dengan pengetua pertamanya iaitu Ustaz Hasbullah Awang Naib. Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 105 orang pelajar dan pemilihan ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Sabah sendiri. Pendaftaran pelajar bermula pada 28 Disember 1989 dan 3 kelas untuk Tingkatan 1 diwujudkan.

Sebagai permulaan SMAS beroperasi di bangunan kilat SMK Elopura Bestari Batu 11 sementara bangunan baru dibangunkan. Atas keperihatinan pihak Kementerian Pendidikan, akhirnya sekolah ini mendapat tapak dan bangunan kekal bernilai RM25 juta di Taman Mawar, Sandakan yang merupakan bekas paya air tawar. SMAS telah berpindah ke bangunan baru pada 19 April 2002. Manakala tapak SMAS yang lama telah diserahkan kembali kepada pemilik yang asal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari Batu 11. Pada tahun 2009 bilangan pelajarnya sudah mencecah 498 orang.Kini setelah penjenamaan semula namanya kepada SMK Agama Tun Juhar Sandakan(SMATJU) bersempena nama Tuan Yang Terutama baru Sabah ke-10 bermula 1 Januari 2011 iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin (lahir 5 November 1953 di Pulau Tambisan, Sandakan, Sabah).SMK Agama Tun Juhar juga pernah menjadi sekolah yang terbesar di negeri Sabah setelah diambil alih gelarannya oleh MRSM Sandakan Sungai Batang Sandakan

SMK Agama Tun Juhar Sandakan merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh kawalan daripada 8 buah SMKA di Sabah iaitu :

• SMKA Kota Kinabalu • SMKA Tun Juhar Sandakan • SMKA Tun Datuk Mustapa Kinarut • SMKA Inanam • SMKA Limauan Kimanis • SMKA Tun Said Kota Belud • SMKA Mohd Ali Ranau • SMKA Tun Sakaran Semporna

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan
Peti Surat 151
PPJU 90307, Sandakan
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089632158
Fax = 6089632697

Pautan luar[sunting | sunting sumber]