Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
Logo Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
Logo Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
Lokasi
Jalan Kampung Pandan
Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPelajaran Panduan Hidup[4]
Ditubuhkan1958[1]
Nombor sekolah+603-92858219
Kod sekolahWEA0196[2]
PengetuaNor Haida binti Hamdan[3]
GPK Pentadbiran dan AkademikRafidah binti Kamson[3]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAssemah binti Johan[3]
Penolong Kanan KokurikulumNur shahzehan binti Muhamed@Saail[3]
Faks+603-92811905
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SMK Aminuddin Baki atau SABKL, merupakah sebuah sekolah menengah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan Kampung Pandan, Maluri, di bawah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu[2]. Pada masa kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki memiliki 980 murid dan 68 guru[Mac 2023].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SMK Aminuddin Baki) ditubuhkan sebagai Sekolah Menengah Melayu pada tahun 1958, yang ditempatkan secara sementara di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Sekolah Kebangsaan Maxwell. Pada tahun 1963, lokasi Sekolah Menengah Melayu dipindahkan ke tempat sementara baharu di Sekolah Menengah Cochrane.

Pada 24 Mac 1964, Sekolah Menengah Melayu menukar nama kepada SMK Aminuddin Baki sempena tokoh pendidikan dan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia waktu itu, Aminuddin Baki. Di samping itu, sekolah ini juga telah berpindah sekali lagi ke sebuah tapak yang kekal hingga kini.

Dari permulaan pertubuhannya, SMK Aminuddin Baki telah menawarkan tempat untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Namun, pada tahun 1966, kelas Tingkatan Enam telah diperkenalkan sehingga tahun 2012. SMK Aminuddin Baki juga telah dikategorikan sebagai Sekolah Kawalan pada tahun 1987 dan membina asrama harian untuk pelajar perempuan yang ingin tinggal di situ pada 1997.

SMK Aminuddin Baki juga menjadi perintis untuk beberapa program kerajaan seperti Sekolah Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (TDKT) (1998), Sekolah Pintar (Smart School) (1999) dan Projek Rintis Sumber Persiarann Terbuka (Open Source Software) (2006)[1].

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara[5].

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera[5].

Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi
Tahun Jumlah Murid Jumlah Guru
2009 1,141 99
April 2018[6] 840 77
Mei 2019[7] 846 76
Januari 2020[8] 859 73
Jun 2020[9] 891 75
Jun 2021[10] 897 72
Jun 2022[11] 966 72
Mac 2023[12] 980 68

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
Jalan Kampung Pandan, Maluri
55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  Malaysia
Telefon: +603-92858219
Faks: +603-92811905
E-mel: wea0196@moe.edu.my[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengenalan/latar-belakang
  2. ^ a b c d https://www.apac.com.my/wea0196-smk-aminuddin-baki.html
  3. ^ a b c d https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengurusan/pengurusan-sekolah
  4. ^ https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengenalan/moto
  5. ^ a b https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengenalan/misi-dan-visi
  6. ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/565-senarai-sekolah-30-april-2018/file
  7. ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/2620-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-31-mei-2019/file
  8. ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3295-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jan-2020/file
  9. ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3547-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2020/file
  10. ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/4808-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2021/file
  11. ^ https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/5341-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2022/file
  12. ^ "PROFIL". sites.google.com. Dicapai pada 2023-10-18.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]