Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah
Ditubuhkan 15 Januari 1967
Dirasmikan 23 Ogos 1969
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Fatimah Jusoh
Kod sekolah TEA2023
Lokasi  Malaysia Kemasek, Kemaman., MalaysiaKemaman., Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon 6098662220
Faks 6098640122


Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah atau nama ringkasnya SMK Badrul Alam Shah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kemasek, Kemaman., Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah memiliki 445 pelajar lelaki dan 472 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 917 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah ditubuhkan pada 15 Januari 1967 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kemasek dengan hanya 103 orang pelajar dan 7 orang guru.

Pada 23 Ogos 1969, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia,Allahyarham Dato' Haji Abdul Rahman Yaakub. Pada tahun yang sama, 34 orang calon Sijil Rendah pelajaran daripada 70 calon telah lulus dan layak ke tingkatan 4. Oleh itu pada 1970, sebuah kelas tingkatan 4 telah diwujudkan.

Pada tahun 1971, sekolah ini buat kali pertamanya telah mengemukakan calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 1997, kelas Tingkatan 6 dibuka di sekolah ini dan pada tahun 1998, kumpulan pertama pelajar berkenaan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2001, Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah ini dan sebuah Kelas Pendidikan Khas ditubuhkan pada tahun 2009.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah terbaik Terengganu dalam Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) 2010

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah
Kemasek, Kemaman., Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098662220
Fax = 6098640122

Pautan luar[sunting | sunting sumber]