Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana
Moto Dedikasi Teras Kecemerlangan
Ditubuhkan Disember 1995
Dirasmikan 1 Januari 1996
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua En. Wan Roslan
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Paridah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Ishak
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Siti Salmah
Pengerusi PIBG En. Ching Chong Fuan
Kod sekolah BEA4617
Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana, Lorong CP5/39, Tmn. Cheras Perdana, 43200 CherasHulu Langat, Selangor,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Diterima
Nama singkatan SMK Cheras Perdana / SMKCP
Laman web

http://www.smkcp.com/

http://www.facebook.com/smkcherasperdana
Telefon +60390769576
Faks +60390750210


Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana atau nama ringkasnya SMK Cheras Perdana, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lorong CP5, Tmn. Cheras Perdana, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana memiliki 1008 pelajar lelaki dan 851 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1859 orang serta mempunyai seramai 112 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Cheras Perdana Mula beroperasi pada 1 Januari 1996 dengan mempunyai seramai 28 orang guru dan 600 orang pelajar. Pada mulanya, iaitu pada bulan Disember 1995, SMK Cheras Perdana terpaksa menumpang sementara di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn kerana infrastruktur yang masih tidak lengkap. Kelas Tingkatan 3 bermula pada tahun 1998 manakala kelas Tingkatan 4 dimulakan pada tahun 1999.

Pusat Sumber sekolah dirasmikan oleh En. Zulkifli Ismail, Pengetua Pertama SMK Cheras Perdana pada 8 April 1997. SMK Cheras Perdana kemudiannya dibuka dan dirasmikan pada 4 Julai 1998 bersama-sama dengan perasmian dan pembukaan Makmal Multimedia SMK Cheras Perdana. SMK Cheras Perdana kemudiannya dinaiktaraf ke sekolah Gred A pada tahun 2001.

SMK Cheras Perdana telah melaksanakan program Sekolah Bestari sejak tahun 2000 bagi menaiktarafkan lagi mutu pembelajaran di sekolah. Padang SMKCP kemudiannya menjadi padang angkat Majlis Perbandaran Kajang tahun 2002. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan dipertingkatkan dengan lebih tinggi di samping memastikan kemudahan-kemudahan yang sedia ada digantikan dengan yang lebih baik.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi warganegara yang beragama, berdisiplin, berilmu, berakhlak, berkemahiran, bertanggungjawab dan bermaruah tinggi dalam usaha mencapai serta mematuhi aspirasi negara dan ummah.

Menanamkan nilai-nilai kepimpinan melalui teladan secara membina sahsiah yang tinggi dan melatih mereka dengan memberi penekanan perpaduan negara melalui kesungguhan mencapai prestasi akademik kepada yang tinggi dan bersedia untuk bekerja kuat bagi menuju masa hadapan yang cemerlang.

Misi[sunting | sunting sumber]

Kami warga SMK Cheras Perdana akan memastikan kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan berdisiplin terpuji dalam persekitaran yang kondusif dan harmoni berteraskan pengurusan pentadbiran yang telus serta cekatp dibantu dengan komuniti yang erat.

Visi[sunting | sunting sumber]

SMK Cheras Perdana Mencapai Lonjakan Saujana Cemerlang Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Pada Tahun 2013.

Piagam[sunting | sunting sumber]

• Melahirkan individu yang mengamalkan budaya ilmu serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
• Membentuk sahsiah warga SMK Cheras Perdana agar bersikap penyayang, prihatin dan mewujudkan iklim yang kondusif.
• Menyediakan asas bagi menghasilkan warga SMK Cheras Perdana yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
• Membentuk insan kamil berjaya di dunia dan di akhirat.
• Memupuk semangat muafakat antara warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Lagu Rasmi SMKCP[sunting | sunting sumber]

SMK Cheras Perdana,

Kujulang Namamu di Puncak Negara.

Kukuh Megah Berdiri,

Waja Bergerak Maju,

Seutuh Semangat Kami Wargamu.


Kreatif dan kritis menjana ilmu.

Berkeimanan berketerampilan.

Gigih dan beramanah,

Mengharung perjuangan,

Kejayaanmu pasti digenggaman!


SMKCP,

Dedikasi Cemerlang.

Kau tetap kebanggaanku.

Budaya ilmu ku jadikan amalan,

Pasti namamu kujulang!


Globalisasi agenda terkini,

Merealisasi wawasan Negara,

Harapan keluarga juga agama,

Kuabadikan di SMKCP.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana,
Lorong CP5/39, Tmn Cheras Perdana, 43200 Cheras,
Selangor,  Malaysia

Telefon: +60390769576

Fax: +60390750210

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi SMK Cheras Perdana

http://www.smkcp.com/


Facebook Rasmi SMK Cheras Perdana

http://www.facebook.com/smkcherasperdana