Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah CEE3037
Lokasi  Malaysia Km 1 Jalan Lipis-Raub27200, Kuala Lipis,, [Pahang Darul Makmur, Malaysia
Telefon 6093101242
Faks 6093101241


Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford atau nama ringkasnya SMK Clifford, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 1 Jalan Lipis-Raub.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford memiliki 294 pelajar lelaki dan 456 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 750 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis terletak di Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia pada tahun 1996 dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.

Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).

DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal

Isi kandungan

Sejarah [sunting]


SMK Clifford merupakan sekolah Inggeris kerajaan yang tertua di negeri Pahang dan ditubuhkan pada tahun 1913. Pada masa itu, ia hanya berupa sebuah rumah kayu beratap nipah di Jalan Besar Bandar Kuala Lipis. V.N. Bartlett yang berasal dari Ceylon merupakan pengasas dan pngetua pertama sekolah ini.

Pada tahun 1919, sebuah bangunan telah dibina ditengah padang sekolah pada masa ini, namun telah musnah dilanda banjir besar tahun 1926. Pada tahun 1928, sebuah bangunan batu dua tingkat telah dibina dan Sir Hugh Clifford yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu telah merasmikan bangunan ini dan seterusnya menamakannya Sekolah Clifford (Clifford School).

Semasa peperintahan Jepun, bangunan ini telah dijadikan Markas Polis Askar Jepun (Kempetai). Selepas itu persekolahan disambung semula pada tahun 1945.

Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:

  • SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.
  • Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.
  • SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas .
  • Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.
  • Pada tahun 2009, SMK Clifford telah mendapat gelaran "Sekolah Kluster Kecemerlangan" yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Datin Hajah Ragayah yang merupakan Pengetua Kanan sekolah ini merupakan penggerak utama kejayaan SMK Clifford mendapatkan gelaran tersebut.

Lencana Sekolah [sunting]

Beginilah rupanya lencana rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford yang dilekatkan pada baju atau kain tudung setiap pelajar yang menjadi warga Clifford. Terdapat beberapa makna yanag tersirat disebalik lencana ini.

Lambang Maksud
Gajah Kekuatan
Pelita yang menyala Sinar Pembelajaran
7 batang tunggak Kebijaksanaan
AD SAPIENTIAM Ke arah Kearifan
Warna Kuning Taat Kepada Raja
Warna Biru Penyayang
Warna putih dan hitam Warna bendera Pahang

Sekolah Lestari [sunting]

Pada tahun ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Cliffordtelah dicalonkan dalam Anugerah Sekolah Lestari dan Anugerah Alam Sekitar 2007 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Serentak itu juga satu jawatankuasa telah ditubuhkan di ketuai oleh Pengetua Kanan SMK Clifford, Datin Hajah Ragayah binti Haji Omar. Motto jawatankuasa ini adalah Ceria, Bersih dan Berinformasi.

Lihat juga [sunting]

1. PENGENALAN: Pada permulaannya Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford telah dinamakan Sekolah Inggeris Kerajaan dan merupakan sekolah yang tertua di Negeri Pahang. Ia dibina pada tahun 1913. guru dan pengelolanya ialah V.N. Barlett yang berasal dari Negara Ceylon. Sir Hugh Clifford iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu telah merasmikan sekolah ini dan menamakan sebagai ”Clifford School” Satu perubahan telah dilakukkan oleh Tuan Ketua Pelajaran Pahang, Dato’ Idris Babjee mengenai status sekolah. Ia memberi pendidikan pada peringkat menengah atasan dalam aliran Inggeris dan Melayu. Banyak bangunan telah diperolehi untuk menjadi sekolah yang dikenali.

Dari kegahan masa lalu dan kini, SMK Clifford diisytiharkan sebagai Sekolah ”Premier”, Sekolah Harapan Projek Khas, Sekolah Indera Syahbandar Pahang (SISP), Sekolah Projek Rintis Sekolah Selamat , Sekolah Rancangan Khas dan yang terbaru Sekolah Bestari. Dengan berpaksikan Visi, Misi, Wawasan dan Motto, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford senantiasa berusaha kearah kecemerlangan dan kearifan.

MISI SEKOLAH LESTARI SMK CLIFFORD MELAHIRKAN GENERASI PELAJAR YANG CEMERLANG, BERAKHLAK MULIA DAN MEMUPUK SEMANGAT KECINTAAN YANG MENDALAM KEPADA ALAM SEKITAR.


• Strategi dan Pelan Tindakan Perlaksanaan o Perancangan Program dan Aktiviti

1. Menyediakan sudut LAMAN LESTARI SMK CLIFFORD. Sudut ini dibina bersempena untuk menyahut pencalonan sebagai Sekolah Lestari pada tahun 2007/2008. Sudut ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai Latarbelakang, Konsep, Komponen, Carta Organisasi dan lain-lain yang berkaitan dengan pembentukan Sekolah Lestari . Ia juga dilengkapkan dengan informasi Alam Sekitar melalui poster, pamplet, brosur dan dihiasi dengan suasana kehijauan.Pelajar-pelajar digalakkan untuk mencari dan menimba ilmu mengenai Lestari. Kelengkapan bahan rujukan juga disediakan seperti Era Hijau. Dengan kata lain, Laman ini bertujuan memberi pendedahan , mesej dan informaasi mengenai Alam Sekitar. (Seperti yang dilampirkan)

2. Membuat Perasmian Sekolah Lestari ,Kempen Anti Sampah dan Kitar Semula Peringkat Sekolah telah diadakan pada 21 Mac 2007 oleh Wakil Tuan Pengarah ,Jabatan Alam Sekitar, Pahang, En.Mahadi Ahmad, Ketua Cawangan JAS Temerloh. (Seperti yang dilampirkan)

3. Pengetua telah menyampaikan maklumat dan mesej alam sekitar kepada guru-guru semasa mesyuarat mingguan dan pelajar-pelajar semasa perhimpunan pagi. Pelajar-pelajar telah dimaklumkan tentang Laman Lestari dan penggunaannya.

4. Kadang-kala pelajar-pelajar diperdengarkan lagu-lagu mengenai alam-sekitar daripada CD yang dibekalkan pada waktu rehat.

5. Pelajar-pelajar perlu menyediakan sudut kitar semula dan Lestari didalam kelas masing-masing. Ia diadili semasa pemeriksaan Kelas Kondusif

6. Banyak kertas kerja dan program yang telah dan akan dilakukkan bersempena dengan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar seperti yang berikut:-

KERTAS KERJA PELANCARAN SEKOLAH LESTARI, KEMPEN ANTI-SAMPAH DAN KITAR SEMULA SMK CLIFFORD 2007 1.0 Pendahuluan Cadangan ini adalah untuk memberi informasi tentang pengiktirafan yang diberikan oleh pihak tertentu kepada sekolah kita. Sekolah ini telah di calonkan untuk Anugerah Sekolah Lestari Peringkat Kebangsaan. Manakala kempen anti sampah dan kitar semula adalah salah satu program yang dirancang bagi merealisasikan pengiktirafan itu.

2.0 Rasional Pelajar-pelajar akan mengurangkan kadar kuantiti sampah yang terdapat di sekitar kawasan SMK Clifford. Ia adalah untuk menanamkan rasa benci dan peka pada sampah yang ada di sekelilingnya. Sejajar dengan itu, pelajar-pelajar akan disemaikan rasa bertangungjawab terhadap sampah yang dibuatnya dan berusaha untuk membuat kitar semula. Ini dapat mengekalkan konsep dan nilai-nilai murni alam sekitar.

3.0 Matlamat Warga Clifford akan berusaha memertabatkan Sekolah Lestari, mengamalkan kebersihan secara menyeluruh dan berterusan tanpa batas ruang dan masa untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang bersih, ceria, kemas, kondusif, selesa dan berinformasi serta merangsang perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi mereka. Ia juga bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

4.0 Objektif 4.1 Menghayati konsep Sekolah Lestari 4.2 Menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab pada semua pelajar. 4.3 Membangkitkan rasa benci pada sampah. 4.4 Merangsang pelajar untuk ingin mengutip sampah.(automatic instinct) dan membuat kitar semula. 4.5 Mewujudkan persekitaran yang bersih , indah dan kondusif. 5.0 Perlaksanaan dan penguatkuasaan yang dicadangkan.

5.1 Mewujudkan satu pasukan penguatkuasaan yang diamanahkan. (Saman)
5.2 Mewujudkan kawasan yang perlu dijaga. (Pembahagian kawasan serta pemantauan)
5.3 Menjalankan program-program dan pertandingan.
5.5 Mengoptimakan penggunaan Laman Lestari untuk memperolehi infomasi.

6.0 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan Perkara Bilangan Jumlah 1. Hadiah Perasmi 2. Jamuan Perasmian 3. Hadiah Pertandingan (Lampiran 1)

(SISP,Men.Ren. & Men. Atas) @ ( RM 6,RM5 & RM4)

4. Taman Terbaik 5. Blok Terbaik 6. Saguhati Asrama 7. Saguhati Kitar Semula 1 x RM 100.00 20 x RM 3.00 40 x RM 15.00

1 x RM 60.00 1 x RM 60.00 2 x RM 100.00 1 x RM 50.00 RM 100.00 RM 60.00 RM 600.00

RM 60.00 RM 60.00 RM 200.00

    RM  50.00

Jumlah RM 1130.00

7.0 Jangkamasa Kempen

Sehingga satu jangkamasa yang akan di beritahu. Ia tertakluk kepada kejayaan program ini dijalankan.

8.0 Penutup Program ini akan menjadikan pelajar-pelajar lebih peka dan menilai akan persekitaran yang bersih, cantik dan bebas dari timbunan sampah yang dibuat oleh mereka sendiri. Ini akan menimbulkan rasa kecintaan terhadap sekolah. Kempen ini akan membangkitkan rasa untuk berbakti pada tempat menimba ilmu dan menjadikan kebiasaan pelajar untuk mengurangkan sampah serta dibuang pada tempat yang betul bukan merata-rata. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan program-program yang menghargai alam sekitar.

Alamat [sunting]

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
Km 1 Jalan Lipis-Raub
27200, Kuala Lipis
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093101242
Fax = 6093101241

Pautan luar [sunting]