Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (2)
Lokasi
Jalan Machang, 17500, Tanah Merah,, [Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099552987
Kod sekolahDEA5423
Faks6099553897


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (2) atau nama ringkasnya SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (2), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Machang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (2) memiliki 426 pelajar lelaki dan 514 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 940 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Tanah Merah, Kelantan. Sekolah ini mula dibuka pada 06 Januari 2002. Bangunannya didirikan di atas tanah seluas 12.9 ekar dan menelan belanja RM 9.6 juta. Sekolah ini dikategorikan dalam sekolah gred “B”. Pada awal penubuhannya hanya pelajar tingkatan 1 didaftarkan, manakala, pengambilan pelajar ke tingkatan 4 bermula pada 2003.

Pada tahun 2004, sekolah telah ditempatkan Kelas Rancangan Khas PDD Tanah Merah/Jeli, di mana pelajar yang mendapat 3A dan 4A dalam UPSR sahaja dipilih dan ditempatkan di tingkatan satu sekolah ini. Tahun 2004 juga merupakan tahun pertama pelajar sekolah ini menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (2)
Jalan Machang
17500, Tanah Merah
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6099552987
Fax = 6099553897

Pautan luar[sunting | sunting sumber]