Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas
Lokasi
 Malaysia Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1984
Nombor sekolah6098223500
Kod sekolahTEA1032[1]
Pengerusi PIBGTuan Haji Mohd Zahir Bin Md Nor
PengetuaMd Nasir Bin Haron
GPK Pentadbiran dan AkademikZamzurainu binti Azhari
Penolong Kanan Hal Ehwal Muridmuhamad anuwad bin mat sat (2023 - )
Penolong Kanan KokurikulumKamariah Binti Osman
Faks6098223501



Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas atau nama ringkasnya SMK Durian Mas, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas memiliki 433 pelajar lelaki dan 476 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 909 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009


SEJARAH SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1983 dan mula diduduki pada tahun 1984 dengan nama smk.durian mas mengambil sempena sebatang pokok durian yang mempunyai isi berwarna kekuning-kuningan. kemudahan yang ada pada masa itu hanyalah 2 blok bangunun yang terdiri 1 blok pentadbiran dan satu blok bilik darjah.enrolmen pelajar pada masa itu hanyalah 83 orang dan pada tahun 1990 enrolmen pelajar telah meningkat kepada 210 orang menyebabkan satu blok baru telah dibina untuk menampung pertambahan ini. pengetua pertama ialah En, abdullah b ali.

Pada tahun 1986 kumpulan pertama pelajar telah mula menduduki peperiksaan srp.bagi menampung peningkatan jumlah pelajar pada tahun 1992,dua blok bangunan tambahan telah dibina. di samping itu, pihak ketengah telah membina dua blok asrama pada tahun 1993 dan mula didiami pada tahun 1994.ekoran daripada pertambahan pelajar ini juga,satu blok tambahan 3 tingkat telah dibina bagi menempatkan makmal sains sekolah.

Smk durian mas telah digredkan dengan gred a pada tahun 1999 dan telah diberikan taraf ptj pada tahun 2004.pada tahun 2005 sekolah ini telah menawarkan 2 kelas tingkatan enam aliran kemanusiaan. menjelang tahun 2005 jumlah pelajar telah meningkat kepada 1,065 orang dengan 33 buah kelas.

Pada tahun 2005 sebuah dewan komuniti telah dibina,dan pada tahun 2007, 2 blok bangunan tambahan makmal telah disiapkan. sekolah ini boleh dihubungi melalui dua jalan utama iaitu arah timur melalui paka , arah utara selatan menerusi lebuh raya jerangau- jabor jarak smk d’mas dengan ppd dungun ialah 76 km sementara jarak ke jpnt pula ialah 97 km.


MISI VISI DAN MOTTO[sunting | sunting sumber]

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MOTTO

Bersatu, Berilmu , Maju

PENGURUSAN 2019[sunting | sunting sumber]

PENGETUA : En. Md Nasir Bin Haron

PEN. KANAN PENTADBIRAN  : Pn Zamzurainu Binti Azhari

PEN. KANAN HEM  : En Kamaruzaman bin. Junuh

PEN. KANAN KOKURIKULUM :Pn Kamariah Bt Osman

PEN. TING 6  : En Mohd Hassanuddin bin Mohamad

GKMP SAINS DAN MATEMATIK : Pn Rohani Bt Embong

GKMP KEMANUSIAAN  : En Kamayizuddin bin Yazid

GKMP BAHASA  : Pn Karsi Bt Majit

GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL : En. Abdul Karim B. Musa

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

ALHAMDULILLAH...

SPM 2018

- CGPA - 4.77

- Berada di kedudukan 37 negeri Terengganu

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas
Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098223500
Fax = 6098223501

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]