Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram
Lokasi
Felda Neram Satu, Hulu Jabor, Kemaman, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU BUDI JASA
Nombor sekolah01165731288
Kod sekolahTEA2030[1]
PengetuaEn. Mohd Nordin bin Mohd Abdul Majid
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohd Abdillah bin Taha
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Norizah Binti Jaafar
Penolong Kanan KokurikulumCik Nor Hasnira binti Aziz
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram atau nama ringkasnya NEoSYS (Neram One Secondary School), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Felda Neram Satu,Hulu Jabor, Kemaman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram memiliki 203 pelajar lelaki dan 224 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 427 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman. Sekolah yang dikenali dengan panggilan singkatannya, NEoSYS (Neram One Secondary School) dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22 orang guru, 3 orang kakitangan sokongan, 8 orang pekerja swasta serta 2 orang Pengawal Keselamatan menjadi tunggak sekolah. Pak Abas dan Puan Esah pula telah diberikan kawasan ladang sawit yang baru dan sedikit pampasan. Sungguhpun yang patah, tetap akan tumbuh, yang hilang pasti berganti, namun yang tumbuh dan yang hilang selalunya tidak akan sama dengan yang patah mahupun yang hilang dahulu. Kemurnian hati kedua-orang peneroka ini telah menyenangkan masyarakat di sini kerana anak-anak mereka tidak perlu lagi ke SMK Cheneh Baru yang letaknya kira-kira 25 km semata-mata untuk menuntut ilmu. Pengambilan pertama pelajar di sekolah ini bermula pada 1 Jun 2002. Kumpulan perintis ini diambil daripada anak-anak peneroka Felda Neram Satu yang bersekolah di SMK Cheneh Baru. Sementara itu, sebahagian besar guru juga daripada sekolah tersebut. Sekolah ini bermula dengan tingkatan 1 dan 2 serta dua kelas tingkatan 4. Memandangkan jumlah pelajar yang sedikit dan bilangan kelas yang mengcukupi, sekolah ini dijalankan dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Memandangkan persamaan rumpun bangsa iaitu Melayu dan latar belakang sosioekonomi yang sama, maka tidaklah sukar untuk para guru dan pentadbir sekolah untuk menguruskan pelajar SMK Felda Neram.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram
Felda Neram Satu, Hulu Jabor, Kemaman,
Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon = 01165731288

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]