Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa
Lokasi
 Malaysia Kampong Gedangsa, KUALA KUBU BHARU, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBeriman, Berilmu, Bertaqwa
Ditubuhkan1964
Nombor sekolah60360461340
Kod sekolahBEA5065[1]
PengetuaSuhana binti Saad
GPK Pentadbiran dan AkademikAzhar bin Minai
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridDiwi Sajaratudur binti Lahuri
Penolong Kanan KokurikulumSarimah binti Sirad
Faks60360461340
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa atau nama ringkasnya SMK Gedangsa, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampong Gedangsa.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa memiliki 82 pelajar lelaki dan 103 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 185 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Gedangsa (SMG) diasaskan dengan penubuhan sebuah kelas yang dipanggil Darjah Menengah Gedangsa pada tahun 1964 dengan menumpang bangunan di Sekolah Rendah Gedangsa. Bagi sesi pagi sahaja, murid yang mengikuti kelas tingkatan 1 Darjah Menengah Gedangsa adalah seramai 31 orang tetapi hanya tinggal 29 orang sahaja pada akhir tahun. Mereka terdiri daripada anak-anak peneroka dari kampong-kampung berhampiran seperti Gesir Tengah, Kampung Lalang, Sungai Selisek dan Felda Sungai Dusun (Felda Soeharto).


Tenaga pengajar pada peringkat awal terdiri daripada Encik Kassim bin Ali khan (RTC berasal dari Kuala Lumpur) yang ditugaskan sebagai guru ketua yang mengajar mata pelajaran bahasa inggeris dan sains, Encik Osman bin Muhammad (berasal dari Taiping - RTC keluaran 1) pula mengajar mata pelajaran Lukisan dan Ilmu Alam, Encik Abas bin Hassan (berasal dari Sabak Bernam) mengajar mata pelajaran bahasa malaysia, ilmu Hisab dan Sejarah manakala Encik Abdul Shukor bin Ali yang berasal dari Kuala Kubu Bharu mengajar mata pelajaran Ilmu Hisab.Perkembangan kelas Darjah Menengah Gedangsa berjalan dengan lancar sehingga tahun 1965. Ketika itu Darjah Mengah Gedangsa mengandungi tingkatan 1 dan 2. Pada tahun 1966, bilik tingkatan bertambah satu lagi iaitu tingkatan 3. pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1966 telah berjaya melanjutkan pelajaran di Tingakatan 4 di sekolah-sekolah menengah di Kuala Kubu Bharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 atau maktab perguruan. Darjah Menengah ini terpaksa ditutup pada akhir tahun 1969 dan semua pelajarnya dipindahkan ke Sekolah Menegah Kampong Soeharto mulai tahun 1970.


Sekolah Menengah Gedangsa di bina di atas tapak seluas 19 hektar. Sekolah ini mula dibuka pada 1 hb. Julai 1982 yang terdiri daripada 3 blok bangunan 1 tingkat. Blok -blok bangunan tersebut mengandungi 9 buah bilik dajah,3 buah bengkel seni perusahaan, sebuah bilik seni lukis dan sebuah surau. Sekolah ini juga mempunyai sebuah kantin dan pejabat. projek pembinaan sekolah ini adalah hasil dari pinjaman Bank Dunia dengan pembiayaan berjumlah 14 juta. Pada peringkat awal, Encik Abdul Sukor Ali telah dilantik sebagai Pengetua yang pertama di SMG dengan dibantu oleh Encik Mohd. Sani Harun selaku Guru Penolong Kanan. Beliau merupakan anak tempatan Felda Gedangsa. Guru-guru lain yang bertugas di SMG terdiri daripada Puan Norlian bt. Sulaiman, Encik Awang Mat Saman dan Encik Hanafi Buaroh.


Kelas yang wujud pada ketika ini adalah tingkatan 1 dan 2 (masing-masing 3 kelas) dan kelas-kelas ini terus meningkat sehingga pada tahun 1985 dengan kewujudan tingkatan 5. Disebabkan keadan pertambahan pelajar ini, maka pada 1 hb. Januari 1987, SMG telah dinakkan dari gred c ke gred B. Bersesuaian dengan perkembangan pendidikan dan keperluan semasa pada tahun 2005, dengan usaha Pn. Wahida bt. Abdullah kelas aliran Sains yang pertama telah diwujudkan di SMKG. Bilangan pelajar 17 orang. Ia bertujuan agar pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan dapat meneruskan pembelanjaan di SMKG dan tidak berpindah ke sekolah lain selain menarik pelajar dari sekolah lain agar bersekolah di SMKG.

Pembaharuan dan Penambahan Bangunan[sunting | sunting sumber]

Selain daripada pemeliharaan dan pemuliharaan yang dilakukan ke atas bangunan sekolah ini, terdapat sedikit pembaharuan bagi bagunan sekolah yang telah diusahakan secara berperingkat. Antaranya ialah :

1. Surau

Surau di sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa telah lama dibina. Pada bulan November 1999, ahli jawatankuasa sekolah telah bercadang untuk menambah sedikit pada bahagian tepi surau bagi menampung ahli jemaah yang ramai. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 25,000. Perbelanjaan tersebut dapat menampung pembelian bahan-bahan seperti simen, pasir dan lain-lain.

2. Pentas Bestari

Pembinaan pentas bestari adalah selama 6 bulan. Kos pembinaanya adalah sebanyak RM 15,000. Hasilnya amat memuaskan. Guru-guru dan kakitangan serta ahli jawatankuasa sekolah terlibat dalam pembinaan Pentas Bestari ini. Pelajar-pelajar sekolah ini sungguh berbangga kerana dapat menyiapkan pentas ini dengan kemas dan menarik atas dasar tolong menolong dan kerjasama antara satu sama lain. Pentas ini memainkan peranan sebagai tempat perhimpuan antara pelajar dan guru -guru. kini Pentas Bestari memberi manfaat yang amat berguna kepada semua warga SMK Gedangsa. Pada masa cuti peenggal akhir tahun 2001, Pentas Bestari telah diperindahkan dengan sebegitu rupa untuk kemudahan semua.

3. Pejabat Sekolah.

Pejabat Sekolah ini telah diubahsuai dan dipebesarkan pada tahun 1987. Ini menjadikan pejabat ini lebih cantik kerana ia merupakaan tupuan uatam pelawat dan sebagai nadi SMKG. Pembiayaan sebanyak RM10,000 iaitu bantuan kewangan dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sementara itu, pejabat dipindahkan ke bilik tingkatan 1A3. Kini, terdapat sebuah bilik Pengetua, sebuah bilik untuk Penolong Kanan 1 dan sebuah bilik untuk Pembantu Tadbir.

4. Makmal Komputer

Pada pertengahan tahun 2001, makmal sekolah telah dimulakan pembinaannya. Ianya siap dibina pada tahun 2002 dan mula digunakan pada tahun tersebut juga. Terdapat juga. Terdapat sebanyak 20 buah computer.

5. Pondok Jaga

Untuk tujuan keselamatan SMKG telah mendapat perkhidmatan pengawal keselamatan pada tahun 2004. Pada akhir tahun 2004, sebuah pondok jaga telah dibina berhampiran pintu masuk utama SMKG.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa
Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu,
Hulu Selangor, Malaysia
Telefon = 60360461340
Faks = 60360461340

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]