Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest
Moto "Ilmu Panduan Hidup"
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Sharifah bt. Mamat
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Hajah Wan Nooraini Wan Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Bakeman B. Chek
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohd Roslan Hussain
Pengerusi PIBG Encik Mohd Isa B. Hamzah
Kod sekolah BEA7608
Lokasi  Malaysia Taman Seri GombakBATU CAVES, Selangor, Malaysia
Nama singkatan SMKHC
Telefon 361884777
Faks 361876506


Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest atau nama ringkasnya SMK Hillcrest, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Taman Seri Gombak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest memiliki 1232 pelajar lelaki dan 1119 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2351 orang. Ia mempunyai seramai 119 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 1 Disember 1990, Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest yang dibina pada awal tahun 1989 dan siap sepenuhnya pada tahun 1991 telah mula dibuka. Luas kawasan yang diperuntuk sekolah ini ialah 8.2 hektar yang asalnya merupakan ladang getah dan kawasan lereng bukit. Kos pembinaan telah diusahakan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail (Menteri Perpaduan Negara). Nama hillcrest diberikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Gombak sempena nama sebuah Syarikat Pemaju Perumahan yang membina Taman Seri Gombak, iaitu Hillcrest Garden Sdn. Bhd.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan.
  • Melahirkan pelajar yang aktif,kreatif, dan berdaya saing dalam era globalisasi.
  • Melahirkan pelajar yang bertaqwa,berakhlak,berketerampilan dan berjati diri.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 1997, Puan Rohani Bt Bakar telah menjadi pengetua sekolah menggantikan Puan Sukma yang mula bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Namun, sekolah ini telah dinaik taraf ke gred A sekali lagi berlaku pertukaran pengetua.

  • Tahun 1995 : diiktiraf sebagai sekolah cemerlang Daerah Gombak berikutan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang akademik.
  • 20 September 1995 : pelawat-pelawat Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Zimbabwe telah melawat sekolah ini.
  • 18 Januari 1995 : digelar 'sekolah tanpa tong sampah' dalam akhbar Utusan Malaysia.
  • 21 Ogos 1996 : lawatan rasmi dari Negara-negara Komenwel.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest
Taman Seri Gombak
Selangor, Malaysia
Telefon = 361884777
Fax = 361876506

Pautan luar[sunting | sunting sumber]