Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh
Lokasi
 Malaysia Km 20, Jalan Gual Ipoh, Kampong Gual Ipoh, 17500, Tanah Merah,, [Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099502941
Kod sekolahDEA5325
Faks6099502942

Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh atau nama ringkasnya SMK Ipoh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 20, Jalan Gual Ipoh, Kampong Gual Ipoh.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh memiliki 650 pelajar lelaki dan 632 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1282 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965.Nama asal sekolah ini adalah SMR Ipoh iaitu Sekolah Menengah Rendah Ipoh.Lokasinya terletak berdekatan Pekan Gual Ipoh iaitu lebih kurang 20km dari Bandar Tanah Merah jumlah pelajar yang seawalmya hanya berjumlah tu 97 orang sahaja.Pada mulanya hanya menumpang di bangunan SK Ipoh pagi sesi petang. Pada tahun 1975 blok bangunan baru telah siap dibina di kawasan yang seluas kira-kira 14.5 hektar.Terdapat dua bangunan Blok 2 tingkat pada detik 9 March 1978 persamaan pada hari Khamis bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang dan diberi nama SMK Ipoh. Berrmula tahun 1978 telah diwujudkan pengajian bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 di mana sebelum itu pelajar yang menamatkan pengajian tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 akan ditempatkan di SMK Dato Mahmud Paduka raja Tanah Merah. Pada tahun 1984,9 bilik darjah telah dibina,2 blok kilat untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.Pada tahun 1981 pula telah dibina surau bagi kegunaan aktiviti keagamaan dengan jumlah kos RM40 ribu pelajar juga diberi kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah sehubungan itu 2 blok asrama telah dibina pada tahun 1999 yang siap pada tahun 2012. Pada pertengahan tahun 2002 sesi pembelajaran satu sesi sahaja itu pada sebelah pagi telah dilaksanakan.Pada tahun 2004 dan juga 2012,makmal komputer dan juga bilik guru yang kedua telah siap dibina bagi menampung bilangan pelajar dan guru yang semakin bertambah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh
Km 20, Jalan Gual Ipoh, Kampong Gual Ipoh
17500, Tanah Merah
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099502941
Fax = 6099502942

Pautan luar[sunting | sunting sumber]