Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Lau Tik Kon
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Munirah Ooi bt. Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Samasundaram a/l Ponniah
Penolong Kanan Kokurikulum Kan Pek Hau
Pengerusi PIBG Lisa Wong Swee Kee
Kod sekolah PEB0043
Lokasi  Malaysia Jalan Damai, Kampung Baru14000, Bukit Mertajam,, Pulau Pinang, Malaysia
Telefon 6045387267
Faks 6045379796


Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai atau nama ringkasnya SMK Jalan Damai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Damai, Kampung Baru.

2009

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai, Bukit Mertajam diasaskan pada 5hb Januari 1970. Pada masa itu, dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah, Bukit Mertajam. Ketika itu, bangunan rasmi belum siap, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam pada sesi petang. Seramai 717 orang pelajar terdiri daripada berbilang bangsa telah ditempatkan dalam tingkatan 1 dan 2. Bilangan guru adalah sebanyak 29 orang  termasuk seorang guru agama Islam dan Pengetua Encik A. Gopala Krishnan.

Pada akhir tahun 1973, bangunan baru yang merangkumi 14 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains, 2 buah bilik sains rumah tangga, bengkel seni perusahaan dan kantin telah siap dibina di Jalan Damai, Bukit Mertajam. Sejak 7hb Januari 1974, semua pelajar Sekolah Menengah Rendah seramai 602 orang pelajar yang menumpang di Sekolah Tinggi, Bukit Mertajam berpindah ke bangunan baru. Kemasukan pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) diterima masuk. Akibatnya, pelajar untuk Tingkatan Peralihan semakin meningkat.

Keluasan sekolah bertambah dengan penambahan sebuah lagi bangunan bertingkat 3. Bangunan ini merangkumi 12 buah bilik darjah dan 2 buah makmal sains. Sebuah bangunan tambahan setingkat yang mempunyai 2 buah bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1984. Tingkatan 4 telah diwujudkan di sekolah ini pada 1989 dengan seramai 104 orang pelajar. Jumlah pelajar telah mencatat angka 1104 pada sesi persekolahan ini.

3 kelas tingkatan 5 telah mula dibuka pada 3 Disember 1990, di mana pelajarnya adalah seramai 104 orang. Pada 19hb Ogos 1991, nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai, Bukit Mertajam. Pada 2hb Mac 1992, apabila blok baru bertingkat empat siap dibina, sesi persekolahan ditukar menjadi satu sesi pagi sahaja. Pada Januari 1994, sebuah kelas aliran sains telah dibuka untuk pelajar cemerlang dalam PMR melanjutkan pelajaran mereka di tingkatan 4 dan 5.

Mulai Januari 1997, dijadikan semula dua sesi persekolahan kerana bangunan sekolah tidak dapat memuat bilangan pelajar yang  semakin ramai iaitu 1349 orang. Berikutan pertambahan bilangan pelajar sekolah yang telah mencecah 1982 orang dengan 54 kelas dan staf seramai 93 orang, taraf sekolah telah dinaikkan taraf daripada gred B kepada gred A pada tahun 2002. Kini, kemasukan pelajar dari sekolah kebangsaan telah diterima semula waluapun mereka hanyalah golongan minoriti berbanding pelajar SJK.

Seiring peningkatan jumlah pelajar pada tahun 2003, pelbagai kemudahan telah disediakan. Sebuah gelanggang bola keranjang telah dibina untuk kemudahan pelajar melaksanakan aktiviti ko-kurikulum. Bagi melengkapkan sekolah, sebuah makmal komputer juga dibina. Selain itu, pondok pengawal yang lebih selesa dibina dan tempat letak motosikal pelajar telah diperluas untuk menampung jumlah motosikal pelajar yang semakin banyak. Sudut bacaan berbumbung juga telah dibina atas sumbangan PIBG SMK Jalan Damai.

Menjelang 2006, SMK Jalan Damai menjadi salah satu sekolah idaman masyarakat. Ini berikutan pertambahan pelajar menjadi lebih daripada 2014 orang. Kakitangan akademik bertambah 96 orang dan kaitangan sokongan ditambah kepada 12 orang. Pada pertengahan tahun, tapak letak kereta di hadapan pintu sekolah telah diturap manakala tempat letak motosikal pelajar telah dilengkapi bumbung.

Pada tahun 2007, gelanggang bola keranjang yang baru telah dilengkapkan dengan struktur berbumbung atas usaha Yang Berhormat En Lau Chiek Tuan merangkap ADUN Berapit pada masa itu. Gelanggang ini juga digunakan sebagai tapak perhimpunan. Kantin sementara dibina sementara menanti pembinaan blok bangunan baru.

Sejajar dengan ledakan teknologi semasa, sekolah telah mengambil inisiatif untuk memasang CCTV. Pemasangan CCTV di sekitar kawasan sekolah telah dilengkapkan pada tahun 2009. Dua blok baru 4 tingkat telah siap dibina pada tahun 2009 dan mula digunakan pada bulan Mac 2010. Bangunan ini memuatkan bengkel, makmal, bilik-bilik darjah dan kantin, Pembinaan bangunan baru ini sudah pasti akan memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar. Jalan di sekitar tapak perhimpunan ini juga telah diturap. Tahun 2010 juga menyaksikan pertambahan pelajar kepada 2370 orang. Bilangan kelas bertambah kepada 62 kelas dan bilangan guru adalah seramai 120 orang.

Pada tahun 2011, sebuah gazebo telah dibina dengan wang ihsan PIBG dan sumbangan waris pelajar sekolah ini. Tujuan gazebo ini adalah untuk memberi satu lagi tempat yang selesa untuk pelajar membuat ulangkaji atau berehat sebelum dan selepas persekolahan. Sebuah kolam ikan telah dibina bagi menceriakan persekitaran sekolah selaras dengan usaha untuk menjadikan sekolah mesra alam atau sekolah dalam taman. Semoga SMK Jalan Damai akan terus maju pada masa akan datang dan dapat mencapai visi and misi sekolah.

Tahun 2012 dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa dan program-program yang menarik dan menaikkan semangat semua warga sekolah.

Satu Bengkel Kereta Solar telah dilaksanakan pada 16 Feb 2012. Pensyarahnya dari University Ming Tao, Taiwan. Program ini mendapat sambutan yang baik. Sejumlah 88 orang pelajar telah mengambil bahagian.Terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG atas sumbangan RM2000.00 bagi menjayakan program ini.

Keputusan SPM diumumkan pada bulan Mac, seorang pelajar yang bernama Chew Chyue Shz, telah mencipta sejarah sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang, iaitu 10 A+. Terdapat 19 orang calon mendapat 9A dan 20 orang calon mendapat 8A. Peratus kelulusan ialah 81.8%.

14 April 2012, program Jogathon diadakan. Objektifnya ialah untuk meningkatkan dana PIBG. Target kutipan ialah RM100,000/=. Pihak sekolah telah berjaya mengutip sebanyak RM163 333, jauh terlepas target. Tahniah kepada semua pihak, terutamanya kepada semua pelajar kerana 80% daripada kutipan itu adalah dari para pelajar . Dengan ini, pihak sekolah telah mampu membeli 12 buah komputer, menambah 20 biji kamera telivisyen litar tertutup (CCTV) dan akan memasang alatan gym luar(outdoor gym).

Bulai Julai 2012,sekolah telah mendapat TAWARAN BARU BAI'AH. Berita yang baik ini telah meningkatkan semangat semua warga sekolah. SMK Jalan Damai ialah salah sebuah sekolah daripada 13 buah sekolah di Pulau Pinang yang mendapat TAWARAN BARU BAI'AH tahun ini. Tahniah kepada semua warga sekolah. Syabas!

[sunting] Misi dan Visi Sekolah

VISI
SMK Jalan Damai menjadi sekolah gemilang menjelang 2015.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami warga SMKJD akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
1.Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.Berusaha meningkatkan pelibatan murid dalam kokurikulum secara maksimum ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.
3.Melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah yang baik berteraskan falsafah pendidikan negara.

[sunting] Senarai Pengetua

1. Encik Gopala Krishnan  : 05.01.1970 ~ 31.12.1979
2. Encik Low Guan Keng  : 01.01.1980 ~ 30.11.1982
3. Encik Osman Bin Yahaya : 16.02.1983 ~ 31.05.1983
4. Encik Cheow Cheng Hong : 01.06.1983 ~ 31.03.1986
5. Encik Loh Chin Ken  : 01.04.1986 ~ 30.04.1992
6. Encik Lee Teong Aun  : 01.06.1992 ~ 15.02.1995
7. Encik Yeoh Chew Meng  : 16.02.1995 ~ 15.11.1995
8. Encik Tan Keat Kooi  : 16.11.1995 ~ 15.02.1998
9. Encik Yeoh Kuang Hock  : 16.02.1998 ~ 03.01.2001
10. Encik Tan Cheow Phong  : 14.01.2001 ~ 13.08.2006
11. Encik Lee Teng Yim  : 14.08.2006 ~ 15.02.2008
12. Encik Khoo Boo Wan  : 16.02.2008 ~ 31.07.2011
13. Encik Lau Tik Kon  : 01.08.2011 ~ sekarang

[sunting] Pencapaian

2012 :-

08 Julai, Sekolah Menengah Jalan Damai adalah salah sebuah sekolah yang mendapat BAI'AH.
Penghargaan dari Kementerian Pelajaran Malaysian amat merangsangkan dan semangat para guru telah pun ditingkatkan.
Tahniah kepada semua ahli SMK Jalan Damai. Syabas !

[sunting] Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai
Jalan Damai, Kampung Baru
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045387267
Fax = 6045379796

[sunting] Moviemaker

[sunting] Pautan luar