Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Selamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Selamat
Moto Sentiasa Cemerlang
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah PEA2085
Lokasi  Malaysia Tasek Gelugor13300, Tasek Gelugor,, Pulau Pinang, Malaysia
Telefon 6045735087
Faks 6045735087


Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Selamat atau nama ringkasnya SMKKS, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tasek Gelugor. SMK Kampong Selamat merupakan salah sebuah sekolah yang baru ditubuhkan sekitar tahun 2003, namun nama SMK Kampong Selamat cukup "gah" di Pulau Pinang mahupun di negeri-negeri lain kerana telah mencapai peningkatan yang cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar - pelajarnya.

Sekolah menengah Kebangsaan Kampong Selamat dinamakan sempena lokasinya di kawasan Kampong Selamat. Kerja kerja pembinaan bermula sejak tahun 2000 dan Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2003. Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

SMKKS merupakan salah sebuah sekolah kawalan di negeri ini. Kebanyakan murid murid yang ditempatkan di sini adalah melalui rancangan khas di samping murid murid kemasukan biasa. Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah telah menerima sejumlah 287 orang pelajar yang ditempatkan di dalam lapan buah kelas mengikut tingkatan masing-masing. Seramai 21 orang tenaga pengajar ditempatkan di sini untuk berkhidmat kepada warga sekolah.

En. Jamil Bin Jaafar telah di amanahkan sebagai pemangku jawatan pengetua bagi melicinkan pentadbiran sekolah. Tidak lama kemudian, pada 9 Mac 2004 sekolah telah menerima pengetua yang pertama iaitu Tuan Haji Mohd Saleh Bin Rashid.

Dari segi kemudahan prasarana, sebanyak empat blok telah dibina yang mana masing-masing terdiri daripada empat tingkat. Sehingga hari ini sekolah ini telah membuka sebanyak 29 kelas bagi menampung keperluan pelajar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Selamat
Tasek Gelugor
13300, Tasek Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045735087
Fax = 6045735087

Pautan luar[sunting | sunting sumber]