Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru

Lencana SMK Kepong Baru

Alamat  Malaysia Jalan Helang, Kepong Baru, Kuala Lumpur
Telefon 362743287
Faksimili 362736593
Klasifikasi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto -
Slogan Once a KBian Always a KBian
Kod Sekolah WEA0208
Pengetua -
Penolong Kanan Akademik -
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar -
Penolong Kanan Kokurikulum -
Tahun dirasmikan -

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Helang, Kepong Baru, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru memiliki 1492 pelajar lelaki dan 1354 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2846 orang. Ia mempunyai seramai 142 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru (SMKB) merupakan sekolah premier di daerah Sentul. SMKB ditubuhkan pada tahun 1977. Pada tahun 1977&1978,pelajar-pelajar peralihan dan tingkatan satu telah menumpang di SMK Batu 4,Jalan Ipoh dan SMK Kepong Baru sehingga pembinaan bangunan sekolah yang telah dirancang di atas tanah seluas 11 ekar di Kepong Baru siap. Pada masa ini semua pelajar SMKB di bawah kelolaan Allahyarham En Khalili Murshid, Pengetua SM Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Semasa ditubuhkan terdapat seramai 341 orang pelajar dengan 15 orang tenaga pengajar. Jumlah pelajar telah bertambah kepada 2318 orang dengan 90 orang tenaga pengajar pada tahun 1990 dan 2699 pelajar dan 121 tenaga pengajar pada tahun 2001.

Semenjak penubuhan SMKB seramai 11 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Senarai pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak 1977 hingga sekarang adalah seperti di Jadual 1:

Jadual 1 : Senarai Nama Pengetua SMK Kepong Baru

Bil

Nama Pengetua

Tahun

Berkhidmat  

1.

Tuan Haji

Salleh bin Jusin
 

1979-1982

2.

En. Amari bin

Haji Mohd Napiah
 

1982-1984

3.

Mendiang En.

Eddy Chung
 

1984-1985

4.

En. Peter Tey

Tiong Keng
 

1986-1988

5.

En. Lim Kah San

1989-1992

6.

En. Chew Teck

Ann
 

1992-2001

7.

Cik. Moey Yoke

Lai
 

2001-2004

8.

Pn. Toh Gan

Chee
 

2004-2005

9.

En. Ong Boon

Puah
 

2005-2009

10.

En. Lim Hean

Hwa 
 

2009-2010

11.

En. Leong Kum

Loy
 

2010 - 2016

PIBG SMKB telah ditubuhkan bagi memastikan kerjasama erat yang berterusan antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa dengan En. Chong Yen Cheng sebagai YDP yang pertama, En Hai Ah Hong merupakan YDP yang palaing lama berkhidmat iaitu dari tahun 1983-2002/ Pengerusi PIBG sekarang ialah En. Jeffrey Lim See Boon.

Pada peringkat awal hanya terdapat hanya dua blok bilik darjah (blok A dan B), sebuah kantin, dua makmal sains, sebuah bengkel seni, padang bola sepak, gelanggang bola keranjang. Kemudahan-kemudahan ini telah bertambah dari tahun demi tahun apabila Blok kayu dibina pada tahun 1980, Blok G 1984, Blok D 1988, Blok C 1991 dan Blok F pada tahun 1999. Blok G yang dibina pada tahun 1984 dan Blok D pada tahun 1988 telah dirobohkan dan digantikan dengan Blok D (baru) dan Blok E (baru) pada tahun 2009. Perambahan bilik darjar seiring dengan peningkatan jumlah pelajar. Kemudahan-kemdahan lain termasuklah gelanggang tennis, bola jaring, badminton, bilik komputer, bilik ERT dan Pusat Sumber.

Bilangan tenaga pengajar di SMKB bukan sahaja meningkat dari segi bilangan tetapi juga pertambahan bilangan guru siswazah dari tahun ke tahun. Pada Tahun 1982 terdapat 47 guru siswazah berbanding 58 orang pada tahun 1990, 85 (1997) dan 83 orang pada tahun 2001, dan 132 pada tahun 2014.

 

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru
Jalan Helang, Kepong Baru, Kuala Lumpur
Telefon = 362743287
Fax = 362736593

Pautan luar[sunting | sunting sumber]