Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya
Moto Ilmu Membentuk Intelek
Dirasmikan 16 November 1994
Jenis Sekolah Menengah Harian, Sekolah kerajaan
Pengetua

Pn. Hajah Fazilah bt Ibrahim (1998-sekarang), Pn. Hajah Norsham bt Haji Baharuddin (1996-1997),

En. Noor Aman bin Ismail (1994-1995)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Cik Hajah Norhayati bt Mohamad
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Hajah Nora bt Ahmad
Kod sekolah BEA4615
Lokasi

 Malaysia

Jalan Pandan 5, Pandan Jaya, CherasHulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nama singkatan SMK Pandan Jaya
Laman web

[1]

http://www.smkpandanjaya.com
Telefon 0392838235
Faks 0392837919


Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya atau nama ringkasnya SMK Pandan Jaya, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pandan 5, Pandan Jaya.

Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya memiliki murid seramai 2181 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 151 orang guru. Barisan guru dibantu oleh staf sokongan seramai 19 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah sekolah ini bermula apabila kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1991 dan siap sepenuhnya pada bulan September 1994. Penyerahan kunci telah dilakukan secara rasmi di kantin sekolah oleh wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor kepada pengetua pertama, iaitu Encik Noor Aman bin Ismail pada 16 November 1994. Sekolah ini diberi nama sempena kawasan Pandan Jaya.

Warga pertama sekolah ini terbentuk pada 1 Disember 1994 apabila bermulanya sesi persekolahan 1994/1995. Pada sesi awal persekolahan, sekolah ini hanya terdiri daripada 1 kelas peralihan, 8 kelas tingkatan 1 dan 4 kelas tingkatan 2 dengan jumlah pelajarnya seramai 495 orang dan 19 orang guru serta 2 orang kakitangan sokongan. Pada tahun 1996 sehingga tahun 1997, SMK Pandan Jaya telah beroperasi di bawah pengetuanya yang kedua iaitu Pn. Hajah Norsham bt Haji Baharuddin. Seterusnya, beliau telah digantikan oleh pengetua SMK Pandan Jaya yang ketiga iaitu Pn. Hajah Fazilah bt Ibrahim dan beliau mentadbir sekolah ini semenjak tahun 1998 sehingga sekarang.

Dengan keluasan kawasan tanah kira-kira 10.5 ekar, sekolah ini mempunyai kemudahan lima blok, iaitu Blok Budi, Blok Bahasa, Blok Ilmu, Blok Jasa, Blok Jaya dan Blok Bakti. Blok Budi merupakan bengkel Kemahiran Hidup yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Tiga blok lain merangkumi 30 bilik darjah, 2 makmal kimia, 2 makmal fizik, 2 makmal biologi, makmal komputer, bilik seni, bengkel MPV (Hiasan Dalaman), bilik disiplin, bilik mesyuarat, bilik guru, bilik koperasi, bilik pengawas, bilik SPBT (BOSS), klinik, kedai buku, stor sukan, bilik guru kanan, perpustakaan, dan bilik kaunseling. Blok Jaya dan Blok Bakti yang siap dibina pada tahun 2003 merangkumi 12 bilik darjah, 1 bilik media, bilik guru, bilik mesyuarat, makmal Astronomi, makmal Organik, makmal Thermal, makmal Biosphere dan pejabat. Sekolah juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti sebuah padang sekolah, tapak perhimpunan, kantin, surau, garaj basikal, gelanggang badminton, gelanggang takraw, gelanggang bola tampar, gelanggang bola keranjang dan beberapa buah pondok bacaan.

Tahun 2007 menyaksikan lebih banyak prasarana dibina untuk keselesaan dan kemudahan pelajar dan guru. Contohnya, telah dibina sebuah astaka yang boleh memuatkan semua guru di atas astaka tersebut apabila acara perhimpunan diadakan. Manakala pada tahun 2008, lebih banyak mural dilukis untuk menceriakan sekolah ini. Pada tahun 2008 dan 2009, lebih banyak wakaf telah dibina, sama ada berbumbung ataupun tidak, di tempat-tempat yang teduh dan strategik untuk pelajar-pelajar berehat. Aktiviti meningkatkan prasarana untuk keselesaan pelajar diteruskan pada tahun 2010, iaitu antaranya dengan penambahbaikkan dan pembesaran kedai operasi sekolah. Usaha ini diteruskan pada tahun 2011 dengan pembinaan sebuah laluan berbumbung dari Blok Jaya-Bakti hingga pintu pagar sekolah untuk memudahkan pelajar pergi dan balik sewaktu hujan. Surau sekolah juga telah dibesarkan sehingga boleh menampung 400 jemaah pada satu-satu masa.

Kini, pelajar-pelajar terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan kelas pendidikan khas. Bilangan kelas pada tahun 2010 ialah sebanyak 68 kelas aliran perdana serta 9 kelas pendidikan khas. Pakej yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar SPM adalah Sains Tulen, Sastera Ikhtisas, Sains Sosial dan pakej mata pelajaran Vokasional (Hiasan Dalaman). Pada tahun 2011, SMK Pandan Jaya mempunyai 151 orang tenaga pengajar di sesi pagi dan petang. Barisan guru dibantu oleh staf sokongan seramai 19 orang. Seramai 2072 orang pelajar telah memasuki enrolmen pada tahun tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sepanjang hampir 19 tahun sekolah ini beroperasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya telah menempa pelbagai kejayaan setanding dengan sekolah-sekolah lain. Pelajar-pelajar bergiat aktif dalam bidang sukan dan akademik selaras dengan saranan kerajaan dalam melahirkan modal insan cemerlang. Antara kejayaan yang boleh dibanggakan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya telah terpilih menjadi Naib Johan Sekolah Harapan Negara kategori Bandar peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2005 dan 2006 berturut-turut. Beberapa orang pelajar juga berjaya mewakili sekolah hinggga peringkat kebangsaan dalam pelbagai bidang.

BIL ANUGERAH & PENGHARGAAN PERINGKAT & TAHUN
1. Pencapaian Akademik Paling Mendadak SPM Daerah Hulu Langat
2. Panitia Aktif- Panitia Sejarah Daerah Hulu Langat 2000
3. Pengurusan Kewangan Cemerlang Daerah Hulu Langat 2000
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel
Teks sel Teks sel Teks sel


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya
Jalan Pandan 5, Pandan Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 0392838235
Fax = 0392837919

Pautan luar[sunting | sunting sumber]